Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat semua (^__^)

Lone ranger~

Aku tak kesah masuk kelas aku sorang-sorang perempuan dalam 25 orang lelaki.
Aku tak kesah makan sorang-sorang kat kafe dalam puluhan manusia yang tidak aku kenali.
Aku tak kesah nak bentang sorang-sorang kertas kerja aku pada pentadbiran fakulti.
Aku tak kesah balik kolej bawa moto sorang-sorang walaupun masa tu tiga pagi.

Aku tak kesah aku sorang-sorang bila ko tak nak kawan dengan aku......erkk?
Ops, sori..out topic.

Selalu aku kena shot dengan soalan camni..
"Gerak sorang je ko nie..?"
"Mana kawan-kawan akak? Selalu sorang je saya tengok.."

Choii~

Aku takde hal nak gerak sorang, lagi senang.. fleksibel..
Sapa yang cuba-cuba follow aku,
Dia akan pening for unexpected things yang aku suka plan on the spot.
Dan aku pun sama pening bila tarik muka kata tak tunggu la.. tak sabar la..tak itu..tak ini..
pheuuwww..leceh!

Tapi tak bermakna aku takde kawan..
Aku perlukan kawan.. kesian sangat la..
Bukan apa..
Setakat kawan pi makan, kawan pi kelas, kawan pi toilet..
AlolooO.....sori la, beb..
Tak larat, mak..~

Yang penting untuk aku kawan apa tau tak?

Kawan sama solat jemaah, kawan dok peringat aku jangan jadi laser sangat fire orang, kawan makan sedulang, kawan share pengisian kuliah tafaqquh, kawan sama celoteh perkembangan isu semasa, kawan yang paksa aku pi kelas time aku malas, kawan yang check qualification dress up sebelum keluar berhadapan dengan awam, kawan yang bantu aku menjadi aku yang lebih baik dari hari ke hari.. dan semua kawan-kawan nie ada di sekeliling aku bukan sentiasa berkepit bersama-sama aku..

pehe?

Alhamdulillah, rezeki dikurniakan kawan yang baik-baik.. dan kawan camni yang aku kena pastikan sentiasa ada di sisi supaya aku tidaklah aku menjadi lone ranger dalam erti kata sebenar..

Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa ada untukku :)



Selemah-Lemah Manusia Ialah Orang yg Tidak Boleh Mencari Sahabat Dan Orang Yang Lebih Lemah Dari Itu Ialah Orang yg Mensia-Siakan Sahabat yg Telah Dicari( Saidina Ali)

Assalamu’alaikum wbt buat korang-korang.. :p

Apa cer nak habis sem nie? Kalau final year, pulun la...fyp, presentation, projek, seminar bla2..sampai desperate dengan masa..pheuww~

Sesekali release tension ble gak jenguk-jenguk program yang adik-adik nie handle, tanya-tanya update..sekali-sekala boleh la sebab bila dah berusia di alam kampus nie, tanpa alasan aku memang malas nak ikut sangat program, nak handle program apatah lagi.. kalau nak sembang-sembang tahan lagi la aku nak follow..tapi lately, bab sembang-sembang nie pun sebenarnya dah buat aku jadi semakin malas jugak.. sebab?sebab lemau benar mereka ini. Musim breakdown agaknya.

Aku tak spesifik mana-mana organisasi, pertubuhan mahupun kelab.. maka, sila turunkan telunjuk sebelum menuding kepada mana-mana arah sekalipun..entri kali nie, aku berhajat nak ulas sindrom yang jadi ANTARA punca situasi..bukan punca TOTAL. korang boleh baca dengan berlapang dada.. sebelum tu ada sedikit peringatan, ayat aku laser tahap buang katarak. Agak-agak tak boleh nak terima, sila “ctrl+w”.
Sindrom qudwah hasanah kepada senior..mungkin baik..selalu benar menyebut nama abang-abang mahupun kakak-kakak yang tahap legend masa kat kampus. Gebang la sama-sama mereka abang tu hebat, kakak tu berkaliber, begini begitu..

