Biar tidak gembira
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati,
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Pengarah, setiausaha, timbalan pengarah, unit penajaan, apa-apa sahaja taklifan pun semuanya aku pandang tawar. Dilema. Minta maaf, aku tak tuju pada mana-mana pihak yang propose.. standard jawapan aku bagi,
“Saya cadangkan cari la adik-adik, bagi peluang dan kepercayaan..mereka semua perlukan pengalaman, perlukan grooming untuk menjadi expert dalam bidang mengikut potensi masing-masing”
Bukan niat aku melarikan diri..jujurnya aku akui bila tak terlibat dalam sebarang gerak kerja atau program, rasa lemau, tak bermasyarakat, rasa self esteem turun mendadak, rasa kosong..negatif!
Bukan juga tak nak menyumbang tapi interest aku bertukar untuk akademik buat masa sekarang. Ada hasrat yang wajib aku langsaikan. Berat rasanya!Tapi aku yakin aku mampu.. Lazimnya begitu, kita akan rasa sukar untuk mendapatkan sesuatu yang memang kita nak.. kemudian baru kita tahu untuk menghargai.. =)
Honestly, aku sangat respect siapa yang boleh fokus akademik dan gerak kerja sekaligus..taklifan MPP, kos engineering, grad on, time first class..fuUuh..tabik spring..No bother, realitinya memang wujud manusia jenis ini, bukan imaginasi.
Menginsafi segala kekurangan diri, hasil pemerhatian aku terhadap kawan-kawan dalam mahupun luar kampus sebenarnya boleh nampak walaupun usia tak sebaya tapi ada perbezaan tindakan dan gaya pemikiran..kadang-kadang usianya matang tapi bila bercakap, nilai perbuatan, tengok status, komen facebook dan sebagainya..berdasarkan pengukuran secara subjektif, agak jelas tahap mana kematangan seseorang. Bagi yang rajin join program, pegang taklifan tak cukup tangan kaki tu.. gaya InsyaAllah memang tak dapat nak pangkah.. kaki lebar (kaliber) akan ketara pada wajah dan perwatakannya.
Alhamdulillah, dari perkembangan semasa aku update tentang adik-adik sekarang nampak lebih terkehadapan dari generasi abang dan kakaknya nie. Berita baik sebagai tanda gelombang kebangkitan yang lebih menggegar.Tengoklah senior mana yang didik, ye tak?(^___^)..bukan aku tapi mereka yang bertungkus-lumus sediakan pelapis nie la kan..hehe.. dan dari aku kalau nak minta pandangan, takde masalah..aku bersedia dan sangat suka untuk berkongsi serba sedikit pengalaman tak seberapa yang aku dah lalui.
Aku yakin mereka yang berkomitmen tinggi dan berpotensi besar nie sangat ramai dalam kalangan kita sendiri cuma tak diberi peluang..asyik-asyik nak tarik orang sama, tak patut tu.. buka mata, lapangkan dada..cuba selami alam yang sangat besar dalam diri orang di sekeliling kita..masing-masing dapat memberi manfaat..patut kita buka ruang atau sebenarnya kita menutup peluang? Amalkan sikap adil..jadi, alirkan ruang dan peluang sama rata buat semua.. InsyaAllah, sama-sama dapat kita bina sahsiah diri yang mantap semata-mata kerana apa? redha Allah..=)
Kata Pak Karno “berikan aku 10 pemuda, maka akan kugoncangkan dunia”
Ya, inilah buktinya..pemuda dan pemudi, apatah lagi kita ini yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi..energi kita begitu besar, bahkan dapat merubah dunia. sayang sekali jika kita masih sibuk dengan diri sendiri, nafsi-nafsi, masalah dengan patah hati, dipermainkan oleh masa lapang dan terus terbuang.. sedangkan dunia ini semakin hari semakin tandus dan haus mahukan kita sebagai ruhul jadid yakni semangat baru untuk menyiraminya agar subur kembali.. wallahu’alam.
p/s: Aku sedang memberikan keutamaan atas yang utama..InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusanku dan juga urusan kalian.. :)
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, atas nikmat iman dan Islam..
