Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat semua (^__^)

Lone ranger~

Aku tak kesah masuk kelas aku sorang-sorang perempuan dalam 25 orang lelaki.
Aku tak kesah makan sorang-sorang kat kafe dalam puluhan manusia yang tidak aku kenali.
Aku tak kesah nak bentang sorang-sorang kertas kerja aku pada pentadbiran fakulti.
Aku tak kesah balik kolej bawa moto sorang-sorang walaupun masa tu tiga pagi.

Aku tak kesah aku sorang-sorang bila ko tak nak kawan dengan aku......erkk?
Ops, sori..out topic.

Selalu aku kena shot dengan soalan camni..
"Gerak sorang je ko nie..?"
"Mana kawan-kawan akak? Selalu sorang je saya tengok.."

Choii~

Aku takde hal nak gerak sorang, lagi senang.. fleksibel..
Sapa yang cuba-cuba follow aku,
Dia akan pening for unexpected things yang aku suka plan on the spot.
Dan aku pun sama pening bila tarik muka kata tak tunggu la.. tak sabar la..tak itu..tak ini..
pheuuwww..leceh!

Tapi tak bermakna aku takde kawan..
Aku perlukan kawan.. kesian sangat la..
Bukan apa..
Setakat kawan pi makan, kawan pi kelas, kawan pi toilet..
AlolooO.....sori la, beb..
Tak larat, mak..~

Yang penting untuk aku kawan apa tau tak?

Kawan sama solat jemaah, kawan dok peringat aku jangan jadi laser sangat fire orang, kawan makan sedulang, kawan share pengisian kuliah tafaqquh, kawan sama celoteh perkembangan isu semasa, kawan yang paksa aku pi kelas time aku malas, kawan yang check qualification dress up sebelum keluar berhadapan dengan awam, kawan yang bantu aku menjadi aku yang lebih baik dari hari ke hari.. dan semua kawan-kawan nie ada di sekeliling aku bukan sentiasa berkepit bersama-sama aku..

pehe?

Alhamdulillah, rezeki dikurniakan kawan yang baik-baik.. dan kawan camni yang aku kena pastikan sentiasa ada di sisi supaya aku tidaklah aku menjadi lone ranger dalam erti kata sebenar..

Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa ada untukku :)



Selemah-Lemah Manusia Ialah Orang yg Tidak Boleh Mencari Sahabat Dan Orang Yang Lebih Lemah Dari Itu Ialah Orang yg Mensia-Siakan Sahabat yg Telah Dicari( Saidina Ali)

Assalamu’alaikum wbt buat korang-korang.. :p

Apa cer nak habis sem nie? Kalau final year, pulun la...fyp, presentation, projek, seminar bla2..sampai desperate dengan masa..pheuww~

Sesekali release tension ble gak jenguk-jenguk program yang adik-adik nie handle, tanya-tanya update..sekali-sekala boleh la sebab bila dah berusia di alam kampus nie, tanpa alasan aku memang malas nak ikut sangat program, nak handle program apatah lagi.. kalau nak sembang-sembang tahan lagi la aku nak follow..tapi lately, bab sembang-sembang nie pun sebenarnya dah buat aku jadi semakin malas jugak.. sebab?sebab lemau benar mereka ini. Musim breakdown agaknya.

Aku tak spesifik mana-mana organisasi, pertubuhan mahupun kelab.. maka, sila turunkan telunjuk sebelum menuding kepada mana-mana arah sekalipun..entri kali nie, aku berhajat nak ulas sindrom yang jadi ANTARA punca situasi..bukan punca TOTAL. korang boleh baca dengan berlapang dada.. sebelum tu ada sedikit peringatan, ayat aku laser tahap buang katarak. Agak-agak tak boleh nak terima, sila “ctrl+w”.
Sindrom qudwah hasanah kepada senior..mungkin baik..selalu benar menyebut nama abang-abang mahupun kakak-kakak yang tahap legend masa kat kampus. Gebang la sama-sama mereka abang tu hebat, kakak tu berkaliber, begini begitu..

Dalam menguruskan organisasi, lantaran persepsi tahap legend itu membawa mereka untuk still contact dengan senior-senior nie untuk merujuk pergerakan atau minta pandangan. Itu juga baik. Bila terjadi sesuatu di luar dugaan, atau memang jangkaan buruk menjadi nyata..ketika mana berlaku “peristiwa-peristiwa baru” yang mana tidak seperti situasi senior..dekat sini dah mula jadi tak baik.. kelam-kabut.

“SENIOR la nie..bagi cadangan tak ikut situasi..”
“Senior la nie.. tak faham, zaman dah berubah..”
Jom, semua.. kita blah dari senior-senior nie!

Blah dari senior tahan lagi..tak lama lepas tu, dengan organisasi sekali sama lingkup.
Matlamat organisasi tak tercapai, program tak jalan.. kalau ada pun suam-suam kuku.
Masalah siapa sebenarnya?

Setakat hebat terpacak kat Speaker Corner, sembang lebat kemas-kemas tapi gerak kerja kau HANCUR, aku rasa kau lagi patut blah dari nak tuding jari salahkan sesiapa.
Setakat hebat bagi tazkirah, tapi bila tanya dah implement apa ikut portfolio sekarang dan jawapannya “entah la, kak.. saya pun tak tau..macam tak jelas sangat...” padahal dah nak setahun pegang jawatan..memang lagi amat sangat tak boleh blah.

