Bismillah walhamdulillah

Tengah challenge diri menulis dalam tempoh sekejap (maksima 30 minit) dengan pengisian bermanfaat.

Err..sebenarnya tengah tunggu time nak lunch.
Lagi sekejap tulis, lagi cepat boleh makan.
Ye, itu yang paling sebenarnya..
Ehehe.. :D

Camne nak tulis bermanfaat nie ye?
Ermm..saya suka share cerita..pastu, fikir-fikir moral of the story.
Ok, deal.

Saya teringat situasi saya sejak beberapa tempoh kebelakangan ini.
Agak mencabar untuk saya mengawal emosi. Saya cepat untuk rasa nak marah, mudah rasa tak puas hati atau kuat mengkritik, tertekan, mudah risau dan ragu-ragu untuk perkara yang telah saya lakukan.."dah buat ke belum? bawa ke tak? paip air dah tutup? pintu kunci tak tadi?" dan seangkatan dengannya.

Sangat merimaskan sebab terasa berperang dalam diri. Akibatnya secara fizikal, saya sering sakit kepala yang berdenyut-denyut sambil terbaring petang ke malam. Mental? Fuh.

Dua hari lepas, saya cuba duduk bertenang. Terlalu lama rasanya saya begini.
Pen dan kertas di tangan.
Sebab antara cara saya release ialah dengan menulis, luahkan apa yang sebenarnya yang membelenggu saya, yang mengikat saya pada situasi negatif tersebut. Selepas menulis, saya bangkit. Rasa lebih lapang dan keluar rumah kemudiannya dengan 'muka rezeki' (err..muka senyum sokmo kata orang..(^^,))

Ini yang saya catitkan,

"Lebih tinggi pergantungan, lebih kuat menahan sakitnya apabila terjatuh. Lebih besar pengharapan, lebih besar kekecewaan yang bakal dihadapi. Hadiah sebuah teori dalam realiti. Tidak mengapa, sayang. Teruskan pembelajaranmu dalam sekolah kehidupan ini. Moga lebih tenang di masa mendatang"

Ada beberapa peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut, saya tersedar di mana saya meletakkan pergantungan dan pengharapan tinggi kepada makhluk dengan lemahnya pergantungan dan pengharapan kepada Allah. Saya berharap yang itu dan yang ini, saya mahu begitu begini.. saya berharap pada makhluk. Apabila tidak tercapai itu yang membuatkan ketenangan terlempar jauh dari diri. Saya hampir lupa Allah jua yang menetapkan segalanya. Rabbighfirli..

Allah berfirman,

عَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
 
“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)


Lapang hati. Lapang jiwa.
Kembalikan semua pada Allah. 

Satu lagi mutiara kata yang dikongsikan oleh sahabat. Bertambah senyum saya bila membaca.

"Ada itu nikmat, tiada itu pun nikmat. Allah beri hikmah dalam setiap ada dan tiada"

Subhanallah.
Setiap yang datang pada kita, yang kita mahu, yang kita dapat atau kita tidak dapat itu ada hikmah, ada ibrah, ada pengajaran.

Kata-kata yang dipetik dalam sebuah novel yang pernah saya baca ialah Allah tidak pernah silap meletakkan takdir buat hambanya.

Bukan mudah mendidik hati..pujuk hati..kan? Terluka, kecewa..nangis-nangis.. tapi InsyaAllah boleh kerana hati itu fitrahnya suka pada kebaikan. Cuba dan terus mencuba dalam mujahadah. Pahit tapi akan ada kemanisan sesudahnya. :)

Eh? Alaa.. terlebih timing!
Hilang lapar bila membebel..hehe..
Ok, cukuplah setakat ini sahaja, berhenti dulu ye..
Salam.

"Ko apa cite sekarang?"
"Study lagi..hehe"
"Amik pe?"
"Elektronik"
"Pergh, ko...bukan dulu ko blur ke?"
"Haha..(diam kejap)..hmm, rezeki kot.."


