Puas dibaca, masih belum muncul kefahaman yang diidamkan.
Satu 'term' yang dicari, muncul 3, 4 term lagi dalam defintion yang tak difahami.
Bertenang.. bertenang..
Fasa permulaan,
Belum ketemu titik faham, masih ada toleransi.
My ProfiLe
- ::.uMiKaLsoMyUsoF.::
- Sedang melanjutkan pengajian Master Sains (Kejuruteraan Elektronik) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Rabbi Yassir wala tu'assir. Alhamdulillah, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan) di Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru (2008-2012) Mendapat pentarbiyahan akademik di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Program Dua Tahun 2006-2008), Sek.Ag.Men.Hulu Langat@SAMTEN (2001-2005), Sek. Keb. Sungai Serai & Sek. Ren. Agama Pekan Hulu Langat (1995-2000). Faqir ilallah.
ღ Walimah ღ
ღ Walimah ღ
ღ Baby Asiah ღ
Isteri Solehah :)
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati,
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
JaNtunG HaTi
MukA bUku
Blog Archive
Che' Gu
CaYaNg BuCuk
KMPP
-
Perth, Australia8 years ago
-
Pulang merantau10 years ago
-
MATI itu PASTI10 years ago
-
=)12 years ago
-
gtl tgn15 years ago
-
EnCik
Cik PuaN
-
#asmaherrysweethomeXainulhudaturns18 years ago
-
Update MASRECA 198 years ago
-
Anak Murid9 years ago
-
sebelum pergi 2....10 years ago
-
Update: Rezeki11 years ago
-
Memberi: Maaf11 years ago
-
Ahlan..^_^
Walaupun atas nama kerja-kerja penyelidikan, jobscope adalah berbeza bergantung kepada jenis penyelidikan yang dilakukan. Itu yang pertama menjadi faktor saya ingin menolak kontrak tersebut. Sebab bagi saya, tanpa minat..tanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelidikan akan menjadi satu bebanan buat saya.
Based planning kerjaya saya, Reseach and Development (R&D).
Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamu'alaikum wbt....^^
Haitz! Salam 29 Syawal.... Di hujung minggu yang leasure ini...saje je nak cerita-cerita....ermmm, ada dua cerita yang saya nak kongsi...tak best la 'quote' cerita orang..sebab saya yang bercerita, saya cerita saya punya cerita je lerrr.....
*poyo*
Okies, cerita-cerita nie adalah berkaitan dengan persediaan untuk menghadapi sesuatu dan pengajaran yang boleh di ambil darinya :)
(macam tengah masuk pertandingan story telling plak..huhu)
Cerita saya no.1
Ketika tahun pertama di kampus, saya nie macam kanak-kanak extra oxytocin. Kalau teringin nak tau antara gejala-gejalanya adalah seperti dalam contengan ini, BUSY KER??
Hostel berkonsepkan bilik persinggahan. Meraban sana sini... tup..tup...peperiksaan akhir.
Fuh, kalut tak terkata mak...~
Subjek pertama adalah Basic Electrical Engineering. Carry mark rupa wajib sedut inhaler..semput....atas kesedaran itu, malamnya saya membancuh nescafe 3 in 1.. dan melakukan sesi brain teaser ke atas diri sendiri dengan cubaan menyerap segala nota-nota selama semalaman untuk diluahkan pada jam 9 paginya.
Ready, umi? Ya. Itu jawapan saya 30 minit sebelum menjejak kaki ke dewan peperiksaan.
Bila dapat paper..
Dari start jawab, mula dah dahi berlipat-lipat kerut.
"Eh, aku ada baca nie...tapi start mana ek..okay..err, apsal rasa macam chapter kat belakang nie masuk solution sini plak?betul..betul.. ehh, betul ke nie..lain macam je...erk?hadoi la......"
Kemudian blank.
Submit dengan jawapan lompong-lompong...lukis circuit gedabak-gedabak...saje nak show off kt lecturer... ada jugak la menjawab...eheh.. =.="
Cerita saya no.2
Let say, esok test english. Situasi sama untuk test secara oral mahupun writing.
Maka satu hari sebelumnya, saya akan berusaha sungguh-sungguh baca reader digest ke, paper the sun, the star, the moon, the sky the..the...the........the best is reading DICTIONARY. (^___~)
Baca kuat2 dan penuh lancar dan cubaan sebutan yang paling tepat makhrajnya...dengan harapan esok akan dapat speaking seperti lancar seperti yang saya baca ketika itu.
Esoknya?
Vocab sama jugak yang berulang-ulang.. vocab sedia ada, sebijik sebelum semalam... tak keluar mana pun vocab power mantop-mantop macam dalam reader digest dan segala paper tuuu...rupa 'hafizah' dictionary?jauh sate dari kuah kacang~
Agak-agak sape ada buat perangai macam saya nie ek?
Hoho.
Pertama.
Maaf, kesibukan dengan program luar akademik seperti yang dicontohkan dalam entry " BUSY KER?? " tidak saya letakkan sebagai punca kekalutan dua cerita di atas.. cuma khilaf saya tidak menggunakan ruang-ruang masa yang masih bersisa untuk lebih dimanfaatkan kepada perkara sewajarnya.
Keduanya.
Pada saya, output atau hasil akhir yang kita dapat adalah di'beli' dengan harga usaha yang kita 'bayar'.. Contoh analogi nak beli aiskrim, dalam poket ada lima posen..hulur kat pakcik kedai tu takkan dapat beli aiskrim cornetto royale black forest pulak kan?`yang dapat kita beli ialah aiskrim Malaysia perisa asam boi..nasib ler..Ha, nampak tak? Kalau persediaan kita last minute, secara normalnya output yang kita dapat adalah output bernilai last minute. Kebiasaannya output adalah kurang sempurna dan kita rasa kita boleh dapat lagi baik dari tu sebenarnya. Hmm...rugi lah bagi yang mensia-siakan masa..
