Bismillah.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Baby Asiah tengah tidur.
Yeay!

Boleh la buat apa yang patut. Yang patut sebenarnya prepare point untuk discussion esok dengan supervisor.. tapi sebab teringin sangat-sangat nak update blog dan share pengalaman masa baby Asiah kena demam kuning yang agak tinggi (hyperbilirubinemia).. maka, ehem.. nanti i review point lepas update blog aje la ye..hehe.. :D

Ops, kejap.. first expectation saya masa buat post nie..maybe ramai young parents akan google cari pasal demam kuning nie (macam saya! :D) sebab demam kuning nie macam common sangat sekarang..puncanya? tanya la pada yang pakar..nak tanya pasal electronic circuit boleh gagah lagi saya nak jawab..hwa2..

Dan bila baca post nie saya harap mummy2..daddy2..kat luar tu tak la berat hati sangat sebab dari sembang-sembang dengan doktor demam kuning nie ada satu masa dia akan naik tinggi, lepas tu turun dan kalau takde kaitan dengan masalah seperti hati atau thyroid, insyaAllah akan sembuh walaupun prolonged sampai baby hampir 2 bulan pun..dengan izin Allah.

Cerita baby saya?
Haa..Alhamdulillah..baby Asiah lahir 2 Januari iaitu pada hari khamis dengan berat 2.31kg.
Hari jumaat baru boleh keluar wad sebab bayi yang lahir kurang dari 2.5kg kena buat glucose test dalam tempoh 24jam selepas dilahirkan. Alhamdulillah, semua ok.

Asiah ngantuk la, Ummi.. :p
Baby Asiah hari-1

Weekend tu mula nampak kuning sikit-sikit tapi tak bawak pergi check sebab plan hari isnin nak bawak pergi klinik kesihatan untuk laporkan kelahiran, kat sana boleh la check kuning sekali.

Isnin pergi klinik kesihatan, check bacaan TSB 272. Terus doktor buat surat refer hospital, warded. Dari klinik kesihatan tak singgah rumah, terus pergi bahagian kecemasan Hospital Ampang pastu naik NICU.

Masa kat NICU, baby Asiah kena letak bawah lampu. Start dah la drama ayaq mata tengok kena bahang lampu dengan pampers je..sobs.


Masa nie saya dengan Asiah ditempatkan kat bilik foto. Berdepan dengan bilik foto nie, ada satu ruang letak baby sekali dengan kaunter nurse/doktor. Bila tengok ruang kat situ lagi seriau. Baby kebanyakannya berselirat wayar dan sangat kesian tengok..huhu..

Pukul 10 lebih camtu, doktor datang ambil darah Asiah untuk tengok bacaan TSB.

Tangan Asiah membengkak lepas kena ambil darah. 
Drama ayaq mata siri ke-2.

Malam sikit tu, rasanya dekat pukul 12 kot.. nurse datang ambil Asiah. Saya tanya kenapa, nurse kata bacaan TSB Asiah terlalu tinggi, TSB 410. Dan Asiah pulak ditempatkan kat ruang berdepan bilik foto yang ada kaunter nurse/doktor.......

Tak lama kemudian nurse sampaikan pesan doktor minta datang jumpa dan berbincang.

Menurut doktor, TSB Asiah terlalu tinggi. Dalam tempoh empat jam selepas nie, ambil darah lagi. Kalau bacaan TSB Asiah tak turun bawah 300, kena tukar darah. Sambil doktor menghulur borang untuk tukar darah sebagai persediaan, saya difahamkan tentang risiko yang terpaksa ditanggung.

Antara risiko tukar darah nie ada pada darah tu sendiri dan semasa proses menukar darah pun ada risikonya. Darah walaupun telah disaring, masih ada kemungkinan tercemar dengan penyakit dari penderma darah. Proses menukar darah pula berisiko menghentikan denyutan jantung bayi sekiranya sistem dalam badan bayi tidak stabil ketika proses tersebut dijalankan.