Antara perbualan saya dengan kakak senior sekolah menengah setelah hampir tujuh ke lapan tahun tak berjumpa. Lost contact.  Last jumpa kalau tak silap masa tu saya tengah tunggu result SPM. Si kakak bertanya perkembangan saya, senyum je menjawab dan selepas pulang ke rumah, terfikir-fikir semula apa yang disembangkan dan sengaja refleksi perjalanan yang saya dah dilalui sampai hari nie. 

Btw, saya akui masa zaman sekolah saya bukan antara yang cemerlang.. UPSR, PSRA, PMR, SMA dan SPM. Tak ada apa yang dapat dibanggakan. Semuanya biasa-biasa je. 

Sekolah rendah, mula darjah 3 baru la merasa kelas depan. Tapi kalau periksa tu tak payah cite la selalu dapat nombor berapa..kui3..

Naik sekolah menengah, SAMTEN tu saya dapat masuk sebab ada kawan terpilih tapi tak nak masuk. Ganti nama saya. Tu pun lepas mak ayah buat rayuan. Rezeki dapat.. 

Berlalu tingkatan 1 dan 2. Masuk tingkatan 3, baru saya rasa saya betul-betul belajar sebab geng-geng suka makan kismis sudi terima saya masuk study group diorang. Pehe dok geng-geng suka makan kismis? Geng-geng otak ceghhahh gittew.. :p

Antara mereka geng kismis..last paper PMR.
thanx geng!

Alhamdulillah, dapat tempias berkat diorang, lepas PMR tingkatan 4 masuk la saya kat kelas sains tulen. Tu pun lepas diorang semua dah angkat kaki masuk KISAS, SAMBES, SBP, MRSM dan seangkatan dengannya. Rezeki lagi. Oh, nikmat Tuhan manakah yang dikau dustakan..

Sampai tingkatan 5, tak rasa pressure SPM pun, ala kadar study last minute kecuali untuk subjek Math dan Add Math. Sebab kalau saya tak buat latih tubi dua subjek tu, bertambah kelam masa depan saya.  Dapat result SPM, redha. Saya apply matrikulasi dan saya tak terpilih untuk kemasukan Mei 2006.

K bai.

Saya dah lemah semangat. Padahal memang tau tak layak. Saya dah fikir saya tak dapat ke mana-mana. Saya tak nak kahwin sebab takde calon suami. Err..masa tu. 

Saya nak belajar. Worse case..saya plan nak ke sekolah cina kat Kajang, sambung tingkatan 6. 

Tapi..tapi..tapi..

Tak lama pastu, keluar result UPU, okay.. saya dapat Diploma Kejuruteraan Awam di UTM KL. Mak tak sedap hati sangat sebab dulu mak belajar kat UTM KL jugak tapi tak dapat habis. Pernah dengar dulu UTM = Universiti Tendang Menendang? Begitulah.

At last, daftar juga. Saya bersemangat nak sambung perjuangan mak. Tapi camne tinggi pun semangat saya, kat sini sempat seminggu lebih je sebab hari first kuliah mak call bagitau dapat matrik Program Dua Tahun (PDT) di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Terus setelkan urusan berhenti UTM KL dan daftar ke KMPP. Dari KL ke Penang, hari yang sama, kat sini saya rasa semangat mak dan ayah lagi tinggi dari saya. Fuh.

Walaupun saya tak dapat matrik Program Satu Tahun (PST), PDT adalah yang terbaik untuk orang biasa-biasa macam saya. Rezeki Allah bagi juga peluang saya ke matrik.

Kat matrik saya tak jumpa geng suka makan kismis. So, study sorang lagi banyak. Semangat mak ayah hantar saya daftar ke KMPP saya bawa hingga akhir pengajian. Alhamdulillah, di matrik subjek yang masa SPM saya rasa mustahil skor, subjek Fizik dan Kimia. Di matrik, saya boleh maintain A.

Lab kimia. Geng cek mek klate..hehe..

Pertama ketika di tingkatan 3 dan ke-2, semasa di matrik.
Dua ketika yang terasa saya begitu struggle dalam menuntut ilmu.
Pada ketika yang lain-lainnya, saya teramat bersyukur kerana Allah meletakkan saya pada jalan yang saya lalui tersebut. Maha Baiknya Allah, dikurniakan rezeki yang baik-baik dan dipegangnya saya supaya berada pada jalan yang baik. Saya tahu kebaikan itu banyaknya datang dari doa mak dan ayah, yang sentiasa menginginkan kejayaan dunia dan akhirat buat anaknya ini. Rahmati mak dan ayahku, wahai Allah..

