kudaku lari gagah berani....huUu..
cer pe aku ri nih??
KUDA ku....haAa..xde r aku nk promote..
psl spesis kuda aku nih da ramai org bela..
sO...what??
org kate,kalo kite hargai sesuatu..mesti kite citer psl sesuatu 2..
ye dak?
alaa,cm org tgh tgkap cintan r an...
kalo si balak nih,nk tayang2 awek diee..
kalo awek lak,jenuh kgkwn tadah telinga cite pasal balak die jerrr...
paham dah....
check it out d pixs..pg lg aku snap gmbo2 nih k...fresh!

dari kejauhan yg xbpe nk jauh berlatarbelakangkan teratak en.ishak.......

kurangkn jarak.........tadaAa!!..
nie la KUDA aku.....da dekat 4 bulan aku tunggang die....lagenda z 110..
mata die cm garang...huhu...

nie plak tiket2 yg wajib ade kt tmpt aku..kire r ko status mastautin k perantau k hape........yg kaler purple 2, sticker tuk student..kaler kuning lak utk kolej..yg tgh2 2 sekadar memeriahkn majlis.....

kotak nie mmg interesting...hahaha....akan jadi kes bile pembonceng2 cuba utk menunggang bersama2..."apsal moto ko nih cm tinggi je".."alamak,cmne aku nk nek nih?.."apsal tue..apsal nie..."..haha..aku sengih jew...pandai2 korg la nk panjat cmne... dan sememangnye aku TAK PERNAH bukak kotak nie utk kali ke-2 apatah lg utk kali ke-3, 4, bla..bla..bla....sebab aku TAK RETI nk tutup balik....1st time aku bukak kotak nie kt umah,brpeluh2 aku nk tutup blik..safety la kunun...sudahnyer,pegi kedai 2,sruh org kedai yg tutup.....kuno gle aku...
p/s:ops...sebarang nombor adalah rahsia...mat pet bkn leh caye,,,,




bpe jauh da kuda aku memecut?2275.9 km...ye ker?bpe kali tawaf highway utara selatan 2?kire sndiri r,mat...aku bajet bateri kalkulator..tgh final nih..




erk???da abis da gmb??bajet byk aku snap td..hwaahaha....xpe r,sket2 suda....
mintak tlg ble x???..aku tgh cari nama yg cunnn utk KUDA aku nih....
kalo de,habaq naa...xde xpe,not a big deal...hoho...
nota lekat di kepala>>
==>aku xpnh mndikn kuda aku nih.....but keep shining..haha..
==>hari ke-2 jejak ktc, kudaku,aku...sorg akak senior dan setupperware keropok lekor..mencium tar bersama2....dan aku terngiang2 derap kaki dak2 upnm mnjadi hero menyelamatkn kami2...malu sey....tgh2 alam kot....adesss....
==>time kasih kt mak ngan ayah yg sudi membelikan motor ini buat sy....sy mintak motor 2nd hand jer...tw2 dpt 1st hand...memang la,sy sayang MAK AYAH dan KUDA sy nie....
==>dan paling utama,aku brsyukur pd ALLAH, ade rezeki kemudahan pengangkutan utk aku gerak ke sana ke mari ke sana ke sinun...alhamdulillaah.......=)






Bismillahirrahmaanirrahiim...

Adik2..kakak2...abg2...mkcik2...pkcik2....atok2..

hari nie kite blaja sejarah dan geografi ye....


meraikan final pengenalan hubungan antarabangsa UHS 2112 pada jam 2.30ptg brtempat di MSI


baiklah,fokus!




ASEAN dan 7 PRINSIP UTAMA PENUBUHANNYA




-Association of South East Asian Nations


-dikenali juga sebagai Pengisytiharan Bangkok pada 08.08.1967


-bermula dengan penubuhan ASA (Association of Southeast Asia) pada 1961


-seterusnya MAPHILINDO pada 1963


-ASA dan MAPHILINDO kurang berjaya kerana kurang sambutan dan konflik yg melanda negara anggotanya seperti pertikaian penubuhan Malaysia oleh Indonesia dan Filipina yg menganggap ianya sbg satu bentuk penjajahan baru, konfrantasi "Ganyang Malaysia" oleh Indonesia 1965-1966, tuntutan Filipina ke atas Sabah dll.