"Kalau tak tukar darah macam mana pula, doktor?" saya cuba mencari pilihan yang lain sebab saaaaangat tak sedap hati dengan tukar-tukar darah nie.

"Risikonya boleh menyebabkan sawan, kecacatan otak dan pendengaran" kata doktor.

Ya Allah, sama je teruknya..

Saya beritahu doktor yang saya perlu ambil masa sebentar. Telefon encik suami bertanyakan pendapat. Serius dilema. Bincang punya bincang..akhirnya, sign jugak untuk tukar darah tu.

Bila tengok Asiah balik..
Owh, hatiku menjerit namun tiada suara~

Lampu atas bawah, tergolek-golek camtu je..pampers pakai pampers buatan nurse.
Dan menangis tak berhenti. Sepanjang malam, suara dia je berkumandang. Tak tau nak buat camne. Nak angkat tak boleh..bagi susu direct tak boleh..usap-usap badan je sambil panggil pujuk-pujuk.."Asiah..sabar ye..Asiah kan kuat.."
Sadis.

Masa tengok Asiah tu nurse datang kat saya, dia kata bagi susu banyak-banyak yang boleh kat Asiah. Ikhtiar dan tawakal walaupun gaya doktor tadi bagitau macam mustahil je TSB 410 turun bawah 300 dalam tempoh empat jam.

Tak lama pastu, encik suami sampai. Tak boleh masuk tengok Asiah. Saya pun keluar dengan encik suami kejap duduk depan wad. Kritikal sangat saya rasa masa tu. (T.T)

Empat jam lepas tu, ambil darah lagi. Doktor call makmal untuk dapatkan result. Saya duduk pasang telinga tepi doktor.

"TSB 289"

Ya Allah, syukur alhamdulillah!

"Tak perlu tukar darah kan, doktor?"
"Tak perlu tukar darah"

Terus bangun, lari-lari cari encik suami kat lobi bawah nak bagitau. Drama ayaq mata siri berapa pun dah tak kira dah..camne pun, alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..rasa lega dan gembira yang amat sangat.

Masa kat wad nie la saya banyak google tentang jaundice, puncanya, rawatannya..macam-macam la.. Antaranya bila ibu dengan anak darah tak sama. Contohnya dalam kes saya nie, saya darah O, Asiah darah B. Redha je la..pengorbanan nak melahirkan umat manusia dengan darah yang pelbagai. hwa3.

Rawatan setakat nie masa kuning tengah tinggi, biasa bagi lampu tu la..itu doktor-doktor yang decide..untuk mak-mak nie, usahanya bagi susu sekerap yang mungkin supaya baby selalu buang air dan buang sekali bilirubin yang terlebih tu..contohnya saya masa bawah lampu dan bacaan cecah 410 tu, baby tak boleh nak angkat langsung..so, saya bagi guna picagari atau cawan kecik..sebab saya nie tinggi (ehem!) terbongkok-bongkok jugak la..sakit pinggang den..belum seminggu bersalin pulak kan..tapi masa tu tak hirau diri sangat pun..tau nak anak sihat je.. ^^

Btw, baru bersalin maybe susu belum keluar banyak kan..kalau terpaksa support dengan susu formula, pada pandangan dan apa yang saya alami..go on je..untuk sementara nak buang kuning dia tu..dah ok nanti, continue la breastfeed secara eksklusif tu.. :)

Hari pertama dan ke-2, setiap empat jam kena ambil darah. Lepas TSB mula turun, enam jam sekali.

Tak kurang empat belas bekas cucuk ambil darah. 
Nie baru tangan, kaki pun ada.. :'(

Hari ke-4, TSB Asiah akhirnya sampai bacaan 180, dah boleh keluar wad.

