Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt :)
Ok, kembali tersenyum.. what a life~

Btw, masa aku jalan2 kat fb beberapa hari yang lepas, aku terjumpa soalan nie dari seorang lelaki..sedap disebut, seorang muslimin.. Muslimin nie bertanya beberapa soalan di page yang dikhususkan buat muslimat.
Ada tiga persoalan yang dilontarkan tapi aku sangat menarik dan tertarik untuk menjawab soalan pertama beliau atas kapasiti aku SEORANG muslimat. Jawapan aku adalah berdasarkan pandangan aku, bukan mewakili semua muslimat di atas muka bumi Allah nie.. sekadar perkongsian~

mengapa muslimat tidak berani kehadapan untuk menyatakan pandangan mereka dalam sesuatu masalah berkenaan muslimat??? Bukan kah muslimat itu perlu juga berdakwah dengan golongan mereka?? kajian dan dilakukan, jatuh dan majunya ketamadunan adalah dengan wanita... jika bnyk wanita rosak, tamadun akan hancur dan sebaliknya....

Jawapan aku:

Benar, dakwah perlu dilangsungkan oleh lelaki dan perempuan yang beriman seperti yang termaktub dalam kalamullah dalam surah At-taubah ayat 71:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Berbalik kepada persoalan muslimat, sister, perempuan, ladies mahupun wanita dalam pengertian yang sama.. menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita untuk memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah..eksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan kian menjijikkan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Untuk mengembalikan wanita ini dalam erti kata sebenar dan mengangkat semula darjat wanita ini..WANITA jugalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka kerana lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Kembali pula realiti semasa..Bagi aku dakwah dari wanita kepada wanita nie selalunya tidak kelihatan pada pandangan umum, maksudnya tak dilakukan secara terbuka.. kalau pun terkehadapan melontarkan pandangan, ianya selalu terjadi apabila wanita itu berada dalam kalangan wanita itu sendiri..

Contohnya liqa' muslimat..(^___^)
Liqa' muslimat nie maksudnya perjumpaan, perjumpaan perempuan-perempuan muslim..pentingnya bagi aku macam pokok akar dan akar tunjang yang memegang muslimat untuk terus utuh berdiri sebagai muslimat. Dalam liqa', bermacam-macam permasalahan, pencerahan isu, perkongsian ilmu, persoalan yang malu ditanya, pendapat dan resolusi ada diperbincangkan..cuma blueprint je ler takde.. :D

Fyi, aku sangat suka bila pergi liqa' muslimat nie..lebih kurang ladies talk la.. kena cara semua nak bercakap, semua nak bagi pandangan, tak menyempat-nyempat.. yang kita kenal paling "senyap dan sunyi" boleh jadi yang paling petah bicara dan bernas kata-katanya.. serius, best sangat.. in fact, terasa sangat perempuan during the session.. :p



~ liqa' muslimat kmpp.. (^____^) ~

Satu lagi pendekatan dakwah ialah USRAH.. semangat kekeluargaan, dengan silibus-silibus yang sangat teratur dan kekerapannya lagi tinggi dari liqa' muslimat memandangkan jumlah ahli lebih sedikit dari liqa', terasa lebih dekat, lebih sampai dan lagi mudah untuk merancang pertemuannya.. melainkan hati itu sahaja.. mungkin ditahan-tahan mencipta alasan..

Antara kesan aku perhatikan kepada adik-adik nie.. yang paling aku perhatikan, cara pemakaian..awal-awal datang usrah, tudung instant, bawal 45, sempang sokmo gaya.. lama-kelamaan, sedikit-demi sedikit..makin sejuk mata memandang..Alhamdulillah, dengan tudung melepasi paras dada, bahkan bertudung bulat litup..handsocks, stokin lengkap.. Itu baru bab pemakaian, bab ilmu dan amal..InsyaAllah juga bertambah.. tutur kata kian terisi dan terjaga..Subhanallah, terima kasih Allah kerana Engkau jua yang melunakkan hati mereka.. :)

Yang aku sebutkan cuma sebahagian yang sangat kecil darinya cuma tak kelihatan dipandangan umum tapi kesannya InsyaAllah antara terhebat..liqa' muslimat yang lebih umum setiap minggu berlangsung juga perlaksanaan usrah yang lebih dekat dan rapat.. dari wanita untuk wanita..ladies to ladies..jalan telah disediakan..terpulang kepada mujahadah muslimat itu sendiri yang menentukan untuk tahu, mahu dan mampu.. kalau tak terdetik, mohon pada Allah moga dibukakan hijab dalam hati..hidayah milikNya~

Dakwah itu sentiasa berjalan dengan berbagai-bagai wasilahnya dan bukan terbatas pada menyampaikan memberi tazkirah atau memberi syarahan..tetapi sangat luas dan sangat perlu teknokrat dai'e yang sama seiring memodenkan penyampaian dakwah yang merangkumi usaha-usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup seseorang, membentuk manusia yang memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana dan segala sifat soleh dan solehah ini perlu berterus-terusan  ditanamkan yang mana takkan berhenti hingga akhir perhitungan nanti..dan tugas ini pada SIAPA? bukan hanya tugas mereka, ustaz ustazah graduan pendidikan agama islam..tapi tertanggung juga ke atas aku, kamu, dia, mereka dan sekalian umat manusia yang bercita-cita menegakkan daulah di muka bumi.

Wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment