Bismillah walhamdulillah
Setiap kali penghujung bulan, masuk awal bulan..saya berkira-kira tarikh 9hb..
Bermakna tambah lagi sebulan.
Masya Allah, seolah-olah sebenarnya saya masih belum mempercayai adanya seseorang yang bergelar suami sudi memperisterikan diri saya ini. Walaupun telah bernikah hampir tujuh bulan.
Ya, tujuh bulan.
Bersama cute little baby nak masuk enam bulan dalam perut, eh.. rahim.
:)
Jodoh yang Allah datangkan, amatlah saya syukuri. Bila dikenangkan walaupun dalam tempoh setahun sebelumnya, tak terbayangkan pun saya akan bernikah.
Hidup happy-happy, sempoi slumber.. merempit suka hati.. fire tak puas hati sesedap rasa.. cerita bab lelaki atau pasangan, dalam hati memang dah doktrin.. "Relaks la, takde sape berkenan pun".
Doktrin tu memang power la.. jadikan saya Miss Slumber tak berapa nak cover. Kalau geng-geng sekali buat gerak kerja program tu, tau la camne.. sampai geleng kepala dengan ketidaksenonohan perangai. Uhuks.
Bagi yang mengenali saya bermula ketika di kampus, kira saya dah pandai sikit la bersopan. Masa baru-baru lepas SPM dulu..ayoo~
Sampai ada adik-beradik kawan nie bertanya lepas nampak saya,
"Kawan awak tu tomboy ke?"
Gerak mana-mana dengan motor, bawak laju-laju, beg sempang, jeans, kasut snikers, jaket gedabak..ah, selekeh betul saya masa tu.
Masuk matrik, boleh la nak kata start transformasi dress up. Geng-geng saya kat matrik boleh tahan mulut lazzerrr frankly speakang je tak berkenan perempuan tak berapa perempuan. Hehe..
Ketika di kampus masuk usrah, syukurrrrr..... ada banyak contoh ikutan yang baik buat saya..
Tengok kakak-kakak yang lemah-lembut, serius berkenan.
Cantiknya kakak-kakak nie..macam angel.
Bidadari dunia..^^
Bila seorang demi seorang geng sahabiah 'setel', memang tak buat gaya jeles la.. tahun 1, tahun 2 dah kena 'cop'..saya masa masuk final year pun single and available lagi..hehe..
Saya dah pernah terfikir dan standby untuk survive as lone ranger pun..saya boleh join NGO, volunteering, alumni, grad dan kerja kuat-kuat..kalau sunyi, saya ada family..balik la rumah.. atau saya bela ikan dalam akuarium, hari-hari tengok mulut ikan terkumat-kamit berzikir..manfaat juga dengan pemerhatian yang mengagungkan kebesaran ciptaan Tuhan..
Ehehe.. No, no, no..
Itu memang contoh yang tidak baik sebenarnya ye, kawan-kawan..seolah-olah berputus asa dengan rahmat Allah..seolah-olah kita telah memutuskan takdir untuk diri walhal kita cuma hamba kepada Khaliq Yang Mencipta..sekaligus memberi isyarat pada diri untuk menghentikan usaha kerana takutkan natijah tidak seperti yang diharapkan..mudah kata, takut kecewa..
Pastu, camne boleh kahwin pulak nie?
The story is actually as simple as 'masanya dah tiba'...
Erk, punya la tak praktikal jawapan hang, Umi.
Alaa..cerita camne kahwin nie.. InsyaAllah masing-masing ada track yang Allah sediakan.. segan (malas) nak cerita.. ekeke.. cuma bila kita menyediakan diri untuk bersedia kahwin, InsyaAllah, cepat atau lambat akan tiba masanya dan Allah akan mudahkan. Dulu, saya pun geram dengan jawapan camni.. tapi selepas melaluinya, betul.. memang betul berlaku bila masa tu kita bersedia. Jadi, bila tak berlaku-berlaku jugak lagi, maksudnya Allah kata belum masanya dan keadaan diri kita sebenarnya belum cukup bersedia. Dia Maha Baik..Dia Maha Tahu atas segala ketetapan yang terbaik untuk setiap takdir hambaNya.
Jadi, banyakkan bersabar dan tingkatkan persediaan diri..
Tak perlu terlalu runsing dengan persoalan "Bila nak kahwin?".
Sebab selepasnya pula pasti dan pasti akan ada persoalan demi persoalan yang sama juga jawapannya tiada pada kita, tidak bergantung seratus peratus pada kuatnya usaha atau betapa kuatnya kehendak kita akan sesuatu itu seperti contohnya "Bila nak dapat anak?", "Bila nak dapat anak ke-2?", dah berusia nanti, anak dah besar "Bila nak bermenantu?" pulak.. etc..etc..
Semuanya totally jawapan muktamad tiada pada kita. Jawapannya ada pada Allah.
Kalau kita berterusan fikir, sahih jadi punca tekanan dalaman yang menghakis kenikmatan-kenikmatan lain yang sepatutnya lebih kita hayati dan membuatkan hidup kita lebih gembira dan ceria. Dekatkan diri pada Allah..dekat dan dekat lagi..di situ ada ketenangan yang abadi dan segala persoalan kita akan lebih mudah terjawab nanti. InsyaAllah.. :)
Malu la sembang panjang, padahal pengalaman tak seberapa. hew2..
Takpe la, sikit-sikit kongsi.. mana yang bermanfaat, manfaatkan.. kalau kontra tu..big sorry mama!hehe..
Saya juga berlindung pada Allah dari khilaf atas kata-kata atau menyentuh perasaan yang membaca..setiap kita diuji, kan? bahkan dengan kata-kata sendiri. Semoga kita semua diberi kekuatan menempuh kehidupan dunia dan akhirat. Apa yang utama? Redha Allah.
So and soo.. Keep calm and always remember Allah.
Wallahu'alam. (^^,)
koi
10 years ago