Bismillahirrahmaanirrahiim...

Adik2..kakak2...abg2...mkcik2...pkcik2....atok2..

hari nie kite blaja sejarah dan geografi ye....


meraikan final pengenalan hubungan antarabangsa UHS 2112 pada jam 2.30ptg brtempat di MSI


baiklah,fokus!




ASEAN dan 7 PRINSIP UTAMA PENUBUHANNYA




-Association of South East Asian Nations


-dikenali juga sebagai Pengisytiharan Bangkok pada 08.08.1967


-bermula dengan penubuhan ASA (Association of Southeast Asia) pada 1961


-seterusnya MAPHILINDO pada 1963


-ASA dan MAPHILINDO kurang berjaya kerana kurang sambutan dan konflik yg melanda negara anggotanya seperti pertikaian penubuhan Malaysia oleh Indonesia dan Filipina yg menganggap ianya sbg satu bentuk penjajahan baru, konfrantasi "Ganyang Malaysia" oleh Indonesia 1965-1966, tuntutan Filipina ke atas Sabah dll.


-Selepas tamat konfrantasi yg merugikan tersebut, negara-negara Asia Tenggara telah bersepakat untuk mewujudkan persefahaman dan bersatu dalam perkara yg melibatkan kepentingan bersama.


-Maka bersamala-samalah menandatangani dokumen perjanjian di Bangkok dan termetrailah Deklarasi ASEAN antara Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura dan Thailand pada masa itu.




-7 prinsip utama penubuhan ASEAN




  1. memperhebatkn pertumbuhan kemajuan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan serantau iaitu berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan dan persaudaraan demi mengukuhkan asas masyarakat Asia Tenggara yg aman dan makmur.


  2. menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu mengatasi masalah seperti dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal,dan saintifik.


  3. menggalakan keamanan dan stabiliti serantau,menghormati keadilan dan undang-undang negara-negara anggota serta mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Negara-Negara Bersatu (PBB).


  4. saling bantu-membantu dalam lapangan latihan, penyelidikan, pelajaran, profesional, teknikal dan pentadbiran.


  5. menggalakkan kajian tentang Asia Tenggara


  6. memelihara hubungan rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yg sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yg lebih rapat antara negara-negara anggota


  7. bekerjasama utk memaju dan meningkatkan lagi pertanian dan perusahaan, mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf hidup rakyat.


~murid2,sekalian...pelajaran tamat.....sekian~



~aku ngantuk...(+_+)..huhu~



~walaubagaimanapun, aku ske sejarah [teringat cikgu rafa'i...time kasih,cikgu]

~aku berdiri hari ini kerana sejarah semalam

0 comments:

Post a Comment