26-Jan-2010
04:50:37 pm
INBOX:Mesej dari JENTERA Pro-Mahasiswa
Imam Hassan Al-Banna: Apa yang aku maksudkan dengan JIHAD ialah kewajipan yang berterusan hingga ke hari kiamat dan inilah makna yang disabdakan Rasulullah S.A.W
" Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah"
Peringkat JIHAD yang pertama ialah mengingkari dengan hati dan yang paling tinggi ialah berperang di jalan Allah.Antara keduanya terdapat JIHAD dengan kata-kata (lisan), pena dan tangan (kuasa) dan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.
Tidak hidupnya dakwah tanpa JIHAD.Bagaimana kemuliaan dakwah dan keluasan ufuknya, demikianlah kemuliaan JIHAD di jalannya dan tingginya nilai untuk menegakkan kerja dakwah dan besarnya ganjaran petugas dakwah.
Firman Allah: BerJIHADlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar JIHAD.
Inilah dia makna yang sering dilaungkan:
"JIHAD ADALAH JALAN KAMI"
Kepada semua calon, teruskan perjuangan dan tingkatkan harapanmu kepada Allah.Kami petugas2 hina ini akan terus bekerja selagi mana nyawa di badan.
-mesej tamat-
28-Jan-2010
08:32:54 pm
INBOX: U K.ENA
Dear,
moga dengan taklifan ini kamu akan lebih mendekatkan diri pada Allah.
moga dengan taklifan ini, kamu akan lebih mentarbiyyah diri dalam menjadi jundullahNya..
moga dengan taklifan ini kamu berjaya mengangkat izzah pendokong islam dan juga izzah seorang srikandi muslimat!
-mesej tamat-
dua mesej yang cukup terkesan dalam hati aku..mesej dari jentera semasa tempoh berkempen..juga mesej dari bunda kesayangan selepas kemenangan dalam pemilihan..
cukup jelas erti jihad yg cuba disampaikan..
tasji' buatku di kala lesu mengacah cuba menggugah..
aku fokus pada matlamat..
berkali-kali aku ikhlaskan niat..
pengharapan yang tak putus2 pada Yang Kuasa..
review selepas sesi pencalonan,
tekad aku bulat..
InsyaAllah..
esoknya pegi klas..
mula dah pesta poster cm langsir baru pagi raya..
kempen..kempen..kempen...
propaganda bermula..politikus melata..
penyapulidi mengangkasa, provokasi bertimpa2..
poster kena potong?biase jer..
da tensen la tuh!
paling tak lupa, SPEAKER CORNER~
port aku kt arked K9..
sangat bertuah diberi peluang tuh..
bayangkan..mic+speaker+kamera+pegawai HEP+RAKAMAN....
di samping sahabat handai dan rakan taulan yg sudi hadir memberikan sokongan MANTOP..
sangat berterima kasih aku ucapkan....
1st day for me is okay..
2nd day,worse..sebab 'peminat fanatik'..
MISTERI...datang la beratus insan2 lain pun..
aku fikir aku masih mampu..
tetapi PEMINAT FANATIK nih memang berjaya wt aku kalut!!
walaubagaimanapun,terima kasih juga aku ucapkan..
tahap infiniti..jasa tak terbalas~
28-Jan-2010
After maghrib: call dari k.isma
selaku pemantau kira undi bagi calon fakulti kejuruteraan elektrik..
"TAHNIAH DAN TAKZIAH, UMI..AWAK MENANG..JANGAN LUPA SUJUD SYUKUR YE,DIK"
jiwa kosong...............
Tuhan, ampunkan aku..aku bakal menggalas satu taklifan..
AMANAH itu Tuhanku..kalau ditimpa pada gunung maka hancur lebur!!
Tapi Engkau memilih aku,Tuhanku...
mungkinkah kerana tekadku?
mungkinkah kerana imbalan akhir usahaku?
mungkinkah kerana niat yang berkali2 kusisipkan dalam hatiku?
atau mungkin juga kerana Engkau ingin menguji aku?
Kalah itu pasti, kemenangan itu anugerah..
Terima Kasih Ya Rahman atas anugerah itu..
-MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR-
-UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI 2009/2010-
Manifesto sehabis daya akan kutunaikan..
Yang pasti aku bukan keseorangan..
di FKE ade 5 orang MPP..
3 calon FKE + 2 calon umum
FKE:
-NUR AZIM FAHADA
-KU ABDUL MUHYI
-UMI KALSOM
UMUM:
-AMANINA
-NUR SYAZANA
inilah sahabat-sahabat yang berani menyahut seruan..
Ayuh,sahabat!!seiringan kita~
BERSAMA MEMBANGUN MAHASISWA
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!
dan sekarang..paperwork..paperwork..paperwork.....
maaf,en.mus kalau bosan hadap muka saya..(-__-)
notes:
Watikah Perlantikan MPP UTM 09/10 pada 22hb Feb 2010 bertempat di Melaka
::.take this.::
GERUN PADA KEBANGKITAN MAHASISWA?
-MAHASISWA CELIK-
-KAU HARUS TELUS-
MASA PEMBODOHAN ITU TELAH DIUSIR,
AUTONOMI MAHASISWA KIAN TERUKIR!
MA'ASSALAM-
koi
10 years ago