Ketiga.
Persediaan yang paling penting adalah persediaan bekalan kita di dunia ini untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti. Gulp!
“Saya pun dah...saya solat duduk...pening la, kak...”
Teringat...
Apa khabar agaknya anak-anak di Pesantren Tapuz?
Doakan.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
19 Julai 2012
Semakin ramai bertanya~
"Umi dekat UTM... further master?RA?RO?"
Soalan-soalan tipikal.. hehe..^^
Nope.
Sebenarnya saya balik UTM minggu lepas sekadar mahu melengkapkan thesis dan submit.. tu je.. pastu balik semula ke Selangor, cari kerja tetap.
Btw, pagi-pagi hari pertama sampai di fakulti supervisor mesej minta jumpa..
"Prof Jasmy cadangkan projek awak untuk masuk INATEX"
"Owh...?"
Industrial Art &Technology Exhibition (INATEX) is one of the University program in Research and Development organised by Research Management Centre (RMC). This exhibition are R&D showcase and competition of UTM inventions and innovations developed by UTM researchers.
The objectives:
•To promote the latest innovative inventions, product and technologies in R&D developed by UTM researchers to the public and industry
•As a platform for internal assessment for R & D product for competitions National or International level.
•To identify technology or latest products with potential for commercialization
For further info about INATEX, kindly click here.
Saya diminta untuk 'sebaik-baiknya berada di UTM sehingga awal Oktober 2012'.
Aduish....lari plan~
Maka, setelah berbincang dengan sekalian warga-warga yang dikasihi.. tolak tambah darab bahagi... saya memutuskan untuk menerima cadangan dan tawaran supervisor saya ini.
Usah jadikan kasih sayang antara kita sebagai penghalang kepada peluang yang ada..lala~
Sedikit cerita haru-biru tentang thesis.
Setelah tiga kali draft 50-60 pages, yang mana setiap kali hantar draft, hampir 270darjah draft akan scrambled and full of contengan kasih sayang seorang supervisor.......
"Ok, dr..."
~~Buat aje dengan tabah~~
Nasib baik start second draft supervisor saya conteng pakai pensil..
Masa fist draft dulu sv buat correction fully pakai pen merah!mau semput tengok...
Fakta menarik lepas buat thesis nie... self-esteem saya untuk menggunakan Bahasa Inggeris jatuh mendadak...whoaa!
Nak guna perkataan 'is' dengan 'the' pun rasa ragu-ragu dah nak letak kat mana. eheh~
Akhirnya.....apabila hari itu tiba...
Submission day.
Tadaaa~
Hanya Tuhan yang tahu....dalam lapisan ke-tujuh hati saya bagaimana rasanya........................
(^____________^)
'Ala kulli hal, alhamdulillah.
Dan setelah submit thesis, bermulalah peranan saya untuk INATEX di bawah skim pelajar bekerja.. upgrade projek psm supaya lebih user-friendly, dapatkan info untuk pattern produk dengan copyright dari icc dan meredah sana-sini sesuka hati mengikut keperluan.... :p
Selalu orang tanya saya buat apa stay UTM, saya jawab..
"tolong-tolong lecturer je sementara nie..."
Sorry la, awak-awak ye...
Panjang sangatlah nak cerita semua..^^
InsyaAllah.. saya akan further study, yang pasti bukan sekarang..
Mungkin lima tahun akan datang. Wa makaru wa makarallah....
Habis INATEX pulang ke Selangor.
Cari kerja.. buat sara anak-anak..
Doakan urusan saya dipermudahkanNya ye.. :)
Haitz!
^^
Turun tangga.. tetiba Cik Jiran pesan..
"Kat bawah tu, ada ulat bulu besaarrrr...."
"Hah?Serius??Erkk...."
Turun tangga memang macam FBI inspection kot!
Bismillahirrahmanirrahim
:)
Haitzz!
Semoga baik-baik saja buat kalian (^^,)
Ermmm,
Nak tanya..
Pernah tak rasa macam nie....?
"tergugat, terancam, takut kehilangan.... akan sesuatu"
Sesuatu itu pastilah yang BESAR maknanya buat diri.. kalau tak jawapnya..
"ada aku kesah..?"
weng3~
Itulah cemburu. Goreng ye?hehe.. tak la.. saya rujuk kat sini.
Dah tau maksudnya, saya nak share keperluan, manfaat dan juga mudarat cemburu secara tipikal.
Sangat ringkas sebab saya nak study Numerical Method untuk final hari jumaat nie di samping saya pun dah tak berapa nak expert cakap banyak-banyak sangat apatah lagi tentang benda pelik dan eksotik hasil sekretasi oxytocin yang bernama cemburu nie. Let's check it out.
Keperluan
Melalui cemburu, seseorang itu akan mempunyai keinginan untuk mempertahankan sesuatu seutuhnya, dijaga dengan sepenuh pengawasan.
Manfaat
Wujudnya rasa peduli dan terpanggil untuk memperbaiki keadaan.
Mudarat
Curiga, sangka buruk dan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Jelas?Kalau tak jelas, mungkin anda perlukan praktikal yang amali.