Nikmat sihat dan segala nikmat yang tak tersebutkan kurniaan dariNya.. :)
Selesai TECS writing paper..lala~
Test hari Jumaat tak jadi..lala~
Presentation ethics dah siap minggu lepas..lala~
Slide untuk ekonomi pun dah ready..lala~
matlab esok submit..lulu~
tak fotostat nota eko lagi..lulu~
email prof jasmy untuk python..lulu~
jumpa sv untuk progress..lulu~
test tablet..lulu~
Lala..lulu...~
Ahtoii... (=.=")
I am reading "The Leader Who Had No Tittle" by Robin Sharma.
A modern fable on real success in business and in life~
Yeke?aku nak kejar redha Allah..
Ko takkan berjaya doktrin aku wahai robin sharma tapi cerita ko best.
Sekian, wassalam.
Assalamu'alaikum wbt, geng sekalian~
Hoishhh..letih..letih..letih..
kejar tu, kejar nie..semua terkejar-kejar.. kesian aku, patutla bape kali demam..
*cubaan meraih simpati.heh~
Sapa yang cipta tahun akhir nie?Teruk betul.. u are fired!
Lab, kelas, report, programming, kuiz, progress psm, seminar, TECS, presentation, test, cari instrument, discussion, program, meeting....bla..bla..bla...satu benda je aku tak buat lagi,
BALIK RUMAH!!
Tak adil, rummate juga jiran2mate dah balik. aku je belum.
Anyone please, kira berapa tanda seru aku letak dalam posting nie.
Terima kasih.
Huhhh!!
Relax la, wei~~
Dalam nak relax tadi time lecture EMT aku tersentap, cmne aku ble terjah jadi minah letrik nie ek?
dah la belajar "hantu" tak nampak..
ok, basic..current, voltage, resistance tu ble nampak ke?
ce cite..ce cite...
lagi?cloud of electron..aiyoo!
awan nano..nano..tau la..
dielectric dalam capacitor?simpan charge?haa..mana?mana?
jahanamkan sebijik..kertas extra bau busuk ada la..
he'eleh, kauu...dah masuk final year baru nak pertikai..
balik kampung la..~~
Otak kanan aku tiba-tiba berdenyut-denyut..
Petanda untuk aku diminta bertenang..
Baik..
Aku always cool..lala~
saja aku survey soalan "perkara paling merisaukan korang setakat nie" kt kawan2 aku..overall jawapan melibatkan perkara menjadi mahasiswa tahun akhir.. dan itu yang menguatkan aku sebab aku tak keseorangan memendam rasa ini..yeah!
Aku tetap bersemangat sebab aku rasa sat ja kot final year nie..
sampai tengah tahun depan je pun..
Mampu sangat la nak bertahan untuk memulun..
Berat tapi aku yakin boleh, yeah lagi!
Owh, tekanannnnnn....
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, kaffarah lagi.. kali ke-2 demam dalam tempoh sebulan..
Syukran jiddan buat rummate, al-fateeh..
Maaf, saya telah menyusahkan kamu dengan banyaknya..T_T
Ehem, kuat ye antibodi kamu..
Jiranmate pun da demam sampai 2 minggu, kamu maintain.. =)
Sahabat-sahabat dan adik-adik yang datang ziarah..
Terima kasih banyak..
Langsai sudah hak sesama muslim ye.. ^^,
2 hari pengsan,
Kelas ponteng, ponteng, ponteng..
Assignment delay submit..
Berbelas-belas mesej no reply,
misscall pun tak concern..
Segala meeting pun sekian wassalam..
Maaf sangat-sangat..
Saya telah mengganggu kelancaran urusan kalian..
Sangat tak faham kenapa jadi lemah macam nie..
Okay, stop.
Assalamu'alaikum dan salam kebahagiaan buat semua..(^__^)
Aku nak share ngan korang satu cerita.. watak utama bukan aku..bagi chance orang lain..
Siapa?
Abu Nawas..owh, penah dengar?
Sapa yang suka melawak bijaksana sini tu, mungkin idola dia jugak la si Abu Nawas nie..hehe..
Okay, ACTION!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt dan salam mahabbah buat semua..~
Jom follow!