Dalam menguruskan organisasi, lantaran persepsi tahap legend itu membawa mereka untuk still contact dengan senior-senior nie untuk merujuk pergerakan atau minta pandangan. Itu juga baik. Bila terjadi sesuatu di luar dugaan, atau memang jangkaan buruk menjadi nyata..ketika mana berlaku “peristiwa-peristiwa baru” yang mana tidak seperti situasi senior..dekat sini dah mula jadi tak baik.. kelam-kabut.

“SENIOR la nie..bagi cadangan tak ikut situasi..”
“Senior la nie.. tak faham, zaman dah berubah..”
Jom, semua.. kita blah dari senior-senior nie!

Blah dari senior tahan lagi..tak lama lepas tu, dengan organisasi sekali sama lingkup.
Matlamat organisasi tak tercapai, program tak jalan.. kalau ada pun suam-suam kuku.
Masalah siapa sebenarnya?

Setakat hebat terpacak kat Speaker Corner, sembang lebat kemas-kemas tapi gerak kerja kau HANCUR, aku rasa kau lagi patut blah dari nak tuding jari salahkan sesiapa.
Setakat hebat bagi tazkirah, tapi bila tanya dah implement apa ikut portfolio sekarang dan jawapannya “entah la, kak.. saya pun tak tau..macam tak jelas sangat...” padahal dah nak setahun pegang jawatan..memang lagi amat sangat tak boleh blah.

Kawan,
Mereka yang hebat, berkaliber, begitu begini..
Yang kita nampak itu hasil.. yang kita kagum itu hasil..
Yang selalu kita tidak nampak bagaimana perjalanan untuk mendapatkan hasil itu.
Kita nak jadi macam mereka, tak kata nak jadi legend nanti riak pulak tapi dalam hati begitulah..Cuma bagaimana perjalanan untuk “menjadi” dan kesakitan dalam “tak menjadi sebelum jadi” tu kita lupa untuk masukkan dalam pandangan kita.

Fikirkan.
Sebelum mereka yang hebat, berkaliber, begitu begini..
Mereka ini siapa?
Mereka nie pun dulu pencacai jugak. Tukang tampal poster program, tukang tadah telinga kena sembur dengan penasihat, paperwork kena baling dalam tong sampah, buat surat kena koyak depan mata, kena maki kena uji.. Mereka kuat untuk bertahan, hadapi duri-duri zaman depa..sakit tapi terus bergerak.
Hati mau kuat.
Aku dipertengahan zaman memerhati...

Adik-adik sekarang? wOw, bukan takat tak tahan, blah terus.
Blah la..sebab itu yang terbaik.
Kerana wadah perjuangan tak perlukan orang-orang lembik macam kamu!

Renung semula..matlamat penubuhan organisasi mantap.. sangat ideal.. apatah lagi kalau bermatlamatkan Islam.. dosa terbeban-beban rasanya sebab dah terima amanah tapi tak dilaksanakan. Amanah dengan jawatan, dakwah amar makruf nahi mungkar, biah solehah.. semuanya terbantut.. Puncanya?
Puncanya kalian. Kalian yang di atas, yang dah terima taklifan untuk berjawatan dalam organisasi. Tahniah kerana berjaya meraih kepercayaan tapi kasihan, tak tahan dengan ujian.. baru kena kutuk, dah terasa hati.. buat muka. Kalau kena sembur depan-depan? Muntah darah terus kot.. panas dalam tak tertahan.
Jadinya apabila berbalik pada persoalan utama yang paling malang, bila mula mengata senior bagi cadangan tak berkesan dan tak faham situasi.. hilang respect pada senior, senior dah tak legend. Nasib~

Wahai adik-adikku sekalian...
Fahamilah, senior tu fungsinya bagi guide line je.. bukan manual yang kena ikut sebijik-sebijik.. Jelas sangat kurang bijak walaupun SPM 12A1. Betul, zaman sentiasa berubah tapi pandangan orang lama seperti senior tu perlu diambil pengajaran, masukkan dalam kira-kira.. sebab sejarah itu sifatnya berulang. Oleh itu, hadapi ujian zaman kalian dengan kuatkan diri. Kuatkan diri dengan kuatkan hati. Kuatkan hati kerana hati itu raja diri. Kuatkan hati dengan kuatkan hubungan dengan Allah, kerana Allah itu sandaran hati yang hakiki.
InsyaAllah, kalian juga bakal senior legend!

"Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat " -Bapak Natsir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt :)
Ok, kembali tersenyum.. what a life~

Btw, masa aku jalan2 kat fb beberapa hari yang lepas, aku terjumpa soalan nie dari seorang lelaki..sedap disebut, seorang muslimin.. Muslimin nie bertanya beberapa soalan di page yang dikhususkan buat muslimat.
Ada tiga persoalan yang dilontarkan tapi aku sangat menarik dan tertarik untuk menjawab soalan pertama beliau atas kapasiti aku SEORANG muslimat. Jawapan aku adalah berdasarkan pandangan aku, bukan mewakili semua muslimat di atas muka bumi Allah nie.. sekadar perkongsian~

mengapa muslimat tidak berani kehadapan untuk menyatakan pandangan mereka dalam sesuatu masalah berkenaan muslimat??? Bukan kah muslimat itu perlu juga berdakwah dengan golongan mereka?? kajian dan dilakukan, jatuh dan majunya ketamadunan adalah dengan wanita... jika bnyk wanita rosak, tamadun akan hancur dan sebaliknya....

Jawapan aku:

Benar, dakwah perlu dilangsungkan oleh lelaki dan perempuan yang beriman seperti yang termaktub dalam kalamullah dalam surah At-taubah ayat 71:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Berbalik kepada persoalan muslimat, sister, perempuan, ladies mahupun wanita dalam pengertian yang sama.. menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita untuk memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah..eksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan kian menjijikkan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Untuk mengembalikan wanita ini dalam erti kata sebenar dan mengangkat semula darjat wanita ini..WANITA jugalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka kerana lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Kembali pula realiti semasa..Bagi aku dakwah dari wanita kepada wanita nie selalunya tidak kelihatan pada pandangan umum, maksudnya tak dilakukan secara terbuka.. kalau pun terkehadapan melontarkan pandangan, ianya selalu terjadi apabila wanita itu berada dalam kalangan wanita itu sendiri..

Contohnya liqa' muslimat..(^___^)
Liqa' muslimat nie maksudnya perjumpaan, perjumpaan perempuan-perempuan muslim..pentingnya bagi aku macam pokok akar dan akar tunjang yang memegang muslimat untuk terus utuh berdiri sebagai muslimat. Dalam liqa', bermacam-macam permasalahan, pencerahan isu, perkongsian ilmu, persoalan yang malu ditanya, pendapat dan resolusi ada diperbincangkan..cuma blueprint je ler takde.. :D

Fyi, aku sangat suka bila pergi liqa' muslimat nie..lebih kurang ladies talk la.. kena cara semua nak bercakap, semua nak bagi pandangan, tak menyempat-nyempat.. yang kita kenal paling "senyap dan sunyi" boleh jadi yang paling petah bicara dan bernas kata-katanya.. serius, best sangat.. in fact, terasa sangat perempuan during the session.. :p



~ liqa' muslimat kmpp.. (^____^) ~

Satu lagi pendekatan dakwah ialah USRAH.. semangat kekeluargaan, dengan silibus-silibus yang sangat teratur dan kekerapannya lagi tinggi dari liqa' muslimat memandangkan jumlah ahli lebih sedikit dari liqa', terasa lebih dekat, lebih sampai dan lagi mudah untuk merancang pertemuannya.. melainkan hati itu sahaja.. mungkin ditahan-tahan mencipta alasan..