Oh, ye. Selepas tamat matrikulasi saya memilih Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan sebagai pilihan pertama untuk ijazah sarjana muda di..di mana? Yep, di UTM. Alhamdulillah, Allah lapangkan rezeki, kembali saya ke UTM tapi dengan kursus yang memang saya inginkan dan berjaya tamat on time. Saya harap mak tak seriau lagi dengan anak-anaknya yang belajar di UTM. Hehe..



Menyambung pengajian di peringkat Sarjana?Hmm..ini satu lagi rezeki yang tak disangka-sangka. Allah mudahkan jalan. Saya apply dua hari terus lulus, sedangkan kalau ikut prosedur proses permohonan makan masa sebulan lebih dan masa saya apply tu sebenarnya tarikh permohonan telah ditutup. Rezeki kahwin rasanya nie..hehe..

Memang banyak rezeki Allah pada sekalian hambanya. Untuk saya sendiri, saya bersyukur atas apa yang saya lalui. Ada perkara yang saya inginkan, tapi tak dapat. Itu saya anggap bukan rezeki dan perkara yang saya nak tu bukan terbaik untuk saya apatah lagi bila dimuhasabahkan, usaha masih selalu kurang. Apa yang nak dihairankan kalau tak dapat? :)

Realitinya, saya masih belum keluar dari lingkungan akademia. Kawan-kawan lain sudah merasa suasana bekerjaya, bercampur gaul dengan masyarakat di luar sana. Rancam. Pasti lebih matang dan lebih dewasa. Teringin juga merasa. Mungkin selepas tamat pengajian sarjana ini giliran saya pula? Atau rezeki untuk terus menyambung ke peringkat seterusnya lebih dilapangkan jalannya? Wallahu’alam. Jenuh berteka-teki, usahakan saja yang terbaik apa yang ada di tangan. 


Yeah, sekian saja refleksi saya. Kesimpulannya, kita semua tidak blur..masanya akan tiba untuk kita menyerlah sebagai seseorang. Teruskan mengatur langkah dan berharap setingginya pada Allah!
Salam.


Bismillah wal hamdulillah..
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat hari khamis. Hari nie macam-macam mood ada.





Macam arrow kat atas nih. Ada masa rasa kena tolak-tolak.
Redha je.. ada masa kena BERTAHAN.. tunduk ke bumi sambil berharap pada Allah Yang Maha Tinggi. ada masa bingung dengan perkara yang membelenggu diri.. tapi terus berusaha selagi merasa sedar akan tanggungjawab yang wajib dilunasi.

Satu masa, menulis ini menjadi kepuasan untuk saya. Tak menghairankan sebenarnya sebab diari harian semenjak saya masih di sekolah rendah masih tersimpan rapi. Ketika itu, segala yang saya rasai hatta mimpi memasak dan periuk senget pun saya catatkan.

Tapi maaflah, semuanya berkaitan hati dan perasaan. Takde lah nak catat masalah politik semasa ataupun pergolakan yang berlaku di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Eheh.

Sesetengah orang muak atau menyampah atau rasa offended atau rasa apa-apa yang tak menyenangkan pada orang yang sikit-sikit nak cerita pasal hati dan perasaan nie. Untuk saya, saya rasa menulis dengan apa yang saya rasa adalah satu kepuasan dan satu penghargaan untuk diri saya sendiri. Menunjukkan kepedulian pada diri saya sendiri.

Dengan itu, saya lebih rasa yakin untuk 'membawa' diri saya ke mana-mana kerana saya tahu di mana tahap saya, saya tahu di mana kemampuan saya, apa yang saya mampu tanggung dan apa yang tidak. Dengan peduli pada diri, dengan tahu apa isi hati saya sendiri..apa kesukaan saya, apa kebencian saya, yang membuat saya gembira, sedih, menyampah, kecewa, marah dan segala rasa yang lain..

