La ila ha illallah.. La ila ha illallah..
Muhammad Rasulullah..

Ulang lagi..lagi dan lagi..

Hmm, letih dan rasa tak bersemangat.

Makin hari, makin banyak perkara yang perlu diselesaikan. Jalan penyelesaian pula makin lama makin kurang pilihannya. Ada pilihan akan berkait perkara yang lain. Biarpun satu perkara selesai, perkara yang berkait dengan perkara yang telah selesai tadi pula akan timbul sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan.

Allah..Allah..

Tiap ujian ini biar jadi asbab untuk Engkau memanggil aku dekat padaMu. Ampunkan aku, Ya Allah.. andai ujian ini sebenarnya kaffarah.. biar mencuci segala dosa, biar terhapus mazmumah diri.. aku anggap ini tarbiyah..didikan dariMu.. agar lurus hatiku berharap hanya padaMu..

Tenanglah, wahai diri..
kerana dirimu sedang berurusan dengan zat Yang Maha Berkuasa atas urusanNya,
Yang Maha Bijaksana atas hambaNya,
Yang Maha Pengasih terhadap makhlukNya,
dan Maha Indah dalam segala pengaturanNya..

Moga perjalanan ini adalah kebaikan..ada kesenangan di balik kesukaran.. ada hikmah yang mendewasakan..

Buat kesayanganku,
Bersyukur adanya dirimu peneman setia buatku..
Beri kekuatan yang menyedarkan aku tidak keseorangan..

Terbaca dialog dalam blog Genta Rasa.

“Ujian tidak akan menghina atau memuliakan kita tetapi reaksi atau respons kita terhadap ujian itulah yang memuliakan atau menghinakan kita. Yang sabar dan syukur, jadi mulia… lalu mereka berjaya. Yang putus asa dan takbur, jadi hina… lalu mereka gagal. Sering diungkapkan oleh bijak-pandai, jika dapat limau manis, bersyukurlah. Sebaliknya jika dapat limau masam, jangan kecewa… buatlah air limau!”

All is well!
InsyaAllah :)

0 comments:

Post a Comment