Antara kesan aku perhatikan kepada adik-adik nie.. yang paling aku perhatikan, cara pemakaian..awal-awal datang usrah, tudung instant, bawal 45, sempang sokmo gaya.. lama-kelamaan, sedikit-demi sedikit..makin sejuk mata memandang..Alhamdulillah, dengan tudung melepasi paras dada, bahkan bertudung bulat litup..handsocks, stokin lengkap.. Itu baru bab pemakaian, bab ilmu dan amal..InsyaAllah juga bertambah.. tutur kata kian terisi dan terjaga..Subhanallah, terima kasih Allah kerana Engkau jua yang melunakkan hati mereka.. :)

Yang aku sebutkan cuma sebahagian yang sangat kecil darinya cuma tak kelihatan dipandangan umum tapi kesannya InsyaAllah antara terhebat..liqa' muslimat yang lebih umum setiap minggu berlangsung juga perlaksanaan usrah yang lebih dekat dan rapat.. dari wanita untuk wanita..ladies to ladies..jalan telah disediakan..terpulang kepada mujahadah muslimat itu sendiri yang menentukan untuk tahu, mahu dan mampu.. kalau tak terdetik, mohon pada Allah moga dibukakan hijab dalam hati..hidayah milikNya~

Dakwah itu sentiasa berjalan dengan berbagai-bagai wasilahnya dan bukan terbatas pada menyampaikan memberi tazkirah atau memberi syarahan..tetapi sangat luas dan sangat perlu teknokrat dai'e yang sama seiring memodenkan penyampaian dakwah yang merangkumi usaha-usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup seseorang, membentuk manusia yang memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana dan segala sifat soleh dan solehah ini perlu berterus-terusan  ditanamkan yang mana takkan berhenti hingga akhir perhitungan nanti..dan tugas ini pada SIAPA? bukan hanya tugas mereka, ustaz ustazah graduan pendidikan agama islam..tapi tertanggung juga ke atas aku, kamu, dia, mereka dan sekalian umat manusia yang bercita-cita menegakkan daulah di muka bumi.

Wallahu'alam.

Bismillahirrahim..

Assalamu'alaikum wbt.. (^_____^)
Sat2.. aku tipu, senyum tak ikhlas tu. sori.

Pernah tak korang lapangkan masa untuk fokus study.
Lepas tu dapat result test ke kuiz ke..
Sama je macam korang tak lapangkan masa untuk fokus study?
Aku dah rasa. Frustrated.

Owh, sebenarnya tak fokus study pun.
Mungkin cuma membuang masa.
Buat syarat pegang dan tenung buku.
Mungkin.

Pernah tak korang minta tolong kawan-kawan ajar,
Tapi kena sound. Atau pun dia ajar tapi nada macam nak marah.
Aku pernah.

Aku tanya soalan kat dia. Pastu dia tanya soalan kat aku balik.
"Ko nie tidur ke dalam kuliah?"
Kejam gila.
Aku cam ada persepsi negatif kat budak-budak pandai.
Berlagak pandai dan tak mau kongsi ilmu.

Aku ada kawan,
Kat matrik.
Walaupun dia bukan kategori 4flat..
Dia pandai mengajar aku.
Sampai ada satu subjek tu,
Aku dapat markah paling tinggi dalam kelas.
Dan kalahkan semua budak 4flat.
Ko nampak tak keikhlasan dia mengalir kat aku?

Aku tak anggap kebetulan, sebab hampir dua tahun kat matrik..
Program Dua Tahun (PDT) aku dengan dia,
Begitulah selalu berulang dia akan mengajar aku.
Sampai aku faham.
Sampai aku boleh skor.
Sampai bila dekat U,
Ada yang tanya,
"Betul ke penah dapat result cmtu?"

Teruk benar agaknya aku sekarang.
Sampai tak percaya dulu aku macam tu.

Aku hairan kat sini.
Bila aku minta tolong ajar dari budak2 1st class nie,
Aku bukan takat tak faham,
Macam nak nangis pun ada.

Sudahnya, aku balik bilik.
Duduk kat meja study, study sorang2.
Jerit dalam hati sorang2.
"Aduhh.....sapa nak ajar aku nieee....."
Sambil membayangkan tangan kawan aku menggerakkan pen,
Melakar formula memberi kefahaman buat aku.

Mimpi.

p/s: Krisis kepercayaan diri. Lunturkan kebergantungan. Mampukah?