Ada satu perkara yang perlu saya hati-hati, bila rasa terlalu memikirkan tentang diri sendiri ialah timbul rasa syok sendiri atau bajet bagus. Jadi, kena berpada-pada juga la bila nak fikirkan tentang hati dan perasaan diri sendiri.

Dan..yep, hanya kita yang boleh rasa dan tahu apa yang sebenar-benarnya dalam hati dan diri kita. Orang lain tidak akan mampu faham sekalipun kita jelaskan dengan segala bahasa lisan yang ada. sekalipun sehari-harian bersama dengan kita..

Kerana itu juga, saya belajar..apa pun yang dikata, apa pun yang dipersoalkan pada saya, tak semua perlu dijawab. Diam itu jawapan yang terbaik. walaupun dalam hati..


Tapi tu satu masa dulu. Sekarang, saya semakin sukar meneka apa rasanya isi hati saya sendiri. Saya rasa kehilangan.

Oh Allah.. Seolah-olah, hari saya berlalu, berlalu dan berlalu..tanpa saya nikmati apa rasanya. Metaforanya, kalau dulu saya rasa gula itu manis tapi kini saya bingung apa rasanya.
kalau angin itu damai, saya hanya akan lihat tudung saya terbang-terbang. Fiu!

Senyum. Senyum. Senyum.

Perlahan-lahan, saya akan dekati semula hati saya. Mungkin ia sudah terlalu lama terabai tak dipeduli. Ah, tiba-tiba rindu untuk bermenung di tepian tasik seorang diri hingga mentari memancarkan sinarnya..


..::   ::..

I am smiling at myself today
There's no wish left in this heart
Or perhaps there is no heart left
Free from all desire
I sit quietly like Earth
My silent cry echoes like thunder
Throughout the universe
I am not worried about it
I know it will be heard by no one
Except me.
  
-rumi-

..:: ::..

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera!

Wah, semangat~
Baru lepas lunch, biasa la..hehe..
Makan pe? Makan gulai ikan tapi lupa letak asam keping. Aiseh. Saya kenyang je.. dah masak sendiri, rasa ok..telan je la kan..whoa..

cuma..cuma...cuma..kesian encik suami. uhuks!

(ceh, posting ini untuk meluahkan rasa simpatistik kepada suami rupanya)

Well, saya dah melabelkan diri sebagai tukang masak amatur kepada encik suami selepas beberapa kali beliau buka tudung periuk sambil kerut dahi. Haha.

Saya masih kurang balance nak masak kuantiti sikit-sikit. Almaklum, sebelum nikah, masak kat rumah untuk sembilan orang. sekarang dikecilkan kapasiti masakan untuk dua orang. Selalu jadi masalah saya bila masak ialah terlebih rencah walaupun rasa dah kurangkan dah (sayang pulak nak buang rencah dah tumis, maka kuah jadi pekat..sangat) atau terlupa satu dua bahan. Ades.

Pengantin-pengantin baru..separa baru..suku baru..hangat-hangat baru..memang ada sindrom macam saya alami tak? atau saya special case? :D

Sebelum nie, yakin boleh da nak kahwin sebab boleh la nak masak..

-Haha-

Takde la masakan yang complicated sangat tu..tapi boleh la kot..
Sekarang kelakar gila.. undefined..masak jadi pelik-pelik..


whatever~

Saya buat kesimpulan mudah, untuk yang nak dekat-dekat kahwin tu..rajin masak ye..yang dari family besar tu.. boleh try test la masak sket-sket jugak.. kt hostel, masak untuk rumate ke..hoho..tapi kalau air tangan tu memang dah power, takde hal la..

Untuk saya, Puan Umi.. sila cuba lagi. Komentar encik suami itu adalah petanda beliau mengambil berat dengan hasil tangan anda. No hard feelings, okeh! Sebelum pro, hayatilah detik-detik menjadi amatur ini..the expert was once a beginner..(^____^)

Dan untuk Encik Suami..sob3..maafkan adinda, wahai kekanda.. adinda cuba mempersembahkan santapan yang terbaik buat kekanda setiap kalinya..ajaib bila lain pula yang terhasil..mungkin kuali, senduk dan periuk di dapur kekanda itu belum mesra dengan adinda..bertabahlah ya, duhai kekanda......