Bagaimana? Dengan merasainya sendiri.... (smiley miss devil)
"Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)
Semoga sahaja kecemburuan kita adalah kecemburuan yang pasti.. kecemburuan-kecemburuan yang berasas, yang tidak menatijahkan keburukan buat kita, juga tidak membawa kepada kemurkaanNya.. Semoga sahaja cemburu ini dapat kita kawal dan tidak berlebih-lebihan ke atasnya.. Semoga sahaja cemburu kita ini tidak menjadi punca rosaknya perhubungan sesama manusia.. apatah lagi perhubungan kita dengan mereka yang penting dan memberi erti dalam sebuah kehidupan ini..
TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR
MAJLIS MAKAN MALAM FAKULTI/MALAM GRADUASI
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, UTM JB
Rabu | 23 Mei 2012 | Le Grandeur Palm Resort Johor
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berusaha saudara dan saudari pengerusi majlis,
Yang Berbahagia Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik,
Prof. Ir. Dr. Abdul Halim bin Mohamed Yatim
Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Dekan,
Yang Berbahagia Timbalan Pendaftar,
Ketua-ketua Jabatan,
Pensyarah-pensyarah,
Staf-staf fakulti,
Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis,
Barisan Mantan Majlis Perwakilan Mahasiswa, Mantan Ahli Jawatankuasa Jurutek,
Ahli Jawatankuasa Jurutek,
Seterusnya yang diraikan semua mahasiswa/mahasiswi yang hadir pada majlis makan malam fakulti ini.
Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat, kurnia dan izinNya maka kita semua telah berpeluang bertemu dalam majlis yang indah ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga penggerak majlis ini kerana tanpa susah payah mereka tidaklah kita dapat bersama-sama di sini dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara kita dan mencipta memori terindah dalam kehidupan. Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana tealh sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis ini.
And to all international students, hopefully you can apply your skills in Malaysia national languange by enjoying this speech in Malay.
(THROW THIS OUT WITH SMILE, IT'S NOT SARCASM)
Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,
Seperti yang dimaklumi, jemputan kita yang diraikan pada malam ini sebahagian besarnya adalah mahasiswa tahun akhir yang akan bergraduasi tidak lama lagi. Dalam kesibukan menghadapi jadual padat di penghujung semester ini diharapkan kalian masih tetap tenang, fokus dan terus berusaha yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Dan saatnya apabila kita telah berjaya kelak, kenanglah insan-insan penting yang selama ini menyokong kita dari belakang, yang menyaksikan jatuh bangun kita sepanjang pengajian. Ibu bapa, pensyarah-pensyarah, penasihat akademik mahupun rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan kolej kita sendiri.
Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian,
Satu ketika nanti, kita akan bergelar alumni kepada sebuah fakulti premier dari sebuah institut pengajian tinggi awan terkemuka negara. Saya ingin berkongsi dapatan dari lawatan seorang Naib Canselor IPTA Malaysia ke India pada Januari 2009 yang lalu, dalam kesempatan dialog beliau dengan pengarah dan profesor-profesor Indian Institute of Technology Bombay IITB bagi meninjau rahsia kejayaan dan kecemerlangan IITB yang merupakan salah satu universiti terbaik dunia adalah keterlibatan alumni mereka dalam meningkatkan kualiti universiti. Dengan ini saya menyeru agar barisan mahasiswa/mahasiswi sekalian di hadapan saya ini dan buat diri saya juga yakni untuk kita sama-sama dapat melakukannya dengan kembali ke tempat pengajian ini memberikan sumbangan dan idea konstruktif yang membantu merealisasikan visi dan misi yang ditetapkan fakulti dan universiti amnya.
Begitu juga setelah menjadi seorang jurutera mahupun pekerja di mana-mana posisi sebagai penjawat awam di sektor kerajaan mahupun di syarikat-syarikat swasta, kita dapat memberikan tugas bakti yang terbaik dan cemerlang. Bagi umat Islam, dapat menjalankan tugas kita sebagai hamba Allah, khalifah Allah dan mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah.
Hadirin sekalian,
Untuk akhirnya, tahniah saya ucapkan khas buat rakan-rakan seperjuangan kerana telah hampir usaha kita dalam menggenggam segulung ijazah namun harus sama-sama untuk kita ingati bahawa pembelajaran atau menuntut ilmu itu adalah sepanjang hayat.
Seterusnya, dengan ini saya mewakili seluruh mahasiswa/mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Elektrik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pensyarah dan seluruh warga pentadbiran fakulti yang telah berusaha keras buat kami dan akan kami kenang jasa-jasa kalian membangunkan modal insan dalam diri kami. Mudah-mudahan setiap jerih payah itu, menjadi pahala berpanjangan dan jariah berterusan hingga ke akhirat kelak. InsyaAllah.
Barakallahulakum, Wassalamu'alaikum w.b.t.
-------
P/s: Hari itu hari yang agak kelam-kabut dengan urusan-urusan tambahan. Akhirnya, pukul 7.30pm naik bas, pukul 6.30pm baru nak google cari contoh teks ucapan. Tup-tup dapat mesej, kena buat dua versi sebab ada international student.. Owh, tidak adil. Saya tak pernah belajar minoriti kena ikut majoriti.. Ops!joking... hihi.. Erm, saya menghormati tetamu.. cuma sebab tak sempat sangat dah.. jadi, pandai-pandai hidup la goreng cover line tu ye.. hehe..
Buat mereka yang mengalami perkara yang sama seperti saya, semoga usaha kecil ini membantu memudahkan urusan. Kurang macho bagi ucapan tengok teks, tapi belum cukup kekuatan menggoreng di hadapan admin fakulti dalam keadaan perut berkeroncong masa tu. tamau ambil risiko~~ :D
Assalamu'alaikum, kawan-kawan sekalian!(^____^)
Tadi lepas kelas image processing, aku dah tahap zombi di kayangan.. padah tido 2 jam je malam tadi.. hajatnya nak tidoq sat sementara tunggu next class, tapi terus tercelik mata dengan jayanya disebabkan gimik "image processing" guna handset clasmate aku nie.. haha..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w.. para sahabat, ahli keluarga baginda, juga seluruh umat yang mengasihi baginda.