-Selepas tamat konfrantasi yg merugikan tersebut, negara-negara Asia Tenggara telah bersepakat untuk mewujudkan persefahaman dan bersatu dalam perkara yg melibatkan kepentingan bersama.


-Maka bersamala-samalah menandatangani dokumen perjanjian di Bangkok dan termetrailah Deklarasi ASEAN antara Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura dan Thailand pada masa itu.




-7 prinsip utama penubuhan ASEAN




  1. memperhebatkn pertumbuhan kemajuan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan serantau iaitu berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan dan persaudaraan demi mengukuhkan asas masyarakat Asia Tenggara yg aman dan makmur.


  2. menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu mengatasi masalah seperti dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal,dan saintifik.


  3. menggalakan keamanan dan stabiliti serantau,menghormati keadilan dan undang-undang negara-negara anggota serta mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Negara-Negara Bersatu (PBB).


  4. saling bantu-membantu dalam lapangan latihan, penyelidikan, pelajaran, profesional, teknikal dan pentadbiran.


  5. menggalakkan kajian tentang Asia Tenggara


  6. memelihara hubungan rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yg sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yg lebih rapat antara negara-negara anggota


  7. bekerjasama utk memaju dan meningkatkan lagi pertanian dan perusahaan, mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf hidup rakyat.


~murid2,sekalian...pelajaran tamat.....sekian~



~aku ngantuk...(+_+)..huhu~



~walaubagaimanapun, aku ske sejarah [teringat cikgu rafa'i...time kasih,cikgu]

~aku berdiri hari ini kerana sejarah semalam


Alkisah....
Seorang lelaki yg sedang sesat jalan, berada di empat persimpangan.
"mana satu simpang yg harus aku pilih?"tanya lelaki itu kepada seseorang yg kebetulan berada di situ.
"kamu hendak ke mana?ke mana destinasimu?"
"Aku tidak tahu..."jawab lelaki itu.
"kalau begitu, apa dikisahkan simpang yg mana...pilih saja mana-mana satu"...
Ibrah:
Tidak ada angin yg memihak kepada kapal yg tidak ada pelabuhan untuk dituju.
Sebaliknya, dunia menyediakan lapangan kepada orang yg mempunyai tujuan dalam hidupnya.
Tanpa panduan wahyu, manusia akan keliru dan sibuk mencari.
Namun, mencari sesuatu yg mereka sendiri tak pasti, apakah mungkin ditemui?
"Hai orang-orang yg beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yg mendekatkn diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan"
[Surah Al-Maidah:35]
Rajin-rajinkanlah diri berfikir.Otak kanan dan otak kiri..
Dari mana kita datang?
"Wahai manusia! jika kamu masih meragukan hari kebangkitan, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada air mani, daripada air mani menjadi darah sampai ia menjadi daging yg sempurna kejadiannya dan yg tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu.Dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) menurut kehendak Kami sampai waktu yg sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi kemudian kamu sampai kpd usia dewasa.Antara kamu ada yg dimatikan dan ada yg dipanjangkan usianya sampai terlalu tua sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yg telah diketahuinya.." [Surah Al-Hajj:5]
Mengapakah kita dijadikan oleh Allah s.w.t?
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"
[Surah Al-Zariyaat:56]
Ke mana kesudahan kita?
"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah (Allah) kesudahan segala sesuatu. Dialah yg membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yg membuatkan kamu menangis. Dialah yg mematikan dan mengidupkan kamu kembali" [Surah Al-Najm:42-44]
~Ayuh,koreksi diri~
~Satu kepastian, aku akan diuji dengan kata-kataku sendiri!~


Alhamdulillah,segala puji-pujian buatNya..dalam kegusaran dan kerisauan menghadapi perang final sem 3 di utm,skudai,aku masih diberi ruang utk mencoretkan rasa hati yg dititipkan dari penakluk hatiku ini...

25 oktober 2009

genaplah umur sahabatku,yg aku kenal dari bangku sekolah lg....
sahabat tempat aku meluah rasa,
sahabat tempat aku mengumpul kekuatan,
sahabat mengingatkn aku kala kuterlupa,
tak lelah dalam mengharung jalan ukhwah bersama...



Khas buat FARHANA,

selamat hari lahir,sahabat...

Moga Allah memberkati setiap langkah perjalananmu dalam menempuh kehidupan..

