Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, masih bernyawa di atas muka bumi Allah untuk terus mengutip bekalan menghadapi hari perhitunganNya.Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W qudwah hasanah buat ummah..

Akhirnya aku pulang juga ke utm isnin lepas, sambung semula kerja-kerja akhir taklifan nie..^_^

rasa lebih lega dan bersemangat, sebab mak ngan ayah pun dah okay..bila mak ngan ayah okay, aku lagi2 la okay!..teruskan kerja~

BENGKEL STRATEGIK MPM 2009/2010
p/s : jangan tiru aksi ini..meja meeting mcm da xde ruang untuk disepahkan!


Pulun untuk wujudkan perlembagaan demi kemudahan barisan kabinet MPM yang akan datang..
best jadi s/u sementara..serabai pun ade, semua nak bercakap..hamik!
tapi kalau tak jadi s/u memang tak fokus..
Assign sebagai ahli mesyuarat je, memang aku terpilih menjadi ahli lelap..bukan tido, tapi buat kerja lain..teruk?agak la~

Nak buat perlembagaan, perlu fasih AUKU (mr.pres la tuh..aku tgk je cover AUKU..bukak time nak PRK..jeng2..) , perlu pakar bahasa, pakar undang-undang, pakar pertikai dan mungkin juga pakar dalam membuat kopi!..~orang manis tak perlu air manis,yep!!..haha, kenangan2...

Berkenaan kepentingan perlembagaan nie adalah supaya...
tak nak la jadi macam sesi nie, lama jugak pending semata-mata nak organize semula jabatan dan portfolio..
nak gerak takde stand atau guideline yang jelas..
mudah-mudahan manfaat dari perlembagaan ini dapat digunakan secara optimumnya, seterusnya menjadi perwakilan yang lebih,lebih dan lebih baik kepada mahasiswa dan seluruh warga kampus ini..insyaAllah.

semalam 15/12, aku berkesempatan jumpa dengan Prof Halim, dekan FKE yang baru dilantik pada Oktober lepas..dalam pertemuan tepat 1 jam dengan Prof, ada 3 agenda utama yang dibawa..
  1. Kelulusan program ARDF UTM (fox hunting) 2011
  2. Isu mahasiswa yang menjalani Latihan Industri pada tahun 4
  3. Respon berkenaan kaji selidik FKE 
Alhamdulillah, respon ok..dan dapat aku ringkaskan begini..

  1. Program diluluskan
  2. Isu ini telah diluluskan di peringkat JKTS untuk di bawa ke mesyuarat senat.Kalau ada lagi mahasiswa yang LI tahun yang belum bagi nama, bagi nama segera pada pejabat di P02.ASAP
  3. Hasil dapatan kajian akan dibentangkan pada pentadbiran FKE, maka perincian dan ketepatan maklumat adalah sangat perlu untuk diberi perhatian.
Juga cadangan dari Prof sendiri untuk mewujudkan satu organisasi yang ahlinya terdiri dari mahasiswa dan staf akademik/non akademik yang bertujuan untuk memantau/membincangkan/menyampaikan/menyelesaikan segala agenda kebajikan dan perkara berkenaan mahasiswa di FKE nie..

Buat masa nie, Prof agak sibuk..dalam proses house keeping dan rombakan pentadbiran..masa aku datang jumpa tu pun berselisih dengan dekan Fakulti Elektrik dari salah sebuah universiti di New Castle..sibuk jumpa orang2 luar juga..semalamnya, dari Jepun..hari nie dengan Proton berkenaan hybrid car..
disebabkan UTM da jadi RU..projek penyelidikan dan kerjasama semakin bertambah-tambah..
aku baru takat nie, cmne la dekan aku tu kan..masa aku keluar dari ofis dekan pun, da ade yang menunggu-nunggu nak masuk..

kita rasa da banyak bekerja, ada orang lagi banyak kerjanya..haih,muhasabah~
kadang-kadang rasa jemu,
tapi kita bawa ad-dinNya..kita ada perjanjian denganNya..
patuh perintahNya, jauhkan laranganNya..
teruskanlah..jangan pernah berhenti~

.:: take this ::.

part of song ' Ikan, Laron dan Semut ' by Fatih:

"Dan aku bertanya, pada jiwaku
Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada hatiku
Sedalam dan selama apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada diriku
Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu "

-siiru 'ala barakatillah-

0 comments:

Post a Comment