Kawan,
Mereka yang hebat, berkaliber, begitu begini..
Yang kita nampak itu hasil.. yang kita kagum itu hasil..
Yang selalu kita tidak nampak bagaimana perjalanan untuk mendapatkan hasil itu.
Kita nak jadi macam mereka, tak kata nak jadi legend nanti riak pulak tapi dalam hati begitulah..Cuma bagaimana perjalanan untuk “menjadi” dan kesakitan dalam “tak menjadi sebelum jadi” tu kita lupa untuk masukkan dalam pandangan kita.

Fikirkan.
Sebelum mereka yang hebat, berkaliber, begitu begini..
Mereka ini siapa?
Mereka nie pun dulu pencacai jugak. Tukang tampal poster program, tukang tadah telinga kena sembur dengan penasihat, paperwork kena baling dalam tong sampah, buat surat kena koyak depan mata, kena maki kena uji.. Mereka kuat untuk bertahan, hadapi duri-duri zaman depa..sakit tapi terus bergerak.
Hati mau kuat.
Aku dipertengahan zaman memerhati...

Adik-adik sekarang? wOw, bukan takat tak tahan, blah terus.
Blah la..sebab itu yang terbaik.
Kerana wadah perjuangan tak perlukan orang-orang lembik macam kamu!

Renung semula..matlamat penubuhan organisasi mantap.. sangat ideal.. apatah lagi kalau bermatlamatkan Islam.. dosa terbeban-beban rasanya sebab dah terima amanah tapi tak dilaksanakan. Amanah dengan jawatan, dakwah amar makruf nahi mungkar, biah solehah.. semuanya terbantut.. Puncanya?
Puncanya kalian. Kalian yang di atas, yang dah terima taklifan untuk berjawatan dalam organisasi. Tahniah kerana berjaya meraih kepercayaan tapi kasihan, tak tahan dengan ujian.. baru kena kutuk, dah terasa hati.. buat muka. Kalau kena sembur depan-depan? Muntah darah terus kot.. panas dalam tak tertahan.
Jadinya apabila berbalik pada persoalan utama yang paling malang, bila mula mengata senior bagi cadangan tak berkesan dan tak faham situasi.. hilang respect pada senior, senior dah tak legend. Nasib~

Wahai adik-adikku sekalian...
Fahamilah, senior tu fungsinya bagi guide line je.. bukan manual yang kena ikut sebijik-sebijik.. Jelas sangat kurang bijak walaupun SPM 12A1. Betul, zaman sentiasa berubah tapi pandangan orang lama seperti senior tu perlu diambil pengajaran, masukkan dalam kira-kira.. sebab sejarah itu sifatnya berulang. Oleh itu, hadapi ujian zaman kalian dengan kuatkan diri. Kuatkan diri dengan kuatkan hati. Kuatkan hati kerana hati itu raja diri. Kuatkan hati dengan kuatkan hubungan dengan Allah, kerana Allah itu sandaran hati yang hakiki.
InsyaAllah, kalian juga bakal senior legend!

"Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat " -Bapak Natsir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt :)
Ok, kembali tersenyum.. what a life~

Btw, masa aku jalan2 kat fb beberapa hari yang lepas, aku terjumpa soalan nie dari seorang lelaki..sedap disebut, seorang muslimin.. Muslimin nie bertanya beberapa soalan di page yang dikhususkan buat muslimat.
Ada tiga persoalan yang dilontarkan tapi aku sangat menarik dan tertarik untuk menjawab soalan pertama beliau atas kapasiti aku SEORANG muslimat. Jawapan aku adalah berdasarkan pandangan aku, bukan mewakili semua muslimat di atas muka bumi Allah nie.. sekadar perkongsian~

mengapa muslimat tidak berani kehadapan untuk menyatakan pandangan mereka dalam sesuatu masalah berkenaan muslimat??? Bukan kah muslimat itu perlu juga berdakwah dengan golongan mereka?? kajian dan dilakukan, jatuh dan majunya ketamadunan adalah dengan wanita... jika bnyk wanita rosak, tamadun akan hancur dan sebaliknya....

Jawapan aku:

Benar, dakwah perlu dilangsungkan oleh lelaki dan perempuan yang beriman seperti yang termaktub dalam kalamullah dalam surah At-taubah ayat 71:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Berbalik kepada persoalan muslimat, sister, perempuan, ladies mahupun wanita dalam pengertian yang sama.. menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita untuk memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah..eksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan kian menjijikkan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Untuk mengembalikan wanita ini dalam erti kata sebenar dan mengangkat semula darjat wanita ini..WANITA jugalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka kerana lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Kembali pula realiti semasa..Bagi aku dakwah dari wanita kepada wanita nie selalunya tidak kelihatan pada pandangan umum, maksudnya tak dilakukan secara terbuka.. kalau pun terkehadapan melontarkan pandangan, ianya selalu terjadi apabila wanita itu berada dalam kalangan wanita itu sendiri..

Contohnya liqa' muslimat..(^___^)
Liqa' muslimat nie maksudnya perjumpaan, perjumpaan perempuan-perempuan muslim..pentingnya bagi aku macam pokok akar dan akar tunjang yang memegang muslimat untuk terus utuh berdiri sebagai muslimat. Dalam liqa', bermacam-macam permasalahan, pencerahan isu, perkongsian ilmu, persoalan yang malu ditanya, pendapat dan resolusi ada diperbincangkan..cuma blueprint je ler takde.. :D

Fyi, aku sangat suka bila pergi liqa' muslimat nie..lebih kurang ladies talk la.. kena cara semua nak bercakap, semua nak bagi pandangan, tak menyempat-nyempat.. yang kita kenal paling "senyap dan sunyi" boleh jadi yang paling petah bicara dan bernas kata-katanya.. serius, best sangat.. in fact, terasa sangat perempuan during the session.. :p



~ liqa' muslimat kmpp.. (^____^) ~

Satu lagi pendekatan dakwah ialah USRAH.. semangat kekeluargaan, dengan silibus-silibus yang sangat teratur dan kekerapannya lagi tinggi dari liqa' muslimat memandangkan jumlah ahli lebih sedikit dari liqa', terasa lebih dekat, lebih sampai dan lagi mudah untuk merancang pertemuannya.. melainkan hati itu sahaja.. mungkin ditahan-tahan mencipta alasan..