*every part in this world is written by God's Own Dear Hands,

thats why i'm thankful coz As He wrote my life,

He included You as a Beautiful part of it...thanks to Allah*


p/s: aku xpenah lupa kt hg mizah...bzday hg 17 Oktober..xsempat aku nk wt entry...ade program time 2...hehehe....nie la mizah,geng masyuk aku...geng 2tahun kt kmpp...


kalo aku ade projek baek pye,best equation, is..


aku+mizah=bOomMm!!!


aku syg hg,mizah..mizah la yg rajin dok perli2 aku time aku xnk pkai stokin dlu...kaki 2 aurat!!


haha..tenkiu,mizah..mizah lg,kalo aku tensen,aku akan wt huru-hara kt bilik die...


kesian hg kn,mizah...tahan jer ngan aku...


mizah gak yg jadi tok guru aku,bila nk final...cmne lg 2,3 jam nk paper,time 2 la aku bertapa kt bilik die...suruh ajar pape segala menda...aku nie mmg gile..ops,gile2..huhu...

tapi 2 la,mizah....die rilex je,sempoi...


sampai aku da terguling2 xpaham,die ajar gak lagi....sampai aku paham...


aku doakan cita2 hg nk jadi pendidik tercapai,mizah!hg memang ada jiwa 2...


anak2 aku nnt,ble dapat tenaga pengajar free kn,mizah?kte kn geng...ahaks...


2 la,mizah...aku xjmpe lg kwn cm die. selepas die..da terpisah oleh jarak kerana mengejar cita.2 yg diimpi...


walaupn da 1thn stgh aku merantau.....walaupn aku masih mengharap,kawan2 cmni yg mengelilingi aku....


xpasti masih ade atau tidak sahabat seperti ini utk aku....


yg aku jmpe di kala nie,berkawan atas dasar kepentingan...

itu sahaja....ade masalah,tinggal..mana erti sahabat?..

aku juga bukan insan terbaik utk digelar sahabat terbaik...tapi cuba memberikan yg terbaik buat insan yg menjadi sahabat baik buatku...

~ukhwah antara kita umpama seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya~

dedikasi:utk husna(geng samten,dok sebelah meja aku...slu back up aku,tenangkn aku time kena buli kt skola dlu..skg da jd nurse kt hukm)..kak wani.(semakin comey,kamu...).mamu(hg wt roti arab,aku wt kek batik?hahaha...on jer!aku tetap yg dulu,mazuan.sematkn itu..)...luqman(kembali pd erti hidup...kuatkn hati!)..adam(mengata aku samseng sbb ponteng klas...1 of my pendorong kt matrik,aku jeles kenapa die dpt 4flat overall!anyway,thnx to u,adik..=p)..adik wan(rudie_wan yg adesss...gile2..owh,apex man!hehe..)dan semua kwn2 aku....aku harap korg xterasa kalo xdisebut kt sini.....

==>ingatkn di kala aku terlupa<==

UKIRKAN PERSAUDARAAN KITA DI ATAS UKIRAN KASIH SAYANG..

CIPTAKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA DI ATAS SEBUAH IMPIAN,

KUKUHKAN UKHWAH KITA DI ATAS KEIKHLASAN KERANA ALLAH..=)

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~



Posted on the October 22nd, 2009 under Berita, Pengajaran, Politic by danzaimar





KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mencadangkan supaya Kerajaan Kelantan tidak memberi peluang kenaikan pangkat kepada mana-mana Adun dan pegawai kerajaan negeri yang merokok atau enggan berhenti daripada tabiat itu.
Abdul Fattah Harun (Pas-Bukit Tuku), berkata tindakan itu selaras saranan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini bahawa mana-mana pemimpin Pas yang merokok tidak akan dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Pelbagai usaha menghentikan amalan merokok sukar mencapai sasaran, oleh itu saya mencadangkan pimpinan kerajaan negeri meletakkan syarat iaitu Adun dan pegawai kerajaan yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-12 di Kota Darulnaim, semalam.
Terdahulu, Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Gaal) meminta Menteri Besar menyatakan usaha kerajaan negeri mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya tabiat merokok.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata kerajaan negeri sedia mengkaji memberi insentif kepada premis perniagaan yang tidak menjual rokok sebagai langkah memastikan rakyat menghentikan tabiat itu.

