Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum w.b.t..salam penghulu segala hari buat semua makhluk yang melata di bumiNya ini..
Alhamdulillah, masih bernafas bagi menunaikan segala amanah yang bakal dipersoalkan di hari pertimbangan kelak..selawat dan salam buat sebaik-baik contoh buat ummat, Rasulullah s.a.w..^_^

Perkongsian rasa?..=)
walaupun selalu kena perli..dah kaler tomato muka aku kot~
ini blog orang luahkan perasaan, terpulang..

Fokus isu : Umi di UTM?

  1. Dah balik rumah lebih kurang 4 hari..cukup la tu rehat..
  2. Nak apply LI, CV tak siap lagi..undecided yet..
  3. Draft laporan analisis kajian ke atas mahasiswa FKE sebelum berjumpa dengan Puan Akma 3hb ini..aku dah key in semua.yeah!
  4. Study tekno.semangat kan..
  5. Bedah buku..bersedia??
  6. Menunggu laptop yang sedang dirawat.kesakitan lama berulang
  7. Stand by mode
 Fokus isu : Umi di rumah?
  1. Pagi-pagi buat sarapan (kalau rajin beli..)
  2. Kemas rumah
  3. Lipat baju
  4. Masak tengahari
  5. Tolong mak siapkan kuih
  6. Ajar adik mengaji

@ UTM : jadual pergerakan sangat fleksibel..
banyak peluang untuk eksplorasi..

@ Rumah :  statik dan berulang..
banyak peluang untuk menambah bakat kewanitaan..

Aku di mana?

- U.T.M -

Inikah mutasi wanita pasca moden?dunia semua tu..

 .:: take this ::.




Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, masih bernyawa di atas muka bumi Allah untuk terus mengutip bekalan menghadapi hari perhitunganNya.Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W qudwah hasanah buat ummah..

Akhirnya aku pulang juga ke utm isnin lepas, sambung semula kerja-kerja akhir taklifan nie..^_^

rasa lebih lega dan bersemangat, sebab mak ngan ayah pun dah okay..bila mak ngan ayah okay, aku lagi2 la okay!..teruskan kerja~

BENGKEL STRATEGIK MPM 2009/2010
p/s : jangan tiru aksi ini..meja meeting mcm da xde ruang untuk disepahkan!


Pulun untuk wujudkan perlembagaan demi kemudahan barisan kabinet MPM yang akan datang..
best jadi s/u sementara..serabai pun ade, semua nak bercakap..hamik!
tapi kalau tak jadi s/u memang tak fokus..
Assign sebagai ahli mesyuarat je, memang aku terpilih menjadi ahli lelap..bukan tido, tapi buat kerja lain..teruk?agak la~

Nak buat perlembagaan, perlu fasih AUKU (mr.pres la tuh..aku tgk je cover AUKU..bukak time nak PRK..jeng2..) , perlu pakar bahasa, pakar undang-undang, pakar pertikai dan mungkin juga pakar dalam membuat kopi!..~orang manis tak perlu air manis,yep!!..haha, kenangan2...

Berkenaan kepentingan perlembagaan nie adalah supaya...
tak nak la jadi macam sesi nie, lama jugak pending semata-mata nak organize semula jabatan dan portfolio..
nak gerak takde stand atau guideline yang jelas..
mudah-mudahan manfaat dari perlembagaan ini dapat digunakan secara optimumnya, seterusnya menjadi perwakilan yang lebih,lebih dan lebih baik kepada mahasiswa dan seluruh warga kampus ini..insyaAllah.

semalam 15/12, aku berkesempatan jumpa dengan Prof Halim, dekan FKE yang baru dilantik pada Oktober lepas..dalam pertemuan tepat 1 jam dengan Prof, ada 3 agenda utama yang dibawa..
  1. Kelulusan program ARDF UTM (fox hunting) 2011
  2. Isu mahasiswa yang menjalani Latihan Industri pada tahun 4
  3. Respon berkenaan kaji selidik FKE 
Alhamdulillah, respon ok..dan dapat aku ringkaskan begini..

  1. Program diluluskan
  2. Isu ini telah diluluskan di peringkat JKTS untuk di bawa ke mesyuarat senat.Kalau ada lagi mahasiswa yang LI tahun yang belum bagi nama, bagi nama segera pada pejabat di P02.ASAP
  3. Hasil dapatan kajian akan dibentangkan pada pentadbiran FKE, maka perincian dan ketepatan maklumat adalah sangat perlu untuk diberi perhatian.
Juga cadangan dari Prof sendiri untuk mewujudkan satu organisasi yang ahlinya terdiri dari mahasiswa dan staf akademik/non akademik yang bertujuan untuk memantau/membincangkan/menyampaikan/menyelesaikan segala agenda kebajikan dan perkara berkenaan mahasiswa di FKE nie..