Antara kesan aku perhatikan kepada adik-adik nie.. yang paling aku perhatikan, cara pemakaian..awal-awal datang usrah, tudung instant, bawal 45, sempang sokmo gaya.. lama-kelamaan, sedikit-demi sedikit..makin sejuk mata memandang..Alhamdulillah, dengan tudung melepasi paras dada, bahkan bertudung bulat litup..handsocks, stokin lengkap.. Itu baru bab pemakaian, bab ilmu dan amal..InsyaAllah juga bertambah.. tutur kata kian terisi dan terjaga..Subhanallah, terima kasih Allah kerana Engkau jua yang melunakkan hati mereka.. :)

Yang aku sebutkan cuma sebahagian yang sangat kecil darinya cuma tak kelihatan dipandangan umum tapi kesannya InsyaAllah antara terhebat..liqa' muslimat yang lebih umum setiap minggu berlangsung juga perlaksanaan usrah yang lebih dekat dan rapat.. dari wanita untuk wanita..ladies to ladies..jalan telah disediakan..terpulang kepada mujahadah muslimat itu sendiri yang menentukan untuk tahu, mahu dan mampu.. kalau tak terdetik, mohon pada Allah moga dibukakan hijab dalam hati..hidayah milikNya~

Dakwah itu sentiasa berjalan dengan berbagai-bagai wasilahnya dan bukan terbatas pada menyampaikan memberi tazkirah atau memberi syarahan..tetapi sangat luas dan sangat perlu teknokrat dai'e yang sama seiring memodenkan penyampaian dakwah yang merangkumi usaha-usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup seseorang, membentuk manusia yang memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana dan segala sifat soleh dan solehah ini perlu berterus-terusan  ditanamkan yang mana takkan berhenti hingga akhir perhitungan nanti..dan tugas ini pada SIAPA? bukan hanya tugas mereka, ustaz ustazah graduan pendidikan agama islam..tapi tertanggung juga ke atas aku, kamu, dia, mereka dan sekalian umat manusia yang bercita-cita menegakkan daulah di muka bumi.

Wallahu'alam.

Bismillahirrahim..

Assalamu'alaikum wbt.. (^_____^)
Sat2.. aku tipu, senyum tak ikhlas tu. sori.

Pernah tak korang lapangkan masa untuk fokus study.
Lepas tu dapat result test ke kuiz ke..
Sama je macam korang tak lapangkan masa untuk fokus study?
Aku dah rasa. Frustrated.

Owh, sebenarnya tak fokus study pun.
Mungkin cuma membuang masa.
Buat syarat pegang dan tenung buku.
Mungkin.

Pernah tak korang minta tolong kawan-kawan ajar,
Tapi kena sound. Atau pun dia ajar tapi nada macam nak marah.
Aku pernah.

Aku tanya soalan kat dia. Pastu dia tanya soalan kat aku balik.
"Ko nie tidur ke dalam kuliah?"
Kejam gila.
Aku cam ada persepsi negatif kat budak-budak pandai.
Berlagak pandai dan tak mau kongsi ilmu.

Aku ada kawan,
Kat matrik.
Walaupun dia bukan kategori 4flat..
Dia pandai mengajar aku.
Sampai ada satu subjek tu,
Aku dapat markah paling tinggi dalam kelas.
Dan kalahkan semua budak 4flat.
Ko nampak tak keikhlasan dia mengalir kat aku?

Aku tak anggap kebetulan, sebab hampir dua tahun kat matrik..
Program Dua Tahun (PDT) aku dengan dia,
Begitulah selalu berulang dia akan mengajar aku.
Sampai aku faham.
Sampai aku boleh skor.
Sampai bila dekat U,
Ada yang tanya,
"Betul ke penah dapat result cmtu?"

Teruk benar agaknya aku sekarang.
Sampai tak percaya dulu aku macam tu.

Aku hairan kat sini.
Bila aku minta tolong ajar dari budak2 1st class nie,
Aku bukan takat tak faham,
Macam nak nangis pun ada.

Sudahnya, aku balik bilik.
Duduk kat meja study, study sorang2.
Jerit dalam hati sorang2.
"Aduhh.....sapa nak ajar aku nieee....."
Sambil membayangkan tangan kawan aku menggerakkan pen,
Melakar formula memberi kefahaman buat aku.

Mimpi.

p/s: Krisis kepercayaan diri. Lunturkan kebergantungan. Mampukah?




✿¸.•❤••❤•بِسْـــــــــــــ​ـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.✿


Alhamdulillah, sangat kenyang..baru lepas makan karipap sardin dari "makanan2".. :)
Err..

Rasa macam sangat childish dengan objek bunga, love dengan dot2 di atas,

tapi layankan aje~

What's up?