Katanya, kerajaan negeri dukacita kerana banyak program dan kempen menghentikan tabiat merokok di kalangan rakyat termasuk oleh Kerajaan Pusat tidak membuahkan hasil yang diharapkan.
“Berdasarkan laporan, lebih separuh lelaki Kelantan adalah perokok, jadi pemberian insentif itu boleh dipertimbangkan,” katanya menjawab soalan tambahan Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) yang mencadangkan kerajaan negeri memberi insentif kepada premis perniagaan yang tidak menjual rokok.
Wan Ubaidah berkata, fatwa bahawa merokok itu haram sudah diedarkan kepada orang ramai, premis perniagaan dan klinik bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat.
Katanya, kerajaan negeri baru-baru ini mengadakan Bengkel Nafas Baru kepada 90 imam dan penghulu seluruh negeri supaya bahaya merokok dapat disampaikan kepada rakyat.
“Kita buat bengkel ini kepada imam dan penghulu iaitu pemimpin masyarakat supaya mereka dapat menyampaikan hasrat kerajaan negeri kepada rakyat pada peringkat bawah.



“Kerajaan negeri berharap perokok yang sedar bahawa merokok itu haram dan membazir, mereka boleh mendapatkan rawatan pemulihan berhenti merokok di klinik swasta dan kerajaan,” katanya



sumber:bharian.com.my

dariku untukmu...... :

==>Aku bukan rakyat Malaysia yg bias,tapi same2 pk la.....Malaysia ade lebih dari 10 buah negeri tp kenapa 1 negeri ini lebih cakna?berani syor sampai ke pihak pimpinan lak 2..kalo si "pembaling batu sorok tangan",syor peringkat bawahan berani la .sbb pe? takut jadi boomerang melayang kt muka sendiri....masya-Allah,tuan2..kenapa ..??


==>fatwa pengharaman rokok ala2 zaman tok kaduk da keluar...tapi mcm simbah air kt daun keladi...yela,asap da berkepuk dalam kepala 2...berkabut je,mne nak tembus,nk lekat peringatan2 yg disuap pd die...


==>belum on topik kasi kaya gudang yahudi lg?!adoiii....lu pk la sndiri,mat....


==>fatwa yg dikeluarkn seolah xdihormati..nie bkn kes xhormat kt orang..nie kes xhormat kt TUHAN..padah kau tanggung la sendirik...dan ingatlah,azab Tuhan 2 sangat keras...


==>yg pasti,aku memang benci tahap mega..giga..tera..sampai positif infiniti kt pemakan asap cm jin nih..kt u aku nie pn same jerrrr....aku g kafe nk mkn nasi, xpasal dpt dessert dunhill la salem gudang garam ntah hape....semoga diberi hidayah taufiq!











sukarnya diriku mengerti dirimu pada nilai dan harga dirimu,
apa yang ku tahu diriku teruji pada keanggunan wajahmu..
andai dikau menjelma..
kubagai xberdaya,
bergetar naluri di hati..
lambaian sang bidadari kaburi mata ini..

haruskah kumencari apa yang tidak pasti...?



ku menjauh......
tak mahu ku tempuhi,
perjalanan yang suram ini..
ku menjauh....
daripada ku teruji apa yang tidak pasti....

ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri..
kerana ku takut akan siksaan dariMu!..

~mirwana~

Sabda utusan Nabi akhir zaman:
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga indah tetapi sayang tidak berduri.
Tiada duri,tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga
daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang
...Tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya...
Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'..
Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap penjuru..
bisa mengundang kekaguman di hati sang kumbang
hinggakan sang kumbang terfikir beberapa kali sblm mendekati..
cinta adalah fitrah hati,namun Tuhan sentiasa menguji..
apakah cinta itu suci?
betapa bahagia cintakan Tuhan,bagai bunga yang mewangi kehidupan...
tiada waktu dan jarak memisah,kembara rasa tidak bernoktah..
betapa derita korban percintaan,bila nafsu jadi taruhan..
jiwa gelisah bila terpisah,asyik bertemu jemu bertamu..
cintailah sesiapa sahaja,asal wadahnya cinta Allah..
hati tak resah,jiwa takkan gelisah...
kerana aku perempuan,
doa jadi akar kekuatan..
kerana aku perempuan,
malu sebagai dahan iman..
kerana banyak godaan,
harga diri mahkota kemenangan...
air mata bukan penyelesaian,
bukan terus diam,
aku akan terus berjuang,
kerana aku perempuan,
aku mahu sehebat SRIKANDI ISLAM!..