Tersenyum memandang yang aku tinggalkan..
mungkin pedih, mungkin sedih.. tapi itu yang terbaik..
Memang kita tidak dapat menanggung semua, ada yang perlu kita terus kuat untuk membawanya.. dan ada yang terpaksa kita lepaskan.. itu adalah terbaik untuk kita dan terbaik untuk mereka..
Pujuklah aku dengan madah apa pun, tak mampu menenangkan.. hanya ini sahaja..
".. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah. Al Baqarah:216)
Yep, kita juga tidak mampu menidakkan pandangan manusia pada kita.. sedangkan kita juga punyai pandangan kepada manusia lain.. baik atau tidak, itu terpulang..
Penerimaan kita atas kritikan mahupun pujian manusia adalah cara untuk Allah audit keikhlasan kita dalam setiap perkara yang kita lakukan.. Memang keikhlasan tidak dapat kita nilai, tapi kesannya dapat kita rasa.
Andai kita ikhlas, siap menimbang baik buruknya.. lebih manfaat dari mudaratnya.. InsyaAllah apa sahaja pandangan orang pada kita, kata-kata orang pada kita dan kita yakin dengan jalan pilihan kita.. takkan memberi kesan pada keputusan juga tidak mengubah apa yang ingin kita lakukan.
Nota dari hati: Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.. :)
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya..
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w, keluarga, para sahabat juga seluruh ummat yang menyintai baginda.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.. 18-19 Feb 2012 yang lepas satu konvensyen yang mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuwan seperti Ustaz Dr.Zaharuddin, Ustaz Dr. Zahazan, Ustaz Ramadhan Fitri, Imam muda Asyraf, Ustaz Dr. Abdul Basit, Ustaz Zamri Mantop dan ramai lagi telah berjaya dilaksanakan di PWTC.. Konvensyen Fiqh Ummah atau ringkasnya k-fiqh yang menjelaskan konsep wasatiy (sederhana) dalam setiap pembentangan kertas kerjanya ini telah menarik ribuan peserta dari seluruh pelosok negara terutamanya anak-anak muda, seusia, mahasiswa dari pelbagai jurusan.. pendidikan, sains biologi, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya (hasil temuramah tak rasmi).. bukan semata-mata skeptikal untuk dinyatakan hanya mahasiswa pengajian islam yang berminat untuk hadir.. sangat menjentik hati untuk menzahirkan kesyukuran pada Allah, bahawasanya mereka ini pewaris masa depan, bakal-bakal profesional dalam menerajui negara yang meletakkan Islam sebagai tunjangnya..InsyaAllah.
Dalam kesempatan menyertai konvensyen ini, dalam satu suasana yang menenangkan.. sangat dirindui dan sangat diharapkan untuk sentiasa berada dalam situasi seperti itu lagi dan lagi.. sedikit buah tangan untuk kalian yang tidak berkesempatan untuk turut menyertainya. mudah-mudahan bermanfaat.. :)
RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012
UMUM
Wasatiy yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu.
Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim.
AQIDAH
Wasatiy dalam aqidah adalah aqidah ahli sunnah wal jama'ah (merangkumi salafiyah, asya'irah, maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang).
Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza tafsiran di dalam hal furu'. Dengan itu, konvensyen menekankan umat Islam agar mendalami ilmu Usul Aqidah dan mengurangkan perdebatan dalam hal ehwal cabang aqidah.
IBADAH
Wasatiyah dalam ibadah merupakan tanggungjawab dan tugas asas umat Islam dalam kepelbagaian pensyariatan hukum-hakam dengan memurnikan wawasan ukhrawi tanpa melupakan keperluan duniawi yang menjadi alat kebahagiaan di akhirat.
Perlaksanaan ibadah meraikan keadaan dan kemampuan manusia dan perbezaan situasi mereka serta meraikan aspek-aspek kemudahan dan keringanan dalam pensyariatan.
Persoalan bida'ah dalam ibadah terdedah kepada pelbagai tafsiran, justeru perlu diperhalusi pengertiannya dengan lebih teliti agar tidak dijadikan sebagai mediun kafir-mengkafir dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Wasatiyah dalam ibadah zakat merangkumi ketelusan pentadbiran, mengelakkan penyalahgunaan, kaedah pengagihan yang lebih efektif dan sebarang bentuk penyalahgunaan sumber demi kepentingan individu mahupun kumpulan tertentu.
Meraikan pandangan dari pelbagai pihak dalam usaha penambahbaikan serta mengelakkan salah faham dan kekeliruan isu zakat. Bersifat lebih terbuka dalam menangani permasalahan dan keperluan asnaf serta memelihara maslahat muzakki.
DAKWAH
Wasatiy di dalam dakwah adalah yang dilakukan secara berhikmah sambil meraikan kepelbagaian latar belakang mad'u, persekitaran dan kesesuaian teknik dakwah, menjinak hati serta tidak menghukum.
Pun begitu, kandungan dakwah adalah sama iaitu membawa diri pendakwah sendiri dan masyarakat (mad'u) untuk hampir kepada Allah dan RasulNya dengan mentaati syariah Islam.
Juga disedari, dakwah kepada Islam memerlukan pendakwah dari pelbagai bangsa dan ia pula bukan bererti membawa mad'u kepada identiti bangsa dan kumpulan tertentu.