Baru dapat final result untuk PBL.
Ready untuk report. Lewat dah sebenarnya.
Putih kelabu mata aku dok menghadap objek kajian yang sama iaitu "Plain X-RAY"


Lab pertama: Sharpening Image
full body punya tulang aku n da geng hadap






Lab ke-2: X-Ray Image Processing
hadap kaki pulak..


entah kaki sapa2 aku tak tau..
nasib la.




Mai ajaq kira-kira sket..

satu lab 4 minggu x 2 lab = 8 minggu
8 minggu x 7 hari = 56 hari

56 hari hadap tengkorak dengan tulang2 manusia nie,
patutla grayscale jadi alam nie aku pandang..
atoiii...~

Serius, banyak kerja.. apsal masa aku menyibuk-nyibuk kt luar selain akademik dolu-dolu,
kerja tak la bertimbun camni..

report & slide projek ekonomi

project ethics
assignment 1 & build window computer system
progress report PSM
replacement lab
prepare data jumpa SV
emt discussion
summary project the virtual surgery patient biosystem
TECS next week


tapi still la..
program pun ade lagi masuk planner aku...

apa pun, survive je la..ye tak?
banyak bunyi, apa pun xble..pointless jugak~


Terus, terus dan terus!
Melangkah demiNya, 
SEMANGAT!!




Dari aku 1st year masuk U
Orang bagitau kat aku
TITAS tu susah!

"Iye ke?"

Bila aku amik TITAS
Belajar dalam kelas
Masa jawab periksa
Bila dapat result
Betul la
TITAS tu susah!

Hari nie aku kesian dekat diri aku sendiri
dan rasa nak cari siapa manusia pertama
yang bagitau kat aku TITAS tu susah!

Kesian kat aku sebab percaya.
Kesian aku yang membenarkan kepercayaan tu.

Kenapa mereka dapat A atau paling kurang A-?
Sekurang-kurangnya A..dan bukan B.
Aku mengutuk diri kerana mempercayai.

Bagaimana dapat aku analogikan?
Hutan itu hutan berduri. Biarlah aku pakai selipar jepun pun.
Sebab aku tahu duri hutan itu memang bakal melukakan.
Mereka?
Hutan ini hutan berduri. Extra-protection kena kuat nie.
Paling tak kena cari kasut but phua chu kang!

Kawan,
Kalau sayang diri,
Tolong jangan jadi aku.
Aku yang dulu.

***

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..”
(Ar-Ra’du:11)

Berhenti mencari dan memberi alasan.
Allah takkan ubah sehingga kita berubah.




✿(◠‿◠)✿ Senyum..senyum yang berbunga-bunga! ✿(◠‿◠)✿


Alhamdulillah..Esok pagi bertolak balik rumah. Nak tulis tu je boleh tak?hehe..

Bermula cuti nie bermakna tamat separuh semester 1 sesi 2011/2012.

Tiba-tiba risau fikir naik cuti nanti..

Lab tak siap lagi, ngee.. image processing buat segmentation method..aku lemau sket coding matlab nie tapi soOoo sorry, semangat aku tetap utuh!Jangan coba-coba.. Kali nie aku nak try bagi dapat, bagi paham.

Test biosystem dengan test EMT..meoOww!!aku bertukar jadi kucing garang. Owh ye..biosystem tu ada assignment ko kena submit.

Projek ethics, projek biosystem, projek bisnes ekonomi.. presentation dan seminar juga menanti..kalau tak cemerlang jugak memang padah la..

Test run tablet “wacon” untuk compile dengan software Python aku tuh..oit, cerita macam ko dah buat je coding kan?lalala.. sila maintain senyum bunga ko, umi..

Nampak sikit tapi makan banyak masa. Sudah la ko.. banyak masa terbuang lagha kot..Alasan..
Wah, bermonolog dalaman pulak..Okay, dah2..

Erm, agak kosong entry.. kita isi sket la ye..(^___^)..buat difikir-fikir bekal masa cuti nanti. Moga terus bersemangat untuk meneruskan separuh lagi sesi sem nie. Nah.. :)

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya."
(Surah Al-Ankabut 29: 69)

Salam mujahadah dan selamat bercuti buat semua!



p/s: bekal aku satu lagi..
"Potret Perjuangan Mahasiswa dalam Cerminan Dekad"
oleh Riduan Mohamad Nor
(◠‿◠)


Matalah segala punca segala kelakuan yang ganjil-ganjil
Api bernyala asalnya dari percikannya yang kecil

Betapa banyak penglihatan yang mengganggu hati tuannya!
Laksana panah yang menikam jantung
Menembusi sanubarinya

Selama manusia mempunyai mata yang mempermain-mainkannya
Merenung pandangan ke mata jelitawan tetap membahayakannya
Matalah yang bergembira
Namun hati yang menerima padahnya

Biar tidak gembira
Kiranya diri yang menerima mudaratnya

Dipetik dari :
Abdullah Nasih Ulwan
"Pendidikan Anak-anak Dalam Islam"
terjemahan Syed Ahmad Semait

***

Di mana pun panah-panah syaitan ini boleh menusuk kita
Mata "berkeliaran" memandang..cuci mata?
Benar, cucian yang mengotorkan..
Shopping complex, angsana, skudai parade, jusco, tesco, metro..
kafe, library, kelas hatta dalam internet
facebook, twitter, you tube
Jagalah pandangan kita dari memandang yang tidak sepatutnya dipandang.

Menundukkan pandangan akan membentengi hati dari jalan masuknya syaitan.
Sesungguhnya syaitan la’natullah masuk bersamaan dengan pandangan lalu menembus ke dalam hati.


Na'uzubillah
 
Ayuh, beramal!

