Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Baru lepas present untuk dapatkan patent hardware.
Bukan present je, 're'present sebenarnya..^^

Cerita dari awal ye..
Ok, untuk projek research yang saya buat nie namanya 'electronic nose for herb recognition'. Hidung elektronik untuk mengenalpasti herba. Kalau korang bayangkan hardware tu macam bentuk hidung, no..no..no..bayangan itu meleset sama sekali..hehe.

Ambil 'nose' tu sebagai konsep je, sebab hidung berfungsi untuk menghidu bau. Hidung bau, hantar signal bau tu ke otak, otak translate signal tu bau apa. Jadi, hardware nie menghidu bau herba dan ditukarkan dalam bentuk voltage signal kemudian dihantar ke sistem pemprosesan dan kenalpasti bau herba tersebut.

Tahun lepas dalam Disember 2014, hantar permohonan patent. Borang tu memmmmang agak particular dan makan masa nak isi. Kena buat claim kita, kena cari dan baca claim orang lain. Pening jugak nak faham. Tapi buat je sebab nak merasa camne flow patent nie. Kalau yang dah jadi lecturer tu mungkin lain la kot target nak patent nie..hehe.. Lepas tu, Mac 2015 baru dipanggil untuk present. Hampir 3 bulan tunggu. Lama betul beratur nak patent nie..research university la katanya. hui2.

Flow penuh camni, bila kita dah hantar permohonan patent, pihak harta intelek terima borang. Lepas tu, pas pada librarian untuk buat carian lagi tentang apa yang kita nak patent tu. Lepas librarian buat carian tu, pas semula pada pihak harta intelek untuk set tarikh presentation pada panel. Librarian check borang kita tu hari jumaat je.

Proses lama mungkin sangkut kat librarian nak check borang atau set tarikh present tu dah full. Nak present pun satu hari je seminggu. Hari selasa je ada.

Masa present bulan Mac tu, beria jugak prepare. Supervisor saya pun excited jugak sebab pertama kali apply patent untuk projek dia. Gap dapat tau tarikh present dengan hari present tu tak sampai seminggu kot.


Masa present ada 4 panel dengan 1 pegawai sains dari harta intelek. 4 panel tu terdiri dari bahagian pengkomersialan, orang industri dengan ahli akademik. Walaupun dah prepare untuk presentation, masa present sampai tak terjawab rasanya. Situasi yang saya rasa masa tu ialah macam nak pertahankan projek kita dalam masa yang sama terfikirkan logik yang orang-orang industri/komersial nie bagitau.

Contoh, saya buat e-nose nie diorang tanya "kalau orang rumah boleh guna tak device nie?". Jawapannya memang la boleh tapi secara logiknya bini (isteri) mana la nak beli device harga sampai beribu-ribu ringgit semata-mata nak suruh bagitau mana pokok serai..mana pokok pandan etc. Belajar dari mak-mak je dah tau kan. "Jadi, tak boleh jual pada orang rumah atau orang-orang kampung la ye?"

Haha..kalau angguk, pasti terjerat. Kalau geleng, terang-terang sangat logiknya apa yang panel tu kata.. :D

Buat hardware nie target pada ranger, botanis-botanis muda..target yang besar-besar..tapi diorang nie tanya memang nak tau produk kita nie boleh dijual ke tak dan ada target pembeli yang meluas tak..tu je..

Satu lagi masalah ialah prior art. Prior art nie maksudnya teknologi sedia ada yang setara dengan produk kita. Punya la cari prior art dari negara luar, sekali time present panel terus keluarkan jurnal yang berkaitan produk kitorang. Jurnal E-nose, dan jurnal tu sebenarnya adalah jurnal kitorang. Itu yang jadi prior art. Sedih tak?

Segala point dalam presentation dengan panel tu jadi tak laku sebab dah publish dalam jurnal. Publish dalam jurnal maksudnya kita dah disclose produk tu dan tak dapat nak patent.

Maka, keputusan presentation hari tu ialah 'PENDING' dan kitorang diberi peluang represent dengan syarat improve produk sedia ada. Tempoh present semula sebelum 1 Jun 2015 iaitu sebelum genap 12 bulan dari tarikh kitorang disclose atau publish jurnal kitorang tu. Kalau lepas 1 Jun, dah tak boleh la nak patent..

Bagi yang takde masalah, lepas present first time tu..kalau projek betul-betul tough, insyaallah dapat patent..tapi kalau tak dapat patent, mungkin ada yang lain macam copyright, industrial design ke, atau mana-mana perlindungan yang sesuai untuk produk tu yang dicadangkan oleh panel. Setakat masa saya study nie, ada 3 projek yang kawan-kawan nak apply patent..satu pun tak dapat patent. Dapat selain patent yang saya bagitau tadi..

Hari nie, Mei 2015 baru lepas represent. Masa sesi soal jawab dengan panel tu sebenarnya rasa dah pasrah dah. Sangat strict. Bak kata panel, "bayar sangat mahal untuk patent jadi prosesnya memang rumit. Kita tak cakap soal ribu-ribu nie..kita nak juta-juta.."

Ok, fine. Sahih la. Tak dapat pape pun takpe la..dapat experience pun dah boleh update dalam blog. Cakap dalam hati. kwa3.. Dah sakit kepala kena improve produk. Kena push dengan sv lagi. Soal jawab dengan panel sampai terdiam jugak la.

"Saya cadangkan kita protect IC design dengan copyright. Lagipun projek nie tengah develop lagi kan..lepas develop nanti patentkan semula.."

Huh, alhamdulillah ada juga rezeki dari tak dapat apa-apa..terubat sikit hati.. :)

Keluar je bilik meeting, sv bagi tazkirah suruh improve lagi. Sadis dah rasa tapi fikir positif je la kan..kita nie tengah belajar. Ini la gayanya..pahit-pahit tapi insyaallah ada manisnya.

Ok, sekian saja sharing untuk permohonan patent projek E-nose saya. So, sesiapa nak apply patent untuk projek masing-masing tu bersedia fizikal dan mental. hoho..go on je, ada rezeki insyaallah dapat. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga berjaya ye!

Wassalam. :)

0 comments:

Post a Comment