KEWANGAN DAN EKONOMI
Wasatiy di dalam ekonomi dan kewangan adalah menerima sistem dan matawang yang sedia ada sambil menegaskan usaha untuk memahamkan umat Islam berkenaan ilmu dan sistem muamalat Islam adalah menjadi keutamaan.
Konvensyen juga menegaskan sokongan terhadap usaha memantapkan muamalat Islam sama ada melalui sistem perbankan Islam terkini atau pengenalan sistem matawang Emas. Dengan menolak sebarang pendekatan meremehkan kedua-dua usaha tadi. Namun usaha penambahbaikan mesti diteruskan demi kemaslahatan umat Islam.
TURATH
Wasatiy dalam khazanah dan karya ulama silam adalah mengiktiraf kepentingannya dalam memahami nas syarak dan menjadi asas kepada perkembangan intelektual umat Islam kini.
Juga ditegaskan ilmu alat bahasa Arab dan pemahaman terhadap terminologi khas, konteks karya tersebut dihasilkan adalah sangat penting dalam memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.
Juga disedari bahawa sebahagian kesimpulan yang terdapat di dalam khazanah silam berkemungkinan kurang menepati suasana, penemuan dan kajian semasa, justeru ia terbuka dan memerlukan kepada proses pembaharuan melalui ijtihad ulama kontemperori.
TAZKIYAH AN-NAFS
Mengiktiraf kepentingan 'penyucian jiwa' bagi mencapai kemuliaan akhlak, ketinggian iman dan kejituan ibadah yang merupakan tuntutan terbesar di dalam diri setiap individu muslim.
Juga, konvensyen menetapkan bahawa kaedah, jalan dan caranya mungkin berbeza di antara satu dengan yang lain, namun yang terbaik adalah yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.
POLITIK
Konvensyen menekankan peri pentingnya politik di dalam Islam dengan tidak mengambil ruang ekstrem menjadikannya sebagai lapangan kafir-mengkafir, menyesat dan menzalimi sesama umat Islam.
Juga menyeru umat Islam untuk berpegang kepada politik yang berpaksikan prinsip, hujah, moral dengan berlandaskan ukhwah.
Persaingan sihat di dalam politik berdasarkan kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik adalah untuk kemaslahatan umat berteraskan maqasid syariah tanpa menggadaikan nilai-nilai akhlak di dalam Islam.
PENGAJIAN AL-QURAN
Al-Quran adalah kitab Allah yang wajib difahami sebagaimana kehendak Allah, menurut kemampuan akal manusia dengan bersandarkan sunnah Rasulullah, athar para sahabat dan tafsir para ulama muktabar.
Ilmu-ilmu yang merangkumi qira'at, tajwid, tafsir Al-Quran dan yang berkait dengan Al-Quran adalah satu disiplin ilmu tersusun yang mempunyai tuntutan tersendiri. Kelayakan ilmu dalam bidang ini sangat diperlukan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam memahami nas Al-Quran.
Wallahu ta'ala a'alam. :)
Bismillahirrahmanirrahim.. selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, ahli keluarga juga seluruh umat yang mengasihi baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad ya Rabbi solli 'alaihi wasallim..
Alhamdulillah wa syukurillah, masih menghirup udara segar.. berpagi-pagi.. :)
Dan untuk akhirnya, sebelum melangkah masuk ke semester terakhir nie, final lap.. InsyaAllah.. perlunya aku untuk bermuhasabah, pesan kat diri siap-siap untuk buat begini juga begitu, pasang strategi..
Aku doa banyak-banyak pada Allah..
"Ya Allah, apa yang aku lakukan ini demi Islam.. demi Islam, Ya Allah.. demi Islam... sekiranya kegagalan aku menjadi fitnah pada agamaMu, cemerlangkanlah aku dalam menuntut ilmu.."
Lapangkan hati, senyum kat side mirror.. masuk gear satu.. baca doa naik kenderaan.. tawakkal aje untuk segala urusan.. dan jalannn.... :)
Ok, semoga kalian juga bersemangat baru.. tak kesah la sem berapa pun.. result ok, syukur banyak-banyak.. kalau tak capai sasaran tu, maintain cool bebeh.. bangkit!bangkit! (^____^)/
Yang penting, niat.. belajar keranaNya.. demi redhaNya.. InsyaAllah, moga kita semua tergolong dalam golongan hambaNya yang cemerlang dunia dan akhirat.. amiinnn...(^^,)
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan rahimNya aku masih bernafas dan masih berpeluang mengumpul saham demi kesejahteraan di hari akhir kelak.. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w.. Perbanyakkan selawat kepada baginda, moga kita dalam kalangan umatnya yang beroleh syafaat.. :)
Sebagai setiausaha persatuan alumni matrik, yang mana gerak kerja yang dilakukan kebanyakannya secara jarak jauh.. memang mencabar.. tapi cabaran tu yang mendewasakan dan memberi pengalaman yang mendidik supaya kita belajar perkara baru.. tidak hanya selesa dengan rutin yang kita biasa lakukan.
Beberapa tempoh pending untuk gerak kerja persatuan alumni dek kekangan masa, kuliah dan aktiviti-aktiviti kampus.. bila tiba cuti semester, bangun balik dari hibernasi, atur segera perancangan yang mana betul-betul rasa boleh buat.. siapa yang ada, gerak je dulu..
Untuk persatuan luar kampus, yang ahli jawatankuasanya masing-masing ada kondisi dan komitmen tersendiri.. ada yang dah kerja dan kebanyakannya yang aktif masih berada dalam kampus yang berlainan di serata Malaya nie.. memang tak boleh tunggu semua ada.. kat sini aku nampak retoriknya persatuan di kampus..wakaka..