Buat masa nie, Prof agak sibuk..dalam proses house keeping dan rombakan pentadbiran..masa aku datang jumpa tu pun berselisih dengan dekan Fakulti Elektrik dari salah sebuah universiti di New Castle..sibuk jumpa orang2 luar juga..semalamnya, dari Jepun..hari nie dengan Proton berkenaan hybrid car..
disebabkan UTM da jadi RU..projek penyelidikan dan kerjasama semakin bertambah-tambah..
aku baru takat nie, cmne la dekan aku tu kan..masa aku keluar dari ofis dekan pun, da ade yang menunggu-nunggu nak masuk..

kita rasa da banyak bekerja, ada orang lagi banyak kerjanya..haih,muhasabah~
kadang-kadang rasa jemu,
tapi kita bawa ad-dinNya..kita ada perjanjian denganNya..
patuh perintahNya, jauhkan laranganNya..
teruskanlah..jangan pernah berhenti~

.:: take this ::.

part of song ' Ikan, Laron dan Semut ' by Fatih:

"Dan aku bertanya, pada jiwaku
Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada hatiku
Sedalam dan selama apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada diriku
Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu "

-siiru 'ala barakatillah-

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat tauladan ummah..Nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah, selesai dua kerja petang nie..
Satu kertas kerja..satu lagi laporan akhir program.

Agak teruji kesabaran aku sebenarnya.Paperwork sebelum nie dah siap..tinggal submit je..tak dapat nak submit awal sebab pegawai berkenaan masih dalam tempoh bercuti..
Check2 paperwork tu semalam sebab nak jumpa pegawai pengganti..
Takde..puas cari satu ofis..fail aku letak paperwork tu lagi dah bape round aku cari..
Lepas solat zohor, pertengahan jalan terjumpa sahabiah di reading station..sesi luahan pun bermula..

"Sabar,ye umi..takpe..cari lagi.."
"da puas cari..tak jumpa juga.."..uh..mata panas~
"emm..paperwork tu..tak jumpa jugak..buat lagi sekali..tak sampai setengah hari boleh selesai, insyaallah.."
diam kejap...dalam hati still tak boleh terima..
"takpe, saya cari dulu..kalau tak jumpa juga nak buat cmne kan..."
Sambil tersenyum si sahabiah menepuk-nepuk belakang tanganku meniupkan semangat..syukran sahabat..

Nah,seharian mencari masih tak ketemu...akhirnya mengalah..buat semula..
Esok sedia..jumpa dekan untuk dapatkan semula tandatangan dan sokongan..
Mungkin ini hikmah dan peluang yang diaturNya, aku tak pernah jumpa lagi dekan baru nie..
Ta'aruf~

Petang mungkin lepas asar, aku pulang ke rumah..
Adikku 'roger' orang-orang di rumah udah kerinduan..hari-hari bertanya..
Bila telefon mak, soalan pertama..kedua dan soalan-soalan lazim..

"Dah ada atas bas ke tu?"
"Bila nak balik nie?"
"Entah apa khabar kau kat sane tu..mana mak tak risau"
"itu anak mak yang lain..nie anak mak nama dia Umi Kalsom yang tak balik-balik nie.."
"Kan dah cuti nie..balik la rumah.."

Selalu sangat bersilat kata dengan mak..lama-lama rasa tak sedap hati..
buat kerja pun tak kena..yela, buat kerja dalam masa yangsama biarkan mak ayah risau tentang aku kt sini..

Anak sulung kan..mungkin la..sayang lebih..^_^

Mengalah lagi..balik sekejap..ade kerja-kerja tak selesai, hold on..
Keberkatan dari mak ayah tu penting..Nak buat kerja bantu agama Allah tapi kalau dalam masa yang sama guriskan hati mak ayah..sama je..Allah tak redha juga..

"Ma ridhallahu ila fi ridha-il-walidaini"

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa

 ~Mak ayah, redhakanlah anakmu ini..

Jalan ini bukan mudah kan?selalu buatkan rasa terhimpit dan tersepit..

tapi itulah ujian..sabar dan redhalah di atas ujianNya kerana ada didikan dan hikmah kepada kita... 