..Assalamu'alaikum..
Salam sejahtera..salam blogging..salam perpaduan..
salam 1 Malaysia..salam 1 TUHAN....
korg penah tgk x menda nih??
aku tw ade xpnh tgk...insan bertuah cm aku je slu hadap mnda nih..
haA,tgk la..tgk puas2.........


nie saman ke-2 aku..baru 2 kn..2 kali kantoi..padahal kesalahan ntah kali k bpe..hoOoo...
merujuk pada saman aku nih, kesalahan aku L02 & L06..
memasuki kawasan larangan akademik & meletak kenderaan di ruangan staf/pelawat universiti...
aLaa,weii...common la...
lepak kt hep xsampai stgh jam pn..nk parking stdnt kt L50??
kalo dak2 utm nie tw la kt mne kn..jadah hape,
xberbaloi,xefisen,xproduktif!...
ikut kepala aku la kn...mne aku berenti,kt c2 la parking aku....
ceh,suka suki...(@.@)....

sapu poket aku free2 25hengget..TAPI ade gak la toleransi, timbang rasa....baik hati dan seangkatan dgnnyerr...buat surat rayuan dlm masa 3hari,dpt diskaun hebat!...
RM25===>RM6!!!!
ok,aku mmg stand by je surat rayuan 2..haha.....
edit,print n teetttt....hantar kt balai pengawal....
pastu,g pjbt bendahari bayar la...
saman 1st aku lambat byr,sangkut nk daftar sbjek..adoi,leceh btoi...
nak wt cmne kn,ikut sangat kepala sndiri...xkire owg len pn ade kepala gak...
mnjawab la ko..............

[aku yg bersalah]
[cita2 murni:koleksi saman]
[aku sumbangkan RM6 demi pembangunan modal insan UTM_utm_luv]


8post dlm mase 5bulan?....
WakAka....
bLogger pe aku nih?
klaka pn ade gak...


nk kate sume hasil perahan idea aku,
ade gak yg ciplak..
eh,'quote'...
manis sket bunyinyer..
[sambil meneguk minuman yogurt]
[0% Lemak berperisa epal dan aloe vera]
[dengan ekstrak teh hijau]
Nak sTori....


aku bru BEBAS....!


dari TEST tadi...TesT da abis,FiNaL lom g...


ade la 12 hari lagi sblm 1st paper..


counting down....


gamaknyer cm time skola dlu r...


lg bpe hr nk UPsR,pMr..sMa..sPM...biase la 2 kn..


malas nk komen psl final nih, paham da pe yg 'bakal' berlaku..
[dan aku tetap memberi komen ttg itu..???]


aku akan mula rasekn ..


aura urat kepala tergeliat..


aura kegelapan tanpa mentari...


ye r,kpale dok tunduk hadap meja study,mne tgk langit,beb....


aura kerutan dahi menjadi SatU..


aura buKu membungkus muka aku...


aura cap KapAk.....


paling aku xtahan kalo....


aura talipon dari mak ngan ayah.....


ngeee,abis la aku.......


kesian mak ngan ayah.....


asal tye pasal exam,sume aura MERAh yg kUar...


ntah bile nk kuar aura HiJau k...


kUniNg k biRu k.....


aku TAK tahU...dan sesungguhnya memang aku tak pernah tahu.......


ade mase lg kn?..huhu..
[kata2 dr ssOrg yg ske melengah dan brtangguh!]
Throw it,umi!!FAR AWAY!
kengkadang rase xyakin r,betul k aku ble wat sesuatu yang lebih baik???
masalah terbesar aku takat nie...
anyway,i'll hit the block!
do with no regret
berazam + berusaha = berjaya
.....Permission by ALLAH.....

bismillahirrahmanirrahim
in....out.....
in......ouuuttt........
huUu...mengeluh dengan rutin harian yang selalu menekan dan mendesak..
da kate student cmni la hasilnya..
nk mengeluh pn,untuk ape?..memang ini da tugas hakiki..meminjam kata2 seorang senior,
kalo guru letih mengajar,
kalo bomba mengeluh bila ade kebakaran..
kalo chef mogok xnk masak..

ape akan jadi kn..?bila sume letih dgn tugas masing2??
psSssttt>>tulus dan teluskn niat...ikhlaskan hati...kerana Allah.itu sahaja..