Ok, cukup drama.

Peace..no war.
Let's sambung review paper.
^^

.::check it out ::.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera buat semua :)

Lepas habis kelas tengahari, tak sengaja rajin pulak nak update blog..kronik sangat kesunyian blog nie rasanya. :p

Kelas tadi ialah kelas subjek "Research Methodology". Ikut jadual 3 jam tapi jadi 2 jam sebab pensyarahnya ada meeting. Berperang-perang dengan mengantuk jugak, cam biasa la..dah namanya kuliah..hew3..saat hilang mengantuk ialah bila telinga diterjah dengan kata-kata ini,

"I am a dean of faculty,  I have one wife, seven children. Now, I have to give lecture and what? You are busy than dean?"

Tak tau la beliau tengah sembang apa sebenarnya.. sedar-sedar je tetiba dah part situ..
Eheh, dean?
Pheuww..pheuww~

Google website UPM..oOo..okeh..lecturer tadi itu adalah dekan fakulti kejuruteraan. Rosak reputasi mak, nak.. mak masuk kelas lambat tadi..kih3..first time masuk kelas, cari kelas sesat kot! explorace dari hujung bangunan ke hujung bangunan..takpe leww...mak janji minggu depan tak mau lewat dah..^^

Best sebab dah ada sorang kawan. Nadia namanya. Agriculture engineering..hmm, takde la rasa stranger sangat pasni..hopefully!hehe..

Btw, dah masuk minggu ke-2 jadi student postgrad UPM..Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.. mungkin ada yang konfius-konfius gitu..

"Eh, bukan kata sambung kat UTM KL ke dulu?camne kt UPM pulak nie?"

Alkisah..


Memang saya dah dapat offer letter sambung kt UTM KL tapi bila difikir-fikirkan semula.. ditimbang-timbang..darab bahagi tambah tolak..beza dan kamiran.. terlalu banyak komplikasi atau hal-hal berbangkit yang akan merumitkan keadaan sekiranya saya menyambung pengajian di UTM KL tersebut.

Maka penghujung Januari 2013, hasil konsultasi, bimbingan dan kaunseling yang tidak putus-putus dari encik tunang terutamanya ketika itu, saya pun apply UPM. Alhamdulillah, rezeki kahwin kot..supervisor pun best..sekepala rasanya..jeng3..paling senyum sampai telinga, dua hari apply terus approved.

Mula-mula cuak sebab contact ofis postgrad, jawapannya ialah,

"Permohonan kemasukan Februari dah ditutup, dik.. kalau apply sekarang nie dua bulan baru approve..next intake la, September nanti.."

Tapi..tapi..tapi...kita berurusan dengan manusia dan berharap hanya pada Allah.
Low expectation (makhluk), high hope (Allah).

Hantar permohonan, doa banyak-banyak..

Sistem hanya ciptaan manusia. Rezeki pula Allah yang tetapkan. Siapa lagi besar? Huishhh...tak terlawan rezeki Allah dengan sistem manusia kan.. camtu la..setelah supervisor bincang-bincang dengan mereka-mereka yang berkenaan..akhirnya,




Say what?
Alhamdulillah, thank you Allah... :)

InsyaAllah, dalam perjalanan.. Master Sains, Kejuruteraan Elektronik.
Sebelum start belajar, nikah dulu. 
Suami, sumber insipirasi tetap sepenuh masa.. (___)

(mesti cik abang tengah buat gaya mak2 alahan trimester..kui3..nasib la~)

Latar belakang Masjid Negeri, try test berniqab sepanjang dating bersama suami.
Wordless feeling :)

Begitulah kisahnya. 
Choii..sibuknya nak bercerita kisah diri sendiri kannnn...hehe.. saje je share..mana yang bermanfaat, ambil la ye..yang merapu tu..harap maaf la..memang dah built in behaviour..lalala.. :p

Ehh?
Pukul berapa dah nie? Lewat dah!
Ok, siap-siap sekarang. Nak jumpa supervisor jap lagi!
Papai.
Wassalam.

.:: nota kecil ::.


Bi iznillah.
Senyum.
:)