 Fikir-fikirlah dengan rasional akal yang dikurniakan..

Mudah-mudahan dikurniakan keberkatan masa atas segala amalan yang dilakukan keranaNya..

Amiin..=)


Bismillahirrahmaanirrahim selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W..^_^

Selamat Tahun Baru 1432H buat semua..
Azam tahun baru ialah tunaikan azam yang lama..=)

Sedar tak sedar, ikut tahun masihi..dah Disember..
muhasabah lagi..
sisa-sisa taklifan tinggal sebulan lebih..
PRK dijadualkan penghujung januari atau awal februari.

Rasa apa?
yang pasti rasa yang aku rasa nie tak membuahkan senyum..
cuma kegusaran dan kerisauan..
Allah...
Sebelum menyandang taklifan, begitu lantang idealistik untuk dibumikan..
bila di atas landasan itu, yang termampu cuma picisan!
mungkin seperti hama kecil di celah timbunan beras..
entah nampak entahkan tidak..

Semasa di tahun 1, ligat otakku mempersoalkan penglibatan dan kerjasama senior dalam setiap aktiviti..
setiap ceruk pergerakan kt utm semua nak amik tau..
sekarang, aku separa senior..jangankan nak terlibat dengan program..
nak bertanya pun dah berat mulut..
ambil tahu yang mana berkaitan dan berkenaan je..

timbal balik..sudah ada jawapan untuk persoalan tu?
biarkan nnt aku hurai pada posting yang lain~

dah tak boleh nak senyum..berat mulut..= (

mana pergi aku yang dulu?
jujur,
aku tak suka soalan tu..'dulu' tiada pada 'sekarang'
transformasi bersama waktu dan ketika..
tiada mana-mana masa yang lebih baik bagi aku,
cuba menjadi yang lebih baik...berdikit-dikit..

Yep, bukan waktu untuk terus bersoal lagi..
apa yang termampu, lakukanlah!

aku dariNya..yang mahu aku berikan juga adalah untukNya..
redhakanlah aku..~

Bismillahirrahmaanirrahim..selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi S.A.W..

saya nak cakap..

SAYA SAYANG AYAH SAYA..
SANGAT-SANGAT..

kalau saya menangis, ayah saya pun menangis..

macho kan ayah saya??..

....T_T....

ye,saya sayang mak saya jugak..semestinya!

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku..serta dosa kedua ibu bapaku..dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihiku sejak dari kecil lagi..amiin..


Bismillahirrahmaanirrahim..Selawat dan salam buat Nabi S.A.W..

apa jadi ye?kalau kepenatan tapi tetap mahu menconteng2 blog?

jom cuba!

aku teringat kisah semalam sebenarnya,
borak2 dengan dia..

"baik kau hati-hati,umi..dulu dia dah tikam kau dari belakang..kau tengok sekarang, orang yang macam cik timah pun boleh kena..kau tunggu la satu masa nanti.." 

dia sambung lagi..

"aku nasihatkan kau, berhati-hati!"

Astaghfirullah..betapa jarum halus prasangka itu mula mencucuk-cucuk dalam hati..
Tak, aku takkan biarkan..

Sebenarnya aku hairan,

"dulu dia dah tikam aku dari belakang?"
 
Maaflah, aku tak pernah terasa ada sesiapa pulak yang 'tikam belakang' sebelum nie..
Maka, pengabaian penyataan secara automatiknya terlaksana.
Bagaimana nak menghadapi situasi nie?

Pada aku, selagi takde masalah seseorang tu pada aku..
It's ok..
Kalau ada pun masalah, check2..
mesti ade sesuatu yang bermasalah jugak yang dah dibuat..
what u give u get back..kan?

Tapi
Aku tak pernah nafi, segala kemungkinan yang muncul dari hati manusia yang 'sakit' ini..
Na'uzubillah..

Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 bermaksud:
‘Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang
tersembunyi di dada setiap hamba.’


Kalau-kalau kita pula terlintas hati hendak melakukannya, maka ingatlah bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya..

Surah al Maidah, ayat 7:
Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada
hambanya.’

dan diperkuatkan lagi keyakinan dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 51:
‘Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.’

Ini ingatan buat aku dan juga kamu..
Ya, mungkin tiada apa-apa..sangka baik..^_^
Perbaiki akhlak ye,umi..
Mungkin ada silap di mana-mana..

Allah, cukuplah Engkau penjaga terbaik buatku..Padamu aku berserah dan bertawakkal..

jagalah hati!