Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w
Mudah-mudahan kita dikurniakan syafaat dari baginda di akhirat kelak..
Cuti CNY nie sekali dengan cuti mid sem..
naik cuti nie pasang perisai siap-siap..
banyak jenis perang nak menyerang nie..ikut flow~
blog updated
LUAHAN PERASAAN LAGI?
LALALA...~
IKUT SUKA I LA..U BACA DIAM-DIAM SUDEH..
***********
ini cerita tentang
KEPERCAYAAN DAN KETENANGAN
***********
Ingat ujian-ujian untuk dapat lesen P?
Kisah lesen motor yang aku ambil masa 16 tahun.
Belajar dari
pertama kali start motor di Surfine Hi-tech
tu.
kt track aku ada pusingan nombor 8,
titi, laluan kon, emergency break dan isyarat tangan.
Dalam lebih 5 kali aku
belajar, sekali je aku lepas untuk titi.
Ko tanya kawan-kawan yang fail test
motor, part mana fail?Aku tak nak fail part titi.Aku tak nak datang sini lagi
yang asap kuat bau rokok.Aku tak nak pusing nombor 8 jugak,aku dah pening.
Tak
nak aku maksudnya kena LULUS.
Waktu ujian yang sebenar,
laraskan minda pada arus
alpha untuk keTENANGan dan serah padaNya dengan sebaik-baik
pergantungan.
Aku cool pusingan nombor 8, titi aku cukup masa lebih 2 saat.
Alhamdulillah,pas.
***********
Aku tak pernah lulus Matematik Tambahan sepanjang pengajian Tingkatan 4 dan 5.
Kena beratur
untuk tatapan umum depan klas bagi ‘murid si pen merah’ itu ada.
Silap kalau kata aku
tak berusaha..kurang usaha mungkin~
paling penting, aku tak faham macam mana function software otak aku
jadi
alliasing dan signal punah bila menghadap subjek nie.kelam-kabut .
Melainkan
masa SPM aku jawab paper dengan limpahan keyakinan sakinah dariNya untuk aku
harus sujud syukur dengan gred B pada slip result.
Tak begitu bijak tapi cukup
bagus untuk student tak pernah lulus macam aku.
**********
Tahun pertama di UTM sebagai mahasiswa yang mengambil kursus
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik bagi program Elektronik Perubatan.
Pada
semester pertama, aku ada 6 subjek yang berdaftar.
Tahun 1 itu juga pastinya aku
bukan junior pasif sebab aku tak suka duduk bilik macam anak dara tunggu
pinangan.Nope, totally not me.
Pegi sana sini, tau-tau da final.
Paper pertama
aku jawab, macam insomnia jumpa bantal kekabu.aku nampak bintang-bintang…
balik bilik aku terus terdiam dan sangat bingung.tak boleh
jawab.dengan gap untuk deretan next paper yang tak berapa jauh dan persediaan
yang setara untuk semua subjek.
Gelap masa depan dan memang aku tak pernah rasa
down seteruk tu. Aku duduk tepi meja study, sidaikan dua tangan keluar, kepala
menepek pada rangka tingkap..
betul-betul macam sotong tersangkut pukat..
”oh,
dunia..lihatlah diriku..”
aku tak peduli inkuiri dan pandangan sisi optik
roomate yang memang takkan tanya kenapa aku macam nie.
Argh….cukup!
Aku bukan kaki pasrah dan mudah menyerah.
Ye, aku salah sebab
tak utamakan perkara utama.
Kebenarannya ialah masih ada harapan untuk perbaiki
keadaan.
Bangkit,umi..bangkit!
Ambil wudhu’..Bismillah..tiada sandaran harapan untuk aku
melainkan hanya dari Dia.
Selesai final.
Cukup untuk subjek pertama exam, printed on
slip with gred C..
untuk kebangkitan 5 subjek seterusnya,
aku dihadiahkan lulus
dengan 1 B dan A bagi subjek yang lainnya.
************
Percaya pada diri.
Kerana apabila kau percaya, jiwa pasti lebih sedia.
Selamat berusaha untuk kau dan aku.
Bittaufiq wannajah fiddunya wal akhirah
- Never say never -