"Ko apa cite sekarang?"
"Study lagi..hehe"
"Amik pe?"
"Elektronik"
"Pergh, ko...bukan dulu ko blur ke?"
"Haha..(diam kejap)..hmm, rezeki kot.."
Antara perbualan saya dengan kakak senior sekolah menengah
setelah hampir tujuh ke lapan tahun tak berjumpa. Lost contact. Last jumpa kalau tak silap masa tu saya
tengah tunggu result SPM. Si kakak bertanya perkembangan saya, senyum je menjawab dan selepas pulang ke rumah, terfikir-fikir semula apa yang disembangkan dan sengaja refleksi perjalanan yang saya dah dilalui sampai hari nie.
Btw, saya akui masa zaman sekolah saya bukan antara yang
cemerlang.. UPSR, PSRA, PMR, SMA dan SPM. Tak ada apa yang dapat dibanggakan.
Semuanya biasa-biasa je.
Sekolah rendah, mula darjah 3 baru la merasa kelas depan.
Tapi kalau periksa tu tak payah cite la selalu dapat nombor berapa..kui3..
Naik sekolah menengah, SAMTEN tu saya dapat masuk sebab ada
kawan terpilih tapi tak nak masuk. Ganti nama saya. Tu pun lepas mak ayah buat rayuan. Rezeki
dapat..
Berlalu tingkatan 1 dan 2. Masuk tingkatan 3, baru saya rasa saya betul-betul belajar sebab geng-geng
suka makan kismis sudi terima saya masuk study group diorang. Pehe dok
geng-geng suka makan kismis? Geng-geng otak ceghhahh gittew.. :p
Antara mereka geng kismis..last paper PMR.
thanx geng!
Alhamdulillah, dapat tempias berkat diorang, lepas PMR
tingkatan 4 masuk la saya kat kelas sains tulen. Tu pun lepas diorang semua dah
angkat kaki masuk KISAS, SAMBES, SBP, MRSM dan seangkatan dengannya. Rezeki
lagi. Oh, nikmat Tuhan manakah yang dikau dustakan..
Sampai tingkatan 5, tak rasa pressure SPM pun, ala kadar
study last minute kecuali untuk subjek Math dan Add Math. Sebab kalau saya tak buat
latih tubi dua subjek tu, bertambah kelam masa depan saya. Dapat result SPM, redha. Saya apply
matrikulasi dan saya tak terpilih untuk kemasukan Mei 2006.
K bai.
Saya dah lemah semangat. Padahal memang tau tak layak. Saya dah fikir saya tak dapat ke
mana-mana. Saya tak nak kahwin sebab takde calon suami. Err..masa tu.
Saya nak belajar. Worse case..saya
plan nak ke sekolah cina kat Kajang, sambung tingkatan 6.
Tapi..tapi..tapi..
Tak lama pastu, keluar result UPU, okay.. saya dapat Diploma
Kejuruteraan Awam di UTM KL. Mak tak sedap hati sangat sebab dulu mak belajar
kat UTM KL jugak tapi tak dapat habis. Pernah dengar dulu UTM = Universiti
Tendang Menendang? Begitulah.
At last, daftar juga. Saya bersemangat nak sambung
perjuangan mak. Tapi camne tinggi pun semangat saya, kat sini sempat seminggu
lebih je sebab hari first kuliah mak call bagitau dapat matrik Program Dua
Tahun (PDT) di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Terus setelkan urusan
berhenti UTM KL dan daftar ke KMPP. Dari KL ke Penang, hari yang sama, kat sini
saya rasa semangat mak dan ayah lagi tinggi dari saya. Fuh.
Walaupun saya tak dapat matrik Program Satu Tahun (PST), PDT
adalah yang terbaik untuk orang biasa-biasa macam saya. Rezeki Allah bagi juga
peluang saya ke matrik.
Kat matrik saya tak jumpa geng suka makan kismis. So, study
sorang lagi banyak. Semangat mak ayah hantar saya daftar ke KMPP saya bawa
hingga akhir pengajian. Alhamdulillah, di matrik subjek yang masa SPM saya rasa
mustahil skor, subjek Fizik dan Kimia. Di matrik, saya boleh maintain A.
Lab kimia. Geng cek mek klate..hehe..
Pertama ketika di tingkatan 3 dan ke-2, semasa di matrik.
Dua ketika yang terasa saya begitu struggle dalam menuntut
ilmu.
Pada ketika yang lain-lainnya, saya teramat bersyukur kerana
Allah meletakkan saya pada jalan yang saya lalui tersebut. Maha Baiknya Allah, dikurniakan
rezeki yang baik-baik dan dipegangnya saya supaya berada pada jalan yang baik.
Saya tahu kebaikan itu banyaknya datang dari doa mak dan ayah, yang sentiasa
menginginkan kejayaan dunia dan akhirat buat anaknya ini. Rahmati mak dan
ayahku, wahai Allah..
Oh, ye. Selepas tamat matrikulasi saya memilih Kejuruteraan
Elektrik-Elektronik Perubatan sebagai pilihan pertama untuk ijazah sarjana muda
di..di mana? Yep, di UTM. Alhamdulillah, Allah lapangkan rezeki, kembali saya
ke UTM tapi dengan kursus yang memang saya inginkan dan berjaya tamat on time. Saya harap mak tak seriau lagi dengan anak-anaknya yang belajar di UTM. Hehe..
Menyambung pengajian di peringkat Sarjana?Hmm..ini satu lagi
rezeki yang tak disangka-sangka. Allah mudahkan jalan. Saya apply dua hari
terus lulus, sedangkan kalau ikut prosedur proses permohonan makan masa sebulan lebih dan masa saya apply tu sebenarnya tarikh permohonan telah ditutup. Rezeki
kahwin rasanya nie..hehe..
Memang banyak rezeki Allah pada sekalian hambanya. Untuk
saya sendiri, saya bersyukur atas apa yang saya lalui. Ada perkara yang saya
inginkan, tapi tak dapat. Itu saya anggap bukan rezeki dan perkara yang saya
nak tu bukan terbaik untuk saya apatah lagi bila dimuhasabahkan, usaha masih
selalu kurang. Apa yang nak dihairankan kalau tak dapat? :)
Realitinya, saya masih belum keluar dari lingkungan
akademia. Kawan-kawan lain sudah merasa suasana bekerjaya, bercampur gaul
dengan masyarakat di luar sana. Rancam. Pasti lebih matang dan lebih dewasa.
Teringin juga merasa. Mungkin selepas tamat pengajian sarjana ini giliran saya
pula? Atau rezeki untuk terus menyambung ke peringkat seterusnya lebih dilapangkan
jalannya? Wallahu’alam. Jenuh berteka-teki, usahakan saja yang terbaik apa yang ada di tangan.
Yeah, sekian saja refleksi saya. Kesimpulannya, kita semua tidak blur..masanya akan tiba untuk kita menyerlah sebagai seseorang. Teruskan mengatur langkah dan berharap setingginya pada Allah!
Salam.