Pengarah, setiausaha, timbalan pengarah, unit penajaan, apa-apa sahaja taklifan pun semuanya aku pandang tawar. Dilema. Minta maaf, aku tak tuju pada mana-mana pihak yang propose.. standard jawapan aku bagi,


“Saya cadangkan cari la adik-adik, bagi peluang dan kepercayaan..mereka semua perlukan pengalaman, perlukan grooming untuk menjadi expert dalam bidang mengikut potensi masing-masing”

Bukan niat aku melarikan diri..jujurnya aku akui bila tak terlibat dalam sebarang gerak kerja atau program, rasa lemau, tak bermasyarakat, rasa self esteem turun mendadak, rasa kosong..negatif!

Bukan juga tak nak menyumbang tapi interest aku bertukar untuk akademik buat masa sekarang. Ada hasrat yang wajib aku langsaikan. Berat rasanya!Tapi aku yakin aku mampu.. Lazimnya begitu, kita akan rasa sukar untuk mendapatkan sesuatu yang memang kita nak.. kemudian baru kita tahu untuk menghargai.. =)

Honestly, aku sangat respect siapa yang boleh fokus akademik dan gerak kerja sekaligus..taklifan MPP, kos engineering, grad on, time first class..fuUuh..tabik spring..No bother, realitinya memang wujud manusia jenis ini, bukan imaginasi.

Menginsafi segala kekurangan diri, hasil pemerhatian aku terhadap kawan-kawan dalam mahupun luar kampus sebenarnya boleh nampak walaupun usia tak sebaya tapi ada perbezaan tindakan dan gaya pemikiran..kadang-kadang usianya matang tapi bila bercakap, nilai perbuatan, tengok status, komen facebook dan sebagainya..berdasarkan pengukuran secara subjektif, agak jelas tahap mana kematangan seseorang. Bagi yang rajin join program, pegang taklifan tak cukup tangan kaki tu.. gaya InsyaAllah memang tak dapat nak pangkah.. kaki lebar (kaliber) akan ketara pada wajah dan perwatakannya.

Alhamdulillah, dari perkembangan semasa aku update tentang adik-adik sekarang nampak lebih terkehadapan dari generasi abang dan kakaknya nie. Berita baik sebagai tanda gelombang kebangkitan yang lebih menggegar.Tengoklah senior mana yang didik, ye tak?(^___^)..bukan aku tapi mereka yang bertungkus-lumus sediakan pelapis nie la kan..hehe.. dan dari aku kalau nak minta pandangan, takde masalah..aku bersedia dan sangat suka untuk berkongsi serba sedikit pengalaman tak seberapa yang aku dah lalui.

Aku yakin mereka yang berkomitmen tinggi dan berpotensi besar nie sangat ramai dalam kalangan kita sendiri cuma tak diberi peluang..asyik-asyik nak tarik orang sama, tak patut tu.. buka mata, lapangkan dada..cuba selami alam yang sangat besar dalam diri orang di sekeliling kita..masing-masing dapat memberi manfaat..patut kita buka ruang atau sebenarnya kita menutup peluang? Amalkan sikap adil..jadi, alirkan ruang dan peluang sama rata buat semua.. InsyaAllah, sama-sama dapat kita bina sahsiah diri yang mantap semata-mata kerana apa? redha Allah..=)

Kata Pak Karno “berikan aku 10 pemuda, maka akan kugoncangkan dunia”

Ya, inilah buktinya..pemuda dan pemudi, apatah lagi kita ini yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi..energi kita begitu besar, bahkan dapat merubah dunia. sayang sekali jika kita masih sibuk dengan diri sendiri, nafsi-nafsi, masalah dengan patah hati, dipermainkan oleh masa lapang dan terus terbuang.. sedangkan dunia ini semakin hari semakin tandus dan haus mahukan kita sebagai ruhul jadid yakni semangat baru untuk menyiraminya agar subur kembali.. wallahu’alam.

p/s: Aku sedang memberikan keutamaan atas yang utama..InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusanku dan juga urusan kalian.. :)





Nah, minyak ikan nie makan sebiji satu hari..
Mesti kena makan..
Pagi-pagi sarapan,
kalau tak sempat beli air susu kotak tu
Minum
Tengahari makan,
Makan nasi, mesti kena makan nasi
Jangan biar perut tu kosong
dah sakit kepala demam
Dah terbaring
Orang boleh kesian je
kau yang sakit
macam mana nak belajar?
macam mana nak buat kerja?

hee.. :D
bestnye mak ngan ayah sayang!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, atas nikmat iman dan Islam..
Nikmat sihat dan segala nikmat yang tak tersebutkan kurniaan dariNya.. :)

Selesai TECS writing paper..lala~
Test hari Jumaat tak jadi..lala~
Presentation ethics dah siap minggu lepas..lala~
Slide untuk ekonomi pun dah ready..lala~
matlab esok submit..lulu~
tak fotostat nota eko lagi..lulu~
email prof jasmy untuk python..lulu~
jumpa sv untuk progress..lulu~
test tablet..lulu~

Lala..lulu...~
Ahtoii... (=.=")

I am reading "The Leader Who Had No Tittle" by Robin Sharma.
A modern fable on real success in business and in life~
Yeke?aku nak kejar redha Allah..
Ko takkan berjaya doktrin aku wahai robin sharma tapi cerita ko best.

