Posted on the October 22nd, 2009 under Berita, Pengajaran, Politic by danzaimar





KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mencadangkan supaya Kerajaan Kelantan tidak memberi peluang kenaikan pangkat kepada mana-mana Adun dan pegawai kerajaan negeri yang merokok atau enggan berhenti daripada tabiat itu.
Abdul Fattah Harun (Pas-Bukit Tuku), berkata tindakan itu selaras saranan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini bahawa mana-mana pemimpin Pas yang merokok tidak akan dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Pelbagai usaha menghentikan amalan merokok sukar mencapai sasaran, oleh itu saya mencadangkan pimpinan kerajaan negeri meletakkan syarat iaitu Adun dan pegawai kerajaan yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-12 di Kota Darulnaim, semalam.
Terdahulu, Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Gaal) meminta Menteri Besar menyatakan usaha kerajaan negeri mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya tabiat merokok.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata kerajaan negeri sedia mengkaji memberi insentif kepada premis perniagaan yang tidak menjual rokok sebagai langkah memastikan rakyat menghentikan tabiat itu.

Katanya, kerajaan negeri dukacita kerana banyak program dan kempen menghentikan tabiat merokok di kalangan rakyat termasuk oleh Kerajaan Pusat tidak membuahkan hasil yang diharapkan.
“Berdasarkan laporan, lebih separuh lelaki Kelantan adalah perokok, jadi pemberian insentif itu boleh dipertimbangkan,” katanya menjawab soalan tambahan Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) yang mencadangkan kerajaan negeri memberi insentif kepada premis perniagaan yang tidak menjual rokok.
Wan Ubaidah berkata, fatwa bahawa merokok itu haram sudah diedarkan kepada orang ramai, premis perniagaan dan klinik bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat.
Katanya, kerajaan negeri baru-baru ini mengadakan Bengkel Nafas Baru kepada 90 imam dan penghulu seluruh negeri supaya bahaya merokok dapat disampaikan kepada rakyat.
“Kita buat bengkel ini kepada imam dan penghulu iaitu pemimpin masyarakat supaya mereka dapat menyampaikan hasrat kerajaan negeri kepada rakyat pada peringkat bawah.



“Kerajaan negeri berharap perokok yang sedar bahawa merokok itu haram dan membazir, mereka boleh mendapatkan rawatan pemulihan berhenti merokok di klinik swasta dan kerajaan,” katanya



sumber:bharian.com.my

dariku untukmu...... :

==>Aku bukan rakyat Malaysia yg bias,tapi same2 pk la.....Malaysia ade lebih dari 10 buah negeri tp kenapa 1 negeri ini lebih cakna?berani syor sampai ke pihak pimpinan lak 2..kalo si "pembaling batu sorok tangan",syor peringkat bawahan berani la .sbb pe? takut jadi boomerang melayang kt muka sendiri....masya-Allah,tuan2..kenapa ..??


==>fatwa pengharaman rokok ala2 zaman tok kaduk da keluar...tapi mcm simbah air kt daun keladi...yela,asap da berkepuk dalam kepala 2...berkabut je,mne nak tembus,nk lekat peringatan2 yg disuap pd die...


==>belum on topik kasi kaya gudang yahudi lg?!adoiii....lu pk la sndiri,mat....


==>fatwa yg dikeluarkn seolah xdihormati..nie bkn kes xhormat kt orang..nie kes xhormat kt TUHAN..padah kau tanggung la sendirik...dan ingatlah,azab Tuhan 2 sangat keras...


==>yg pasti,aku memang benci tahap mega..giga..tera..sampai positif infiniti kt pemakan asap cm jin nih..kt u aku nie pn same jerrrr....aku g kafe nk mkn nasi, xpasal dpt dessert dunhill la salem gudang garam ntah hape....semoga diberi hidayah taufiq!











0 comments:

Post a Comment