Rebutlah gelaran IKHWAN di akhir zaman,
yang disabdakan dari lidah rasul junjungan..
agar kita menjadi orang yang membuktikan golongan yang baginda rindukan..
tika para sahabat itu bertanya,
siapakah yang diberi gelaran itu padanya?
membara cemburu di hati mereka hingga menitiskan air mata..

lantas baginda menyambung lagi,
IKHWAN itu mengamalkan sunnahku..
bagai menggenggam bara api dan mereka amat menyintaiku,
sekalipun tidak pernah bertemu..

Ukhwah mereka bagaikan susunan batu-bata..
saling menguatkan di antara mereka..
umpama satu ibu dan satu ayah..
perjuangannya ibarat singa di siangnya..
bagai 'abid pula di malam harinya..

namun IKHWAN bukan sebarang pilihan,
mereka pilihan di atas pilihan..
bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
kerana dosa amat dihindarkan..

luarbiasanya taqwa IKHWAN,
kerana taqwanya diberi pertolongan
kerana taqwanya diberi rezeki
dan dunia diselamatkan Tuhan..

Wahai pencinta-pencinta kebenaran,
yang menagih janji Tuhan..
rebutlah gelaran IKHWAN di akhir zaman,
Ia tawaran yang tiada tandingan!

-MAWADDAH: GELARAN IKHWAN-

0 comments:

Post a Comment