Sekian, wassalam.

jom, hi-tea!
black forest ice cream cake
~♥~

Assalamu'alaikum wbt, geng sekalian~

Hoishhh..letih..letih..letih..
kejar tu, kejar nie..semua terkejar-kejar.. kesian aku, patutla bape kali demam..
*cubaan meraih simpati.heh~
Sapa yang cipta tahun akhir nie?Teruk betul.. u are fired!
Lab, kelas, report, programming, kuiz, progress psm, seminar, TECS, presentation, test, cari instrument, discussion, program, meeting....bla..bla..bla...satu benda je aku tak buat lagi,
BALIK RUMAH!!
Tak adil, rummate juga jiran2mate dah balik. aku je belum.

Anyone please, kira berapa tanda seru aku letak dalam posting nie.
Terima kasih.

Huhhh!!
Relax la, wei~~
Dalam nak relax tadi time lecture EMT aku tersentap, cmne aku ble terjah jadi minah letrik nie ek?
dah la belajar "hantu" tak nampak..
ok, basic..current, voltage, resistance tu ble nampak ke?
ce cite..ce cite...
lagi?cloud of electron..aiyoo!
awan nano..nano..tau la..
dielectric dalam capacitor?simpan charge?haa..mana?mana?
jahanamkan sebijik..kertas extra bau busuk ada la..
he'eleh, kauu...dah masuk final year baru nak pertikai..
balik kampung la..~~

Otak kanan aku tiba-tiba berdenyut-denyut..
Petanda untuk aku diminta bertenang..
Baik..

Aku always cool..lala~
saja aku survey soalan "perkara paling merisaukan korang setakat nie" kt kawan2 aku..overall jawapan melibatkan perkara menjadi mahasiswa tahun akhir.. dan itu yang menguatkan aku sebab aku tak keseorangan memendam rasa ini..yeah!
Aku tetap bersemangat sebab aku rasa sat ja kot final year nie..
sampai tengah tahun depan je pun..
Mampu sangat la nak bertahan untuk memulun..
Berat tapi aku yakin boleh, yeah lagi!

Owh, tekanannnnnn....




p/s:  Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..dariNya jua sumber kekuatan dan jalan keluar atas segala kesulitan..peace!(^___^)v

Assalamu'alaikum

taraaaa~
kalau mentol nie otak aku
dalam keadaan semasa
cmni la realiti rupanya kot..

lu kasi repair ini mentol semula la kasi menyala..
yes, bos!



p/s:
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya.
(Hamka)

take care
:)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, kaffarah lagi.. kali ke-2 demam dalam tempoh sebulan..
Syukran jiddan buat rummate, al-fateeh..
Maaf, saya telah menyusahkan kamu dengan banyaknya..T_T
Ehem, kuat ye antibodi kamu..
Jiranmate pun da demam sampai 2 minggu, kamu maintain.. =)
Sahabat-sahabat dan adik-adik yang datang ziarah..
Terima kasih banyak..
Langsai sudah hak sesama muslim ye.. ^^,

2 hari pengsan,
Kelas ponteng, ponteng, ponteng..
Assignment delay submit..
Berbelas-belas mesej no reply,
misscall pun tak concern..
Segala meeting pun sekian wassalam..
Maaf sangat-sangat..
Saya telah mengganggu kelancaran urusan kalian..
Sangat tak faham kenapa jadi lemah macam nie..
Okay, stop.




p/s: suka mesej kak atun..
"Assalamu'alaikum. dengar kata demam. dah kurang sikit ka?Ada teringin apa2 tak?boleh je nak tolong cari"..saya teringin mak ngan ayah saya mai JB nie..boleh ka?hoho..over plak yeww.. :p

Assalamu'alaikum dan salam kebahagiaan buat semua..(^__^)
Aku nak share ngan korang satu cerita.. watak utama bukan aku..bagi chance orang lain..
Siapa?
Abu Nawas..owh, penah dengar?
Sapa yang suka melawak bijaksana sini tu, mungkin idola dia jugak la si Abu Nawas nie..hehe..
Okay, ACTION!

... * * *...

Suatu hari seorang sahabat bertanya kepada Abu Nawas,
"Wahai Abu Nawas, engkau dikenali sebagai seorang yang bijak. Sekarang dapatkah engkau mengatakan pada kami, di dunia ini apa yang engkau anggap paling berharga?"

"Nasihat"

Temannya berfikir sesaat dan mengutarakan pertanyaannya, "Jika begitu apa yang engkau anggap paling tidak bernilai?"

"Nasihat", jawab Abu Nawas lagi.

Para pendengarnya nampak tidak berpuas hati.
"Bagaimana sesuatu menjadi sangat berharga dan juga tidak bernilai?Engkau pasti membuat kesalahan", protes mereka.

"Tidak, temanku. Aku tahu apa yang aku katakan. Suatu nasihat yang dilakukan akan menjadi sesuatu yang berharga tetapi jika tidak dilaksanakan ianya tidak akan bernilai sama sekali."kata Abu Nawas.


... * * * ...




- tolong nasihatkan aku selalu -

akan aku jadikannya paling berharga

:)



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt dan salam mahabbah buat semua..~
Jom follow!



So, got the answer?
You wanna "get a life" with anything you want.. go on.. =)
But keep in mind..
Our responsibility is more than the time we have..
whatever it is

"START WORKING"

p/s: emosi aku tak stabil pagi nie tapi selepas aku hantuk minda ( ??? ),
emosi aku kembali stabil.. bila kepala serabut, semua benda tak boleh nak jalan..
study pun tak masuk..
jadi, nak tak nak..bertenang dulu ye..(^___^)..
tanya hati baik-baik.. "apa yang tak kena nie".....buang yang tak perlu difikirkan...
tarik nafas.. istighfar...
astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirullah....
Lapang rasanya kan?...=)

Dah, boleh study sekarang!
Isnin aku dah ada test, subjek yang paling aku cuak..tapi tak heran..itu cuma permainan minda.
you play, i play..deal!
Campus life...heh~

"Allahumma faqqihna fiddin fiddunya wal akhirah..."


