sukarnya diriku mengerti dirimu pada nilai dan harga dirimu,
apa yang ku tahu diriku teruji pada keanggunan wajahmu..
andai dikau menjelma..
kubagai xberdaya,
bergetar naluri di hati..
lambaian sang bidadari kaburi mata ini..

haruskah kumencari apa yang tidak pasti...?



ku menjauh......
tak mahu ku tempuhi,
perjalanan yang suram ini..
ku menjauh....
daripada ku teruji apa yang tidak pasti....

ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri..
kerana ku takut akan siksaan dariMu!..

~mirwana~

Sabda utusan Nabi akhir zaman:
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga indah tetapi sayang tidak berduri.
Tiada duri,tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga
daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang
...Tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya...
Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'..
Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap penjuru..
bisa mengundang kekaguman di hati sang kumbang
hinggakan sang kumbang terfikir beberapa kali sblm mendekati..
cinta adalah fitrah hati,namun Tuhan sentiasa menguji..
apakah cinta itu suci?
betapa bahagia cintakan Tuhan,bagai bunga yang mewangi kehidupan...
tiada waktu dan jarak memisah,kembara rasa tidak bernoktah..
betapa derita korban percintaan,bila nafsu jadi taruhan..
jiwa gelisah bila terpisah,asyik bertemu jemu bertamu..
cintailah sesiapa sahaja,asal wadahnya cinta Allah..
hati tak resah,jiwa takkan gelisah...
kerana aku perempuan,
doa jadi akar kekuatan..
kerana aku perempuan,
malu sebagai dahan iman..
kerana banyak godaan,
harga diri mahkota kemenangan...
air mata bukan penyelesaian,
bukan terus diam,
aku akan terus berjuang,
kerana aku perempuan,
aku mahu sehebat SRIKANDI ISLAM!..

0 comments:

Post a Comment