Betul kan? kalau persatuan yang melibatkan masyarakat luar, takkan boleh tunggu semua 'kerusi' penuh... baru nak bincang.. alamatnya, matlamat penubuhan tak tercapai, terbiar la taklifan tu tak tertunai dengan sepenuhnya..nak jawab pe depan Tuhan..erk? ~
Jadi, yang termampu itu la kita buat..sekurang-kurangnya berusaha.. cari alternatif.. kita nampak masalah akan wujud dalam situasi tertentu, yang penting jangan give up.. optimis dan 'pegang' kawan-kawan yang sama-sama boleh gerak dengan kita.. ada geng, boleh jalan lagi.. InsyaAllah.. :)
Minggu lepas, 2 Feb 2012.. alhamdulillah, dapat turun KMPP.. roger2 sapa dapat induk yang dapat turun, kita discuss.. Pagi, sembang dengan En.Mahfuz selaku penasihat persatuan.. review cadangan program untuk kawtim dengan kolej.. Petang, sembang dengan induk..
Syukur, dipermudahkan.. tak banyak, tapi cukuplah untuk permulaan bagi tahun pertama penubuhan persatuan.. klik gambar untuk besarkan ye.. ^^
Lepas nie, buat paperwork, ajk, bajet dan sebagainya.. mudah-mudahan lancar dan dipermudahkan.. Lega sket rasanya.. hehe.. Btw, Final Year Project (FYP) atau Projek Sambil Menangis (PSM) still in progress.. fuu.. cuak secara tiba-tiba.. antara penyebab besar aku balik kampus awal, korban sket cuti.. rindu la kat adik-adik.. sOb3.. takpe la, bertahan.. tarbiyah..~
p/s: saat kau lemah dan rasa tidak mampu, kembalikan semuanya pada Yang Esa.. tingkatkan iman dan takwa padaNya.. pasti ada jalan keluar yang memudahkan urusanmu.. yakinlah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. hari kelahiran baginda bakal tiba satu hari lagi.. :)
Alhamdulillah atas nikmat yang diberikanNya pada hari ini.. baru lepas pergi Gedung Buku BADAN kat Angsana.
1. Act like a LADY, think like a MAN oleh Steve Harvey (Edisi Bahasa Melayu)
2. Art of War oleh Wang Xuan Ming (Edisi Bahasa Melayu)
3. Profesionalisma dan Tadbir Urus Islam Menurut Al-Quran oleh Prof Dato' Dr. Sheikh Hussin
Maaf pada yang minta pandangan nak beli buku apa sebab saya sendiri pun beli buku on the spot je mana-mana berkenan.. huhu~
Okay, bukan buku tajuk utama.
Ini baru tajuk utama.. aku jumpa satu entry yang ada kata-kata nie dan tertarik untuk mengulasnya
Kemuliaan itu hanya datang setelah Allah menutupi segenap keaiban yang kita ada
Sangat bersetuju dengan statement di atas. Manusia yang serba-serbi penuh kekurangan mana mungkin terzahir kehebatannya melainkan apabila Allah telah tutup kelemahannya itu..yakni apabila kelemahan diri telah terhijab. Manusia itu dipandang hebat atas penzahiran dalam ketinggian ilmunya, ibadatnya, boleh jadi juga kerana jawatannya, menjadi front liner, dilantik menjadi pimpinan mahasiswa, pandai bercakap, berkeyakinan dan sebagainya.
Secara tersembunyi, atau yang tidak kita ketahui adalah kelemahan bagi setiap manusia yang dimuliakan, dihormati atau dipandang tinggi oleh orang lain itu. Sehebat mana pun seseorang atau sesuatu, pasti ada kelemahannya kerana tiada pun makhluk yang sempurna melainkan Allah semata-mata.
Kehormatan orang pada kita mungkin nikmat dari ketaatan kita padaNya atau semata-mata ujian dari Allah untuk menjauhkan kita dariNya. Oleh itu, dalam keadaan orang lain memandang hormat, ditabur dengan puji.. apabila mendapati jiwa kita di tahap tinggi, maka awasilah.. kerana bila-bila masa kita akan ke bawah. Bagi hati yang penuh yakin pada ketetapan Allah dan apa yang dilakukan semata-mata mengharapkan redhaNya, biarpun di mana posisi kita, saat berjawatan atau saat menjadi rakyat biasa, saat sentiasa ditabur kata-kata puji atau tiba masa dikeji atas tiket ketidaksempurnaan diri.. hati pasti tetap akan tenang..
Lihat sahaja jawapan Khalid Al-Walid apabila jawatannya sebagai Panglima Tertinggi angkatan tentera Islam yang dilucutkan semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab..
Betapa besarnya jiwa yang digelar "Pedang Allah" ini. Setelah dilucutkan jawatannya, beliau bukan sahaja tidak mempertikaikan arahan tersebut bahkan kesetiaanya pada pemerintahan Umar tetap utuh dan kukuh."Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar"
Jelas, jiwa tarbiyah Khalid menjadi lambang keunggulan umat yang ikhlas mengabdi dan berbakti hanya kepada Allah dalam perjuangannya.
Jadinya, di mana jua kedudukan dan keadaan kita sekarang ini.. menjadi front liner yang sentiasa diperhatikan mahupun orang biasa-biasa yang transparensi dari khalayak.. sentiasalah bermuhasabah dan perbaiki diri. Setiap hari, betulkan niat kita dan ikhlaskan hati. Batasilah nikmat atau musibah yang berlaku dengan syukur.. kerana syukur adalah redha.. :)
Bismillahirrahmanirrahim..
Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Ayuh, membesarkanNya dengan puji-pujian takbir dan tahmid.. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w..moga hadir ketenangan buat jiwa-jiwa yang amat mengagumi dan merindui baginda, mudah-mudahan dikurnia syafaat di Hari Perhitungan kelak. :)
Sebagai seorang "ladies",
Dalam cuti sem duduk kat rumah nie.. confirm kene heret masuk dapur.
Takde masalah bagi yang genetik pure ladies..
Dia akan bahagia masuk dapur, kalau tak suka tu memang menderita la kat situ..
Ohoo..jangan ingat semua perempuan suka masuk dapur okeh.. #fakta#
Yang tak suka, biaq pi kat hang.. aku nak cite kat stok-stok dapur ja..
Hehe.. Tak la, gurau jek.. Mai la duk skali..
dengaq cita sama-sama.. :p
Bila balik rumah, penah rasa tak..?
Excited gile nak try resepi baru.. pegi dapur, check barang pe ada..
Pahtu berangan...~~~
Nak buat kek topping buah peach.. jelly untuk topping padahal bape bulan lepas beli dah..
Nak buat brownies, yang ala-ala American brownies yang kaya bercoklat..
Nak masak something yang complicated sket..
Nak mencabar diri lah kononnya..
Let say, satu hari korang decide buat cup cake.
Cari-cari resepi, punya cantik kan gambaq kat website tu..
Topping simple coklat chips je.. but looks yummy~~
Korang pun excited la buat.. sambil tersenyum-senyum bahagia bayangkan adik-adik yang berebut nak rasa.. yeay!(^____^)
Ting!Ting!
Bunyi timing oven dah siap bakar kek korang. Buka oven.. tengok-tengok rupa cup cake korang..
Ahak..Ahak...ahaks....
kalau aku, ketawakan diri sendiri dulu.
Haha! Cesss... apa ini cup cake??
Tangan takde ong, resepi hampesss....
Sangat ironi.. tawa dalam tangisan.
Okay,
Stop it.
Do you realize that ACTUALLY you have learn something?
You are good enough because you DID try rather than do nothing.
Bagi aku, setiap satu perkara yang kita buat mesti ada kesannya. Baik atau buruk.
Walaupun perkara yang kita buat tu adalah sekecil-kecil perkara contohnya gerakkan mata ke kiri dan ke kanan.. gerak laju-laju.. laju lagi...
dan kesannya, korang akan pening.
Owh, padan muka. hikhik.. :D
Back to the topic,
It's okay.. kalau masak tak jadi.. kita kan gegurl.. belum jadi mak-mak lagi.. :)
Aku pun kan.. bocorkan rahsia plak..ngeh3
Masak kek span.. last-last jadi rezeki ayam belakang rumah..( T . T )
Pernah je.. masak kari rasa pahit.. macam letak ubat gigi Mukmin je rasa sebab terlebih rempah..
Masak agar-agar buah, tawar la..keras la.. aiseyy..
The other time tu, jadi je masak.. sampai dekat sekampung mak bagi rasa kat orang..
This is not kind of "promotion" yea.. ^^
Bukan pe.. sebab masa tengah masak, kebetulan jiran datang..
Cam tak best pulak kalau dah siap tak bagi rasa.. hehe..
Kalau orang kata, kampus tu tempat retorik...
Dengan ideologi fantastik membina masyarakat penuh kesempurnaan..
Maka aku plak kata, dapur rumah mak ayah plak adalah tempat retorik untuk para gegurlz (ladies/perempuan dan sewaktu dengannya)..
Sebab pe?
Kalau dah dekat dapur rumah sendiri.. ada keluarga sendiri..
Adakah korang berharap untuk menghidangkan kari perisa ubat gigi Mukmin jugak?
atau kek korang yang pahit terlebih koko dan soda bikarbonat tu?
Kalau tak kawen paksa atau chenta kontrak,
Mostly jawapan confirm "TAK"..kan?hehe..
Secara tuntasnya, aku nak kempen kat para gegurlzzz...
Sebelum tanda nama "CIK" berganti "PUAN"
Sila rajin-rajin masuk dapur ye! Cuba la masak pape.. starting resepi mudah-mudah pun okay..
Serius, tak rugi..
Sebab contohnya la pun korang tak berjumpa jodoh nak membina keluarga..
(owh, no..~!)
Dah tu plak tak minat keje ikut kelulusan akademik ke..
At least, korang ada lagi satu choice.. MASTER CHEF! (^______^)
Happy Try~
ChOw! Salam.. :p
Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, masih diberikan nafas oleh Allah untuk menginsafi akan dosa lampau, dosa hari ini dan dosa akan datang.. Selawat dan salam buat kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w.. pembawa rahmat seluruh alam.
Ahad 23 Januari pagi bertolak pulang ke kampung Melaka.
Macam biasa, 1 van dengan 1 kereta.. dulu-dulu masa tak masuk umur mengundi lagi, boleh la semua naik 1 van.. la nie, kalau kami 7 beradik dengan mak ayah naik sama jugak.. alamat, jadi sardin cap ayam.. hehe.. :D
Sebelum bertolak, ayah pesan.."Hati-hati.."
Dah biasa dah ayah pesan..tapi aku rasa lain macam lak.. tak sedap hati orang kata..
Btw, go on..baca doa naik kenderaan.. then, ayat kursi.. mudah-mudahan semuanya selamat..