*study sambil senyum*

Allah..indahnya ciptaanMu..
Hanya dengan melihat alam..
Ketenangan tercipta..
Zikir beralun melahirkan fikir..
betapa besar kekuasaanMu, Ya Rabb...

Biar di pagi hari..
isyrak..
waktu dhuha..
saat mentari memancar..
di kala petang hari
saat mentari mula membenam ke bumi
atau ketika malam kelam
bintang berkerdipan mencipta keindahan
semua dan segalanya

tenang.......












" Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti"
[An-Nahl :12]

p/s: 
poket kecik la nie..tak dapat pi jauh..
tengok gambar dan bayangkan seluruh pelusuk dunia..
mengembara~
:)

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera :)


AIMSWEB
hari ini
25 September 2011
Keputusan Peperiksaan
Semester 1
Sesi 2011/2012
gred masih kosong untuk semua subjek
selepas 12 tengahari
13 Februari 2012
gred akan terpapar setiap satu
balasan atas setiap daya usaha
dan penyerahan kepadaNya.

walaupun ini bukan segalanya yang menentukan masa depan aku
tapi 
masa depanku ditentukan juga dari ini
berusahalah.

mesyuarat dengan diri sendiri
follow up
sekarang masuk minggu ke-3
perlaksanaan atas perancangan?
owh,
sila laju lagi, umi.

gear 4 dengan 20km/h sangat tidak seimbang untuk memintas
jangan sampai enjin mati
.

Assalamu'alaikum wbt..selamat hari-hari sejahtera buat semua.


Hai, kawan2!
~ceh, trademark sapa la nie..wuhuu...

Tarak apa la, cuma lately life aku serabut sket..tengah cari tanah nak jejak..

transition again.
hidup nie terlalu dinamik, sila ambil perhatian untuk tindakan..

study oii!!


dan
ini masih di tahap hipotesis



paling ketara yang aku tak faham

SERABUT!!

owh..
semuanya tiba-tiba tertolak ke tepi
bila aku jumpa nie



"Tuhan, terasa lembutnya belaian sayangMu bersama sekalung hidayah. Tapi adakalanya terasa berbahang kemurkaanMu seiring patahnya sayap mujahadahku"

too sharp

- sekian -



Rindu...


Rindu...



Rindu..


T______T

"Akak, ifa tak suka akak balik dekat UTM..sebab nanti ifa rindu...."

akak....
rindu ifa jugak
sangat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua..(^___^)

Alhamdulillah, aku menghadap mentari naik lagi..pagi yang indah!

Esok hari isnin 19 Sept 11' bermula minggu ke-2 kuliah. Ada rasa down sket bila satu subjek nie dah nampak lecturer yang cara lecture dia akan buat aku kurang faham dan tak rasa eager untuk ke kelas dia. Ugh, banyak cara untuk mengatasi..sila berhenti bagi alasan wahai umi.

Okay, sempena hari clean & clear last week sebab pindah bilik baru, aku telah menjumpai 2 biji diari yang aku start tulis pada hari Selasa, jam 9.20 pagi bertarikh 19.9.2000...see Y2K..2000!
hari nie 18.9.2011..campur esok hari kira-kira 11 tahun yang lepas..
aku baca-baca..aku geleng kepala..dan tak sengaja ketawa..haha!
apa la mimpi memasak pun nak cerita..siap lukis lagi periuk aku guna untuk masak tu..hihi

Btw, dalam tempoh 11 tahun..dapat dikonklusikan pemikiran aku nie memang terlalu suka memikir apa yang berlaku akan datang..Modal untuk men'tension'kan diri..=p
di mana aku, siapa aku dan apa yang akan aku lakukan di masa depan..

"Siapa sebenarnya aku?.."
"Janjikan aku sesuatu yang lebih baik pada esok hari.."
"Next year aku di mana? Wallahu'alam..xpe, Allah pasti berikan yg terbaik"
"Moga aku terus bertahan hingga akhir perjuangan.."

Selebihnya tak mau kongsi..rahsia! :)
DAN..
aku lost interest nak tulis diari dalam buku..lebih rajin dengan diari online ini, blogging!

**.........................................**

sekarang

hang pandang gambar  nie 5 saat .. hang kalih mata pi kanan..
pandang gambar nie balik 5 saat, kalih kiri plak..

okay, xde pape..cuma refreshment!

- semoga kita lebih fokus atas perkara yang perlu -

Setiap permulaan semester pasti aku tercatuk di bilik pensyarah yang seorang ini.. 
menanam semangat dan azam untuk meningkatkan sahsiah diri dari semasa ke semasa 
dalam menjalani kehidupan kampus yang kini menjejak ke tahun akhir undergrad..
Dia bukan ketua jabatan kursus, bukan juga penasihat akademik, 
tapi akademik dan pergerakan aku ada dalam pemerhatiannya..

"Jangan hampakan harapan kami.."

Itu pesanannya yang paling menyentuh aku sebentar tadi..


akan aku usahakan!

"..APABILA KAMU TELAH BERAZAM BERTAWAKKAL LAH KEPADA ALLAH.."
[ali 'imran:159]

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..(^____^)
Ktong sana..ktOng sini...cuti sem nak abes dah!
9 hari lagi sebelum hari pertama kuliah selepas cuti yang sangat me"lemau"kan~

Saja review result exam sem2 yang lepas,
Semua ada dalam aimsweb utm..rekod. 
Nah, ini yang terbaik..



Jelas?
klik pada gambar untuk paparan lebih jelas..
pastu klik ikon back untuk sambung baca bebelan aku..kalau nak sambung la~~
Anyhow, dengan baik hati meh aku tolong bagi lagi clear..=)

Mata pelajaran dan Gred:
  1. Teknologi Elektrik ==> D- ==> UM ==> Ulang Mata pelajaran (Gagal)
  2. Litar Elektronik ==> C-
  3. Teori Medan Elektromagnet ==> TD ==> Tarik Diri (Penakut)
  4. Sains Kejuruteraan ==> C-
  5. Kaedah Berangka ==> D+
  6. Islam dan Isu-isu Semasa ==> A
  PNG (pointer sem) ==> 1.72  


aku fikirkan seharusnya aku begini..
Hwaaaaa..sob3...tapi sori, beb..

Sebenar aku cmni,
tarakuca..kuca2..=D
tanpa perasaan aku meneruskan campus life aku!

dan semester depannya, mak aku bekalkan supplement untuk kecerdasan minda
eheh, aku tak bergurau~

Itu cerita 2nd year..
Lepas 3rd year, pointer sem dapat 3 above semula..
pastinya bukan mudah-mudah..
hati mau kuat!
Alhamdulillah, syukur..
Apa yg berlaku pada "semester guling2" aku tu, 
ada rezeki aku cerita kat korang..=)

12 September 2011 bermula sesi 2011/2012 semester 1
Berbaki 2 semester sebelum graduasi..
sikit sangat lagi untuk cover "kejatuhan" aku sebelum nie
InsyaAllah, boleh!
aku tak pernah dapat Dean List lagi kan?
Owh, baguslah bila aku dah terperasan cmtu
sebab aku akan mula..

Yeah, FOKUS!

- Doakan aku dapat capai target aku ye, kawan2 -
~ameen~

(☆ __ ☆)

- Aku doakan kalian juga berjaya menggapai cita-cita, bi iznillah -


fatawakkal 'alallah..

Assalamu'alaikum wbt..salam sejahtera, salam fasa akhir Ramadhan buat semua..

Saje nak berlagak..eh, share dengan hgpa..siap dah satu jenis kuih raya..
home made..by myself..ok, ini bermaksud memang aku tak pernah dapat mandat buat kuih raya pun dari mak.. kalau jadi pembantu uli-menguli dolu2 ada la..sekarang nie, upgrade.. =)
maksudnya, dari beli tepung naik sendiri, gula caster, bicarbonate soda, serbuk badam, bla2..
timbang-menimbang, uli-menguli, bentuk bakar sampai la masuk dalam balang...aku buat sendiri..
Mak baring-baring, rehat-rehat..dah siap, boleh la jadi tukang rasa-rasa, komen..
Yeah, alhamdulillah!(^___^)


nie da separuh bakar sebenarnya..keluarkan dari oven sekejap untuk sesi fotografi..ngeh3


 okay, yang nie hasilnya...dah siap bakar..lompong sebab adik-adik aku dah "ngap" dulu..

hub station..kawasan penyingkiran haba sebelum disimpan..



Tadaaa...ini yang dah siap dibalangkan..pheuuwww, 4 kali bancuh kot!
buka puasa 1 hari, dah habis suku balang..hermm, makan la dik oii..memang buat untuk makan pun..

Ermm, nak kata cun macam "kuih tunjuk" tu..tak la..biasa la, chef amatur..hehe..
Aku dapat resepi dari sini..biskut cip coklat
So and sooo...kalau berkesempatan kamu, kamu, kamu...boleh cuba juga ye..=)
Yela, kalau nak beli..beratus ringgit habis untuk kuih raya sahaja kan.. 
Serius senang..bahan-bahan aku beli tadi RM 134.20..
Itu pun bahan-bahan untuk cip coklat dengan almond london sekali..
Dengan bahan-bahan aku beli tadi, cip coklat boleh dapat 6 balang..kalau rajin, max 10 balang ble dapat..
Banyak lagi tepung sume tu..larat tak larat la..
Kalau beli, contoh 1 balang kecil paling murah RM 21 la kan..kali 10 balang = RM 210..
10 balang kecil tu, sikit je ceq oii..kalau keluarga besar..harapan..
Mana nak makan, nak bagi nenek kat kampung..belah mak, belah ayah lagi..
Kalau adik nak bawak balik hostel, nak buat open house ke..raya pun bukan 1 hari..
Dah la baru sejenis kuih..almond london lagi mahal..kira sendiri la..maleh den..
Membazirnya, Ya Tuhan........ehem, time rajin buat sendiri boleh cerita la kan..huU~
Kesimpulannya..buat sendiri, jimat dan puas hati..
Kengkawan yang tengah cuti sem yg terrrrlaluuu lama 4 bulan nie, jom2..
Kita buat kuih raya!...jimat duit poket mak ayah...
Dan....err...kalau tak sedap, telan sendiri je la ye!=p
Tapi jangan jemu untuk cuba, sampai jadi..takde ruginya.....^____^

p/s : hari nie baru aku tau, nak pakai oven tak boleh pakai extension..sebab overload!segan mengaku student electrical engin..buat onar di rumah sendiri!haha...=D

Anyway, gud job today for myself..Alhamdulillah..tahniah, umi!(◠‿◠)