 Masa hari keluar wad, pagi-pagi dah senyum.. :)

Lepas 14 hari Asiah lahir, check di klinik kesihatan.. kuning masih ada..Jadi, kena refer hospital. Asiah kena prolong jaundice.
Refer hospital ambil darah dan air kencing untuk kenalpasti punca disebabkan oleh masalah fungsi hati, thyroid atau susu ibu.

Masuk hari ke-45. Sebulan lebih..huhu..
Kuning tak nampak sangat. Last check up, isnin lepas.. doktor kata tak perlu refer dah. 
InsyaAllah, baik dah tu..hehe..

Alhamdulillah, check darah dan air kencing semuanya normal. Jadi, takde apa-apa masalah kesihatan yang berat cuma susu ibu kurang serasi. Lagi satu sebab berat Asiah masa lahir agak kurang yang jadi punca mudah kena kuning dan kuning lambat turun.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Sekarang nie melayan karenah suka berjaga dia je la..no komen sebab common kot sebulan dua nie baby tak kenal mana bulan ke matahari lagi..^^

Ok, sampai di sini je..baby Asiah pun dah mula keluar sound effect dia tuh..ngeh3.
Moga dipermudahkan urusan anda semua dan berada dalam rahmat kasih sayangNya selalu! 

Tataaa, salam~(^_^)

----------------------------------------------------

p/s: update after 7 months

Lepas keluar hospital, beberapa hari lepas tu..memang burn kulit baby..bila tengok balik dan compare bila baby dah besar sikit..rasa kelakar pulak..

 few days lepas keluar hospital

nie masa tiga bulan

nak masuk enam bulan

Kulit beberapa kali bertukar..pastinya tanpa 'fair n lovely'..natural okeh.. :p
Tu je..babai..assalamu'alaikum! :D

11 comments:

umi..anak sya pon kuning ari2...ms ambik darah kat kaki die..mama die yg nangis...qaiser pon nanngis jgk..huah...tp qaiser ari2 x kena refer kat hospital..cos dienya 220 je..kali ke 2 test da turun 100 lbh...selamat jadi burung hantu yer..hihihihi...

ya Allah.. kesiannya.... hmm... setakat ni bf je lah jalan terbaik utk redakan kuning... tpi mgkin betul juga, jika ibu berdarah O.. kuning lmbt truun...

Huk3....same case with me...

Saya pun sama....prolonged jaundice. ..hopefully semuanye ok..

Baby saya da 22 hari....masih kuning....lahir pramatang....2 minggu lg test darah dan air kencing....harap2 baby saya sihat2 aje....hati ibu memg sentiasa risau je....huhuhu

Nama baby ASIAH???...maksud nya tak berapa baik?....cek senarai nama anak yg di larang

Kes yg sama. Kump darah pun sama. Senario yg sama sdang saya lalui skrg. Air mata x yah cakap. Suami da mula kerja. Duduk berjauhan. X tau pd siapa nak ngadu. Nak luahkan rasa hati pun x tau pd siapa... ya Allah, selamatkan lah anakkunAisyah...

Skrg ni sy sdg alami pengalaman yg sama..ank lahir 36w..w2.4kg(tp hari ke 20 dh 3.0kg)..doc sahkn prolonged jaundice...sok nk ambil drh 3ml tuk tau sama ada mslh hati,tiroid @ susu ibu...semoga sofea baik2 sje dan kptsn normal...aminn...doakn bby sofea

عصية (yang bermaksiat)
أسية (nama isteri firaun yang mulia & mentauhidkan Allah)

Mengalami masalah yg sama.bby dh 16 hari.prolonged jaundice..rabu lps dh test darah,xde masalah hati tersumbat.tp masih gak kena jumpa pakar 4 june ni..utk test darah lg..doakan baby harith cpt sembuh dr jaundice.

Sy pn mngalami masalah yg sma skrg ni 15hari.jaundice baby masih tingi bacaan 258..td dh ambik darah 3botol.mingu depan bru thu keputusan.harap baik² je kputusan yg bakal diterima.tlg doakan baby faris syaqif cepat sihat ye

Post a Comment