Perjalanan lancar.. area KL memang kosong gile jalan.. laporan trafik board digital kt highway, semua lancar.. Raya cina merangkap cuti umum.. biasa la tu..~
Lepas sempadan demi sempadan,
Dari KL- Negeri Sembilan - Melaka..
Alhamdulillah..
Dah keluar highway masuk jalan biasa..
Sampai Jalan Bukit Katil, sesak sket.. yela da masuk jalan kecik..lagipun pukul 10 lebih, orang dah mula ramai keluar rumah.. dan masa nie la aku tak jangka aku jadi saksi satu kemalangan maut.
Sekilas aku nampak sorang perempuan, bawa motor jenis EX5.. lalu tepi kereta kitorang.. lepas 2 ke 3 meter lepas kereta tetiba aku nampak dia dah terpelanting dengan signboard kedai makan kt tepi jalan.. tertiarap, muka telangkup atas jalan, sekali bergerak pahtu senyap..
Terus parking emergency tepi jalan, aku ngan adik 3 orang sekali pegi kat perempuan nie..
Tak nafi, aku cuak!
Telefon 999.. tapi aku tak tau nak report lokasi tepat.. so, bagi kat adik yang aku nampak memang orang situ je..dia la bagitau the rest report..
Back to that accident ladies, kalau dia bergerak ble gak pangku ke papah letak tepi jalan sket.. nie senyap..pahtu, darah membuak-buak keluar dari helmet..paling tak leh lupa..adik aku tanya,
"Akak, tu apa kat jalan tu? daging-daging dia ke?"
Allah..tulusnya soalan kau dik.. aku dah kembang tekak dah..tak lama pahtu,
"Akak, tu.. tengok tu...otak dia kt tepi motor!"
Astaghfirullahal'azim...betul.. otak dia terkeluar..
Then baru aku perasan, ada visor helmet kat kaki aku..Oo, my..
Helmet dia plak retak2.. aku tak dapat bayang muka dia yang terlangkup tu cmne kalau diterbalikkan.. Allahu Rabbi...
15minit pahtu, ambulans sampai..
Kematian disahkan.. forensik tanpa perasaan kutip segala organ yang bersepah atas jalan tu..
Jabatan Pertahanan Awam (JPA) sampai..
Pahtu seorang lelaki sampai, melintas jalan tergesa-gesa.. buka penutup mayat dan lembik terus badan dia.. 2-3 orang pegawai JPA tenangkan lelaki nie yang dikenalpasti sebagai suami kepada perempuan tersebut.
Polis trafik plak sampai.. Jalan mula sesak dengan orang yang berhenti dan nak tengok kejadian.
Aku dengan adik-adik masih stay sebab untuk aku nak tau prosedur kalau kat luar cmne.. kes aku pernah tengok dan handle masa jadi MPP dulu kecik je.. Motor masuk bawah kereta dekat simpang empat KTC, paling teruk.. tapi itu pun boleh bangun lagi orangnya..
Let say accident kat UTM, call Bahagian Keselamatan pahtu Pusat Kesihatan..
Kalau kat luar plak.. call 999 sahaja bagitau lokasi dan keadaan..polis sampai, ambulans sampai..
Dah pukul 11 lebih, mak ayah aku bape kali call.. adeii.. mesti la risau kan.. tapi memang aku takleh nak pi.. tak lama, polis datang kat kitorang.. minta ikut pegi balai, jadi saksi..
Lama kot sangkut kat balai.. dari pukul 12pm report kat kaunter.. tunggu inspektor yang lama tu.. dekat pukul 3 lebih baru keluar balai.. macam aku plak yang bersalah dok lama2 kat balai..
patutla ramai takmo jadi saksi..leceh..huhu..
Kalau sistem cepat takpe, sebab yang amik keterangan semua orang lama.. nak menaip tu yang tak larat sket tunggu.. btw, kita sebagai orang awam kena bantu polis dan keluarga mangsa untuk memudahkan urusan mereka.. kita bagi la kerjasama sebaiknya apa yang termampu ye..
Dari laporan hospital, inspektor tu kata mangsa kejadian seorang perempuan Melayu, berusia 19 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.. Keluarga mangsa memaklumkan mangsa sebenarnya terlewat ke tempat kerja pada pagi kejadian tersebut. Dari analisis inspektor tu bagitau kat aku, motor dibawa laju, memburukkan keadaan bila jalan licin sebab lepas hujan dan kedudukan signboard persendirian kedai makan yang diletakkan terlalu hampir dengan jalan telah dikenalpasti sebagai antara punca kejadian.. jadi, kalau kena dakwa untuk kes nie, pada pandangan aku.. mungkin orang kedai tu.. itu pun, kalau ada dakwaan la..
Lepas tengok accident nie, aku jadi cepat nervous.. ada trauma sket kot.. Ingatan untuk aku yang suka merempit gile gaban laju.. untuk semua juga, moga kita lebih berhati-hati di jalan raya.
Memandu melebihi had laju sepakat para ulama mengatakan bahawa itu satu dosa. Jadi, itu bukan sunah. Berani mati di jalan yang lurus (di lebuh raya) amat beza dengan berani mati ‘di jalan’ yang lurus (mati syahid, mati dalam iman dan ibadah kepada Allah). -Ustaz Pahrol Mohd Juoi-Kita pun tak tahu di mana dan bagaimana penghujung usia kita.. Moga diberi kekuatan dalam bermujahadah untuk meningkatkan amal ibadah..mudah-mudahan kita Allah masukkan ke dalam golongan hamba yang istiqamah dalam melaksanakan ketaatan padaNya dan untuk akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan pengakhiran yang baik (husnulkhatimah)..InsyaAllah.
p/